3 Tahun berlalu.....
Lariannya makin dilajukan sebaik mungkin sesekali jam di tangan di kelihnya. "Aduh!!!! macam mana aku boleh terbangun lembat ni!! cepatlah...cepatlah..." ujar Ayriana saking kalutnya untuk masuk ke dalam lift di tempat kerjanya ini.
Ini semua sebab dia semalam letih siapkan kerja melukis ulang rekaan nya untuk di persiapkan kepada pelanggan ini lah jadinya terlajak tidur.
OUTFIT AYRIANA PADA HARI INI
T
idak sampai beberapa minit ting! Dia sudah sampai di tingkat 23 bangunan syarikat arkitek terbesar di malaysia ini.
"Ha....baru sampai. Kau ni kan. Tak habis-habis dengan lambat. Kali ini apa pula alasan kau?" sergah Kakak Tinna. Wanita yang berusia 30 an itu, sedang bercekak pinggang di tengah-tengah tingkat pejabat tersebut.
Dengan senggihan Ayriana mendekati juga walaupun dia tahu sebentar lagi dia akan di bebel oleh wanita tersebut.
"Sorrylah.. akak. Saya bangun lambat sikit. Siapkan lukisan untuk klien." balas dia sambil membetulkan beg galas hitamnya berserta drawing scroll di kemaskan ke bahunya.
Wanita yang berpakaian kemas kemeja putih skirt panjang labung berwarna kelabu di kemaskan dengan tudung bawal yang di pin cantik terletak di atas kepala. Mengelengkan kepala sambil jari terlunjuk kanannya di goyangkan di hadapan wajah Ayriana.
"Nasib baiklah kamu ni arkitek terbaik dalam syarikat ni. Boss sayang. Kalau tidak dah habis kamu kena marah lagi. Silap-silap kena buang kerja!" ujar dia tidak kasar tapi sangat memberi makna tersirat.
"Ehhhh...akak Tinna. Jangan macam tu. Saya janji. Ini kali terakhir saya lambat. Insyallah tak lambat dah." gumang Ayriana dengan senggihannya yang makin melebar.
"Yelah.. kamu ni kan. Dah sambung kerja." ujar Kakak Tinna.
"Baik. Lady boss!" ujar Ayriana dan juga sempat mengangkat tangan seperti menabik kepada pegawai tentera.
Dan akhirnya Kakak Tinna pun beredar dan Ayriana pun boleh melepaskan nafas dengan penuh rasa lega.
Dia pun berjalan terus mengambil tempatnya melepaskan lelah selepas berlari beberapa kilometer.
Tapi belum sempat dia mengambil duduknya Fahriz iaitu rakan bersebelahan mejanya menegur.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...