Sekeliling kawasan di perhatikan, setiap kelengkapan dan perhiasan dia membuat pemeriksaan semula.
"Cik Ay. Silakan." ucap seorang wanita lengkap berpakaian seperti pelayan.
Bagi wanita mereka memakai rok hitam labuh, kemeja putih di dalam dan diluar memakai vars hitam serta masing-masing yang memakai tudung berwarna hitam di bawa masuk kedalam kemeja putih.
Manakalah yang tidak berhijab akan mengikat rambut gaya 'bun' dan di kepikkan dengan jaring rambut hitam untuk lagi memperkemaskan.
Dan bagi pelayan lelaki akan memakai seluar slack berwarna hitam, kemeja dan vars yang sama. Dengan rambut, masing-masing di kemaskan agar rapi.
Ayriana mengambil huluran sudu yang di beri oleh pelyan wanita yang tidak berhijab tersebut.
Lalu di bawa ke mulutnya untuk merasa setiap makanan yang telah di hidangkan di atas meja 'buffer' tersebut.
"Hmmmm...okey. Pastikan, setiap hidangan yang berkuah atau sup. Sentiasa dalam keadaan panas." pesan dia dan juga memeriksa bahagia bawa setiap trin yang di sediakan sentiasa ada lilin yang menyalakan api kecil.
Lalu dia beralih kearah hujung meja 'buffer' tersebut iaitu adanya menyediakan pelbagai air dari sejuk hingga panas.
"Cik." ujar seorang pelayan lelaki menunduk hormat kepada Ayriana saat si gadis melalui kawasan tersebut.
"Pastikan, periksa kadar air dan ais. Kalau habis, tambah secepat mungkin. Kalau ais atau bahan-bahan untuk bancuh. Info pada saya." ucap Ayriana.
"Baik cik Ay." balas pelayan lelaki itu juga.
Setelah itu, dia menyambung langkah kearah satu lagi meja 'buffer' tapi ini menyediakan pelbagai manisan daripada pelbagai pelusuk dari negeri dalam malaysia sehingga luar negara semuanya ada di hidangkan,
"Cik Ay." seorang pelayan wanita berbangsa cina mendekati dia.
"Macam mana dengan semua manisan?" soal Ayriana tablet ditangannya di belek-belek.
"Semuanya dalam keadaan baik cik. Dan mencukupi. Di dapur masih ada banyak yang tersedia untuk tambahan." jawab pelayan wanita tersebut.
"Great. Kalau tak cukup atau apa-apa. Terus info pada saya." pesan dia.
"Baik cik Ay." balas pelayan wanita tersebut.
Selesai sahaja dia terus sambung berjalan sambil dia di ikuti oleh beberapa perkerja yang lain.
Pasti pelik, hairan. Mengapa dia boleh pula berada di sebuah majlis. Mengapa dia membuat pemeriksaan makanan di setiap meja-meja 'buffer' tersebut.
Isnin, selasa malam...
Ayriana duduk diam sambil merenung tajam malah orang di hadapannya masih sahaja tersenggih-senggih. Hampir 20 minit mereka berkadaan seperti ini.
"Cik Dyra Natasya...dah dekat 20 minit. Kita berpandangan ni. Berapa lama lagi kau nak biar macam ni. Aku banyak lagi kerja tau." ujar Ayriana.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...