BAB 83

4.8K 208 11
                                    

Hospital Besar Kuala Lumpur, menjadi tempat tujuan yang Ayriana dan Ayma akan bertemu.

Sekali lagi dia melihat kepada mesej yang dia terima. "Saya ada dekat wad vip ibu mengandung. Di tingkat 5." Sejurus dia membaca itu. Dan memastikan betul.

Langsung di melakang masuk ke lobi utama wad bersalin tingkat 5 tersebut.

"Excuse me. Saya nak tanya bilik Ayma dekat mana ye?" Soal Ayriana. Bertanya kepada dua jururawat yang bertugas di situ.

Keduanya segera mencari nama Ayma di senarai bilik pesakit. Dan langsung memberitahu.

"Puan Ayma ada di bilik V543. Cik boleh masuk lorong terus ini. Dalam dua ke tiga bilik berselang akan jumpa bilik puan Ayma." Detail salah satu jururawat tersebut memberitahu.

Setelah mengucapkan terima kasih langsung sahaja Ayriana berjalan memasuki lorong kirinya ini.

Makin berjalan-makin dia nampak bayang seseorang. Susuk tubuh seseorang yang dia cukup kenali.

"Assalammualaikum." Ucap dia apabila menyaoa dua muka dengan mereka sekeluarga.

Ada bonda serta ayahanda Tengku Kamal. Serta orangnya sendiri. Sedang berdiri tepat dihadapannya ini.

"Walaikumsalam. Ayriana." Kedua orang tua itu ternyzta terkejut dengan kehadiran dia di sini.

Mungkin sama dengan Tengku Kamal. Kerana riak wajahnya yang terkaku itu memberitahu segalanya.

"Syukurlah. Ayriana datang. Ayma nak sangat jumpa dengan Ayriana." Beritahu bonda sejurus setelah dia bersalam dengan wanita tersebut.

"Betul tu Ayriana. Ayma tu. Dah lama cuba caranak hubungi kamu. Alhamdullilah allah permudahkan urusan dia." Kali ini. Ayahanda yang bersuara.

"Tapi kenapa Ayma nak jumpa dekat sini? Dia sakit apa sebenarnya bonda?" Soal Ayriana. Penasaran.

Terlihat kedua orangtua tersebut. Memandang sesama mereka. Sebelum pandangan beralih kepada Tengku Kamal yang berdiri kaku di antara mereka.

"Awak masuk dulu Ayriana. Ayma dah tunggu awak dekat dalam." Itu sahaja apa yang di perkata Tengku Kamal.

Apabila dia ingin membuka mulut menyoal pula. Mulutnya kembali terkunci.

Tidak mahu berlama. Langsung sahaja dia melangkah ke pintu bilik V543 tersebut.

Langkah kaki kanan dia dahulukan melangkah masuk ke dalam bilik wad yang di duduki oleh Ayma. Keadaan bilik yang cerah dengan cahaya lampu.

Tapi tidak mampu untuk membuatkan hatinya terasa tenang. Sesaat berpaling melihat kepada katil yang Ayma sedang terbaring itu.

Alangkah rasa mahu menangisnya Ayriana, sesaat melihat wayar-wayar yang terpasang sana sini, di sebalik tubuh kecil yang perutnya sudah memboyot tersebut.

Perlahan-lahan dia melangkah, angin penghawa dingin sedikit sebanyak membawa rasa pilu di hatinya.

"Ayma. Saya datang ni. Ayriana," sebut dia. Berharap dengan itu. Ayma membuka matanya.

Seakan doanya di dengari. Kelopak nata itu, sedikit sebanyak terbuka.
Ayriana langsung mengambil tempat di kerusi di samping katil wanita tersebut.

Perlahan-lahan dia mendekatkan diri kepada Ayma. Dan wanita itu juga perlahan-lahan memandang kepada dia.

"Ayriana..awak datang." Serak-serak basah suara tersebut. Dan sebaik mungkin Ayriana cuba senyum manis di hadapan Ayma.

"Ye Ayma. Saya datang." Ujar dia. Sebak yang mulai muncul sehabis baik dia cuba untuk tahan.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now