BAB 51

3.6K 129 8
                                    

Bilik pejabat yang gelap gelita tersebut di masuk oleh Dafril. Melangkah sehingga mendekati kepada satu susuk tubuh yang berdiri di satu tingkap besar yang menghubungakan balkoni batu tersebut.

"Macam mana dengan diorang. Nak jawab?" soal Tengku Erman. Dia tahu Dafril yang masuk.

"Dah tengku." ujar Dafril.

Makin dia mendekati dan sebuah telifon sumsung Flip warna hitam tersebut di berikan kepada Tengku Erman. Dan langsung di sambut lelaki tersebut.

"Diorang adalah orang yang sama serang cik Ayriana masa dekat hotel hari itu." beritahu Dafril

Di dlaam telifon tersebut. Terisi senarai semua lelaki-lelaki yang mengejar Ayriana malam semalam.

Di teliti satu persatu muka mereka. Semuanya adalah anak buah dan dua lelaki upahan untuk membunuh Ayriana.

Tubuh telifon tersebut di genggamnya. Kalau cukup kekuatan memamg pecah telifon tersebut di genggamnya.

Dia memberikan telifon tersebut kembali kepada Dafril. "Macam mana sekarang? Tengku nak kami settlekan macam biasa ke? Atau tetapkan diorang dekat situ?" soal dia. Menunggu jawapan akhir daripada ketuanya itu.

Tanpa memandang kepada Dafril Tengku Erman menjawab. "Habiskan. Buat macam biasa." keluar aura dingin yang lain daripada yang lain daripada Tengku Erman.

Cold and dark.

********************

"Cik Ayriana. Nak pergi mana ni? Cik belum sihat lah." tegur Mak Su apabila melihat gadis tersebut bangun daripada tempat tidur.

Dengan keadaan yang masih terhuyung hayang tidak mengenal arahnya sedang berjalan.

Ayriana masih tidak menjawab. Dia masih degil untuk bangun walaupun Mak Su tetap memaksanya untuk duduk di katilnya semula.

"Sa..saya nak balik Mak Su. Saya dah okey." balas Ayriana. Lembut.

Walaupun di sedang di paksa oleh wanita tersebut. Tapi dia tidak rasa di patut marah kepada Mak Su hanya kerana itu.

Dia tahu Mak Su lakukan ini atas kerana arahan daripada Tengku Erman. Sesaat berbicara tentang lelaki tersebut.

Tepat waktu lelaki itu muncul. "Kenapa Mak Su? Dari luar saya dengar." soal Tengku Erman langsung masuk.

"Tengku..er.." Mak Su serba salah.

Kerana itu, tepat Tengku Erman melihat di sebalik Mak su itu. Terlihat Ayriana yang sedang berjalan terhuyung hayang seakan mencari sesuatu.

Cepat-cepat dia melangkah kearah Ayriana. "Ayriana Kyaiseh. Apa kau buat ni?" soal dia.

Tapi tidak di jawab Ayriana. Gadis itu tetap berjalan dan mencari sesuatu. Beg...mana beg tangannya?

Kepala yang semakin memberat membuatkan pergerakkannya terbatas. Sehinggalah.

"Ayriana! Cik Ayriana!" tepat dua orang memanggil namanya serentak.

Ayriana jatuh tepat di pangkuan Tengku Erman. Tapi masih sahaja matanya gagah untuk terbuka.

"Ayriana. Bangun. Sedar! Kenapa kau degil sangat ni. Kau tak berapa sihat lagi." bebel Tengku Erman.

Tapi tetap Ayriana diam. Tiada daya untuk dia membalas bebelan lelaki itu sekarang. Kepalanya yang sakit membuat mulutnya juga menjadi berat.

Tanpa berbicara langsung tubuh Ayriana di campung. Kali ini memang dia terpaksa.

Kalau nak minta mak su memang tidak boleh tubuh tua itu terlalu lemah untuk mengangkat tubuh Ayriana yang memberat kerana tiada daya.

Langsung sahaja tubuh Ayriana di letakkan di atas katil semula di bantu oleh Mak su membuka selimut dan menyelimutkan Ayriana semula.

"Saya nak balik." dalam larat Ayriana bertutur.

Mata yang separa terbuka masih sahaja dia gagahkan untuk memandang kepada lelaki tersebut.

Tengku Erman mengambil duduk di sisi katil Ayriana. Tepat di sisi gadis tersebut. Tapi masih kekal jauh.

Dalam keadaan tiada daya. Masih sahaja mulutnya mahu melawannya.

"Tak boleh. Bukan waktunya untuk kau balik. Kau kena betul-betul berehat dulu. Keadaan kau sekarang tak boleh nak bergerak banyak." ujar Tengku Erman.

Atas bawah dia melihat keadaan gadis tersebut. Dan matanya berhenti pada kaki kanan Ayriana yang di dalam selimut tersebut.

Langsung dia rasa amat kesal. Kesal dengan perbuatan mereka kepada Ayriana sehingga seperti itu.

Sanggup mengcederakan gadis tersebut kerana mahukan dia muncul dan menghadap mereka. Mahu apa? Mahu dia menyembah mereka?!

"Tengku..please. Saya nak balik. Ibu saya mesti tengah risau sekarang..." ujar Ayriana. Sikit lagi sahaja dia akan menangis.

Tengku Erman kembali beralih kepada Ayriana. Wajah yang sedikit sahaja mahu nangis tersebut dia biarkan sepi.

"Dyra dah bagitahu kau kan yang dia dah uruskan pasal ibu kau. Jadi jangan risau." bicara dia. Sangat mudah.

"Tapi saya tak suka tipu ibu saya. Mesti dia tetap risaukan saya." ujar dia.

"Ibu kau akan lagi risau kalau kau balik dalam keadaan macam ini. Terhuyung hayang. Dengan kaki kau yang baru kena tembak. Tak kan nanti abang kau buat siasatan ke atas kau." balas dia tenang.

Walaupun bukan niat Tengku Erman untuk mengugut tapi itu tetap dapat membuat Ayriana sedikit terdiam mungkin baru terfikir tentang abangnya yang bakal membuat siasatan kepadanya nanti.

"Aku bukan nak ugut kau Ayriana. Tapi ini semua atas kebaikkan kau. Berehat sampai kau sembuh. Atleast...sampai kaki kau tu dah tak rasa sakit sangat." jelasnya.

Mata mereka sama-sama membalas pandangan. Jelas ada rasa tidak puas hati terselit di pelipis hatinya.

Tapi ada juga rasa takut dengan kenyataan Tengku Erman yang ada betulnya juga.

Maka dengan itu Ayriana hanya berdiam sahaja selepas itu. Melihat Ayriana terdiam sedikit sebanyak memberitahu bahawa gadis itu sudah membuat keputusan untuk mengikuti arahannya.

Setelah itu, Tengku Erman bangun daripada duduknya. Dia memandang kepada Mak Su.

"Mak su. Tolong tengokkan Ayriana. Kalau apa-apa. Tolong panggil saya terus. Atau yang lain." ucapnya. Lembut sahaja dia berbicara kepada mak su.

Mak su mengangguk. "Baik Tengku. Apa-apa mak su bagitahu. Tengku jangan risau." balas Mak su.

Setelah itu, langsung sahaja Tengku Erman beredar tapi masih sahaja dia sempat memandang kepada Ayriana yang masih bengong di tempatnya.

Tidak menunggu lm terus sahaja Tengku Erman beredar dan mengilang di balik pintu bilik tersebut.

Setelah itu, mak su mendekat kepada Ayriana. "Cik Ayriana. Nak mandi ke apa ke? Seharian cik tak bersihkan diri lagi. Lepas itu makan dan rehat ya." ucap Mak su.

Ayriana yang tidak ada kata apa lagi hanya diam dan langsung mengikuti sahaja. Tiada ada lagi tenaga untuk dia melawan. Tiada guna.

Kaki yang masih terasa sakit dia tahan juga selagi boleh. Dia juga tidak mahu kerana terlalu ikutkan kedegilannya dia sendiri yang akan mendapat padahnya.

Di balik pintu masih ada Tengku Erman yang setia berada di luar. Tujuannya tadi mahu menemui gadis tersebut untuk memberikan telifon kepadanya.

Tapi semuanya tidak kesampaian. "Esok sahajalah aku bagi pada dia. Biar dia rehat sekarang ni." ujarnya.

Lalu berlalu pergi meninggalkan bilik tersebut.

Ada perkara lain yang harus dia selesaikan terlebih dahulu. Soal ini nanti dia uruskan. 

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now