BAB 56

3.3K 122 7
                                    

Hampir sahaja satu fail di tangan terlepas daripada pegangan nasib sahaja Ayriana sempat menyambutnya.

Kembali di letakkan di atas meja kerja yang bersebelahannya. "Kau ni. Ye pun terkejut jangan sampai jatuhkan failnya..terabur karang." omel Ayriana.

"Kejap...kejap apa kau cakap tadi?" soal Dyra. Telinga dia tak salah mendengarkan?

Seketika terdengar keluhan kecil daripada Ayriana. "Dia buat permintaan balas budi dengan aku...berkahwin dengan dia..." jawabnya.

"Wow.."

"Gilakan!"

"Tapi kenapa dia letak syarat balas budi macam itu sekali? Kahwin dengan dia? Mustahil..." lontar Dyra.

"Kalau kau rasa mustahil. Aku lagi rasa mustahil. Sampaikan aku nak ja cakap dengan depan muka tengku Erman tu yang dia tu gila!" balas Ayriana.

Dyra mengelengkan kepala. Tidak menyangka bahawa apa yang dengarinya sekarang ini.

"Ay..." panggil dia.

"Apa?" balas Ayriana mata yang sememangnya fokus kepada wanita tersebut makin mengfokuskan kepada wanita tersebut.

"Kau tak rasa ke Tengku letakkan syarat balas budi tu sebabkan dia...you know. Dia sukakan kau..." nyata dia.

"What! Gila ke apa!"

"Dia? Tengku Erman yang pangkat tinggi tu boleh sukakan perempuan macam aku ni? No way!" bantah dia.

Walaupun tiba-tiba hatinya terasa aneh. Cukup aneh yang membuatkan hatinya sedikit terasa pedih.

"Dulupun. Kau bertunang dengan Tengku Kamal. Anak kerabat juga kan. Ada pangkat lagi dekat TDDM. Ada beza ke?" balas Dyra.

"Itu sebab aku dengan Kamal pernah bercinta...lain jadinya aku dengan Tengku Erman apa kau ni." lama-lama bicara dengan Dyra boleh bawa kesal dia.

"Tak lah...aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak selama ini."

"Maksud kau?" soal Ayriana. Kurang mengerti dia soal apa yang cuba di perjelaskan Dyra.

Dyra mendekati dan mengambil tempat di atas sofa kulit berwarna coklet tersebut semula.

"Macam ini. Aku bukannya nak naikkan saham Tengku Erman tu, tapi apa yang aku boleh nampak yang dia memang sukakan kau. Tengok sahajalah dari segi dia lindungi kau. Jaga kau...and...and. Paling jelas masa kau kena serang dengan lelaki tak guna yang kaki kau kena tembak tu." jelas dia.

"Jelas sangat. Sebab masa aku sampai untuk jumpa kau dekat banglo Tengku Erman tu. Dia tengah pandang kau masa kau tidur tau.." belum Dyra selesai berbicara Ayriana cepat sahaja menyampuk.

"What!"

"Relax...relax...! bukan macam apa yang kau fikirkan okey..so relax." ujar Dyra.

Tangan di gerakkan naik turun dan Ayriana mengikuti dengan menarik nafas dan di hembuskan secara perlahan.

"So..aku sambung. Masa kau tak sedar seharian lepas pembedahan Tengku Erman tak habis-habis bercakap dengan kau yang dia rasa menyesal, dia rasa dia patut lindungi kau. Dan mata dia....nampak redup. Layu masa dia pandang kau yang tak sedarkan diri masa tu." jelas Dyra.

Masih segar di ingatannya tentang reaksi sayu dan pandangan yang redup tersebut.

Ayriana jadi diam. Diam yang apabila dia teringatkan pandangan mata Tengku Erman di saat di ruang bilik pejabat lelaki tersebut kali terakhir mereka bertemu.

Redup. Ada ucapan yang ingin di sampaikan. Ada isi hatinya ingin di luahkannya. Yang membuatkan detak jantungnya bagaikan tiada arah.

Apatahlagi apa yang pernah di lalui dia bersama dengan Tengku Erman. Kali pertama terlibat dengan sekumpulan lelaki gila yang menculiknya di hotel.

Kedua saat dia di serang lagi di tempat kerja. Saat yang amat gila untuk dia. Ketiga pula apabila menyelamatkan Tengku Erman daripada terhentak dengan kepingan batu bata dan yang keempat perihal terkini terjadi pada dia.

Dan semuanya Tengku Erman menjadi watak utama dalam menyelamatkan dia di setiap saatnya.

"Ay!" jari Dyra di petik kuat di hadapannya.

Serta merta hilang lamunan tentang kejadia-kejadian yang berlaku antara dia dan Tengku Erman.

"Okey tak ni?" soal Dyra. Gadis itu, mendekati duduk di sampingnya dan mengelus belakang tubuhnya mungkin dengan itu dapat mengurangkan rasa resahnya di wajah.

"Okey. I'am fine. Cuma terfikirkan something." balas Ayriana. Mengelak daripada memberitahu hal sebenar bahawa dia sedang memikirkan halnya dengan Tengku Erman.

Ahg!!! dia tak ada dekat sini pun aku boleh banyak fikir pasal dia juga!

"Ha..yang itulah apa yang aku nampaklah. Selain daripada itu. Ytjt (Yang Tahu Ja Tahu). Nak di bandingkan dengan Tengku Kamal..." ayat Dyra menjadi meleret.

"Dia macam lain dengan bumi. Lagi-lagi. Lepas korang bertunang. Aku perasan dia macam dah start jauh. Jauh hati daripada kau." sambung Dyra.

Ayriana diam. Dengar dan menghadam setiap satu isi perkataan yang keluar daripada mulut Dyra. Ada yang senang untuk dia terima dan ada yang perlu dia proses dahulu.

Ada kebaikkan dan keburukkan antara dua orang tersebut. Tapi yang paling utama sekarang ini.

Ini hatinya? Ada pada siapa?

Kalau dulu hati dia ada pada Tengku Kamal yang masih bergelar tunangnya dahulu.

Namun setelah semua terbongkar dan mereka putus tunang hatinya mulai hilang perasaan kepada lelaki tersebut.

Manakala pula perasaannya pada Tengku Erman lebih kepada hormat dalam masa yang sama tidak beberapa sesuai dengan lelaki tersebut.

Tegas satu hal mengarah orang itu ini. Tapi...apabila lelaki itu mencuci lukanya. Mengambil tahu soal keadaannya dan paling jelas saat dia terluka.

Semua perihal dia cedera lelaki tersebut jelas menunjukkan reaksi riak wajah yang risau. Risau? Dia? Uhh..dia rasa salah faham.

Dup..dap..sekali lagi hatinya mulai berdebar. Aha!!! dia gila! Tanpa lelaki itu ada di depan mata pun hatinya akan berdebar juga!

"So. Macam mana?"

"Macam mana apa?" soal Ayriana pelik.

"Macam mana dengan apa yang aku cakap tadi? Soal Tengku Kamal dengan Tengku Erman. Kau boleh bandingkan tak antara diorang tu?" nyata Dyra. Siap tangan di gerakkan ke kanan ke kiri.

Sekali lagi keluhan berat terlepas daripada bibir Ayriana. Tidak apa yang dia kesal kan tapi hatinya jadi berat untuk semua ini.

Semuanya jadi sangat cepat dan membingungkan diri dia sendiri. Patutkah? Patutkah dia menerima permintaan balas budi Tengku Erman dengan berkahwin dengan lelaki tersebut?

Namun soal hatinya? Adakah hatinya siap untuk terima lelaki tersebut dan berkahwin dengannya?

Siapkah dia untuk melupakan Tengku Kamal dalam hidup dia buat selama-lamanya dan bina bahagia dengan Tengku Erman. Mampukah dia?

Dia kembali fokus memandang kepada Dyra. "Kau rasa aku patut terima ke permintaan balas budi Tengku Erman tu?" soal dia lagi.

"Jawapan itu ada pada kau. Ada dalam hati kau. Siapa sebenarnya yang tepat untuk kau. So think and make a decision. Aku percaya apa pu keputusan kau adalah yang terbaik untuk kau." ujar Dyra.

Sekali lagi Ayriana diam. Entah bagaimana untuk di perjelaskan kepada diri sendiri.

Tengku Erman lelaki yang muncul pertama kali di satu masa dan keadaan yang salah setelah itu bertemu lagi sebagai pelanggan untuk satu projek syarikatnya.

Kemudiannya berlajutan daripada penyerangan demi penyerangan yang membuatkan Ayriana sendiri keliru dengan hatinya.

Apakah hari-hari yang akan datang dapat mengubah hatinya dan menerima lelaki tersebut? Sepantas esok? Adakah esok sahaja dia akan berubah hati?

Entahlah...otaknya kosong. Hatinya...berdebar entah mahu mengapa??

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now