BAB 15

4.1K 123 1
                                    

Keesokkan harinya.

Pagi hari minggu sangat menenangkan dirinya iaitu di mana dia boleh tidur dengan sepuas-puasnya.

Seketika dia mengeleh kearah jam di dinding, jarum jam menunjukkan pukul 10.45 pagi. "Hmmm...lamanya aku tidur." ujar dia sambil itu dia mengeliat badannya di atas katil bersaiz queen tersebut.

Tok...tok...ketukkan di pintu biliknya bergema dan dia tahu siapa yang mengetuk pintunya pagi-pagi ini.

"Ay!!! bangun! Dah pukul berapa ni. Bangun!" panggil Puan Salwah memanggil daripada luar pintu bilik anak bongsu perempuannya itu.

"Ye...ibu! Ay dah bangun dah!" jawab Ayriana sedikit menjerit maklumlah pintu bilik dengan katilnya masing-masing jauh.

"Ha..mandi. Siap-siap. Ibu dah siapkan sarapan." ujar Puan Salwah.

"Okey Ibu." jawab Ayriana segera.

Dan setelah itu, terus sahaja lambat-lambat Ayriana bangun berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selang beberapa minit Ayriana terus sahaja keluar lalu memakai pakaian santai kerana hari ini dia mahu duduk di rumah sahaja.

Setelah semuanya sudah di pakai langsung Ayriana keluar daripada biliknya. Berjalan santai menuju ke ruang dapur yang berada di tingkat bawah rumah 2 tingkat tersebut.

"Ha...bangun dah pun kamu. Mari sarapan. Ibu masak nasi goreng dengan ayam goreng." bicara Puan Salwah menyediakan hidangan tersebut di atas meja.

"Wahhhh....sedapnya!" ucap Ayriana sarapan kegemarannya. Makin sukalah dia mahu menjamu selera.

"Eh! Mana abang? Ibu?" soal Ayriana mencari bayangan abang kandungnya itu.

"Hmmm...dah nama pun polis. Mana ada cutinya." jawab Puan Salwah.

Seperti faham apa yang di perkatakan oleh Ibunya itu. "Hujung minggu pun kerja. Aduh.." ujar Ayriana tidak lama terus sahaja mereka menjamu selera.

Sedang beberapa minit mereka anak beranak menjamu selera tiba-tiba Puan Salwah berbicara.

"Semalam Ayah telifon." bicara Puan Salwah sekali gus membuatkan pergerakkan Ayriana sedikit terhenti.

"Buat apa ayah call? Dia nak apa?" soal Ayriana intonasi suaranya juga berubah. Seakan-akan dia malas mahu mendengan perihal ayah kandungnya itu.

"Dia tanya pasal kamu dengan abang lagi. Dah dekat 5 bulan kamu berdua tak balik ke rumah. Call kamu berdua. Masing-masing tak jawab telifon dia" bicara Puan Salwah.

"Kenapa ayah nak kesah? Dia kan ada anak lain dekat rumah tu." ujar Ayriana memaksudkan anak tiri ayahnya itu.

Ohhh...untuk pengetahuan, ibu dan ayahnya ini sudah bercerai 9 tahun lepas atas kerana perihal salah faham. Tapi dia tahu kerna siapa.

Dan setelah itu, mereka adik beradik seringkali berulangkali ulang-alik pergi ke rumah ayahnya dengan ibu kandungnya.

Tapi kini, mereka adik beradik mengambil keputusan untuk duduk dengan Puan Salwah dan berulang alik setiap bulan akan balik ke rumah utama keluarga mereka.

"Ay... Walaupun dia nampak tegas, garang dengan kamu. Ibu tahu ayah tu sayang sangat dengan kamu berdua." ujar Puan Salwah. Seperti memujuk.

Ayriana menjulingkan mata keatas. "Yelah Ibu. Hmmm tengoklah. Hujung minggu ni Ay balik. Itupun kalau Ay tak busy." ujar dia.

"Hmmm yeler..apa-apapun. Balik ye. Ibu tak nak Ayah kamu tu fikir ibu yang hasut kamu tak balik sana." ujar Puan Salwah.

"It's okeylah ibu. Ayah memang macam tu. Biasalah percaya dengan orang lain selain anak sendiri." ujar Ayriana memperli ayahnya itu.

Dan tidak sempat Ayriana mengelak laju sahaja Puan Salwah mencubit bahu anak daranya yang satu itu.

"Ouch! Ibu! Sakit lah. Apa ni cubit-cubit." rengek Ayriana dengan mulut itu memuncung panjang. Protes! Kerna di cubit.

Bukan cubit biasa-biasa, cubitan Ibunya boleh tahan tajam macam cubitan ketam! Sakit nya menyengat!

"Ye lerr kamu pun. Tak baik cakap ayah kamu macam tu. Walauapapun dia tetap ayah kamu." ujar Puan Salwah walaupun dia sudah bercerai dengan bekas suaminya dan membenci.

Tidak sama sekali dia mengajar kepada anak-anaknya untuk membenci ayah mereka sendiri.

"Yelah Ibu." balas Ayriana dia malas mahu melawan bicara dengan ibunya itu apatahlagi perihal ayahnya tidak akan ada habis-habisnya.

"Kalau boleh baliklah. Hari dengan esok kamu cutikan. Apa salahnya balik melawat. Jumpa ayah kamu." beritahu Puan Salwah masih mahu memujuk si anaknya itu.

"Ye...ye...Tengok-tengoklah esok ke Ay baliklah. Okey. Ibu kesayanganku.." ujar Ayriana.

"Lagipun...ibu tahukan siapa yang ada dekat sana. Asal balik je. Ada sahaja benda nak di gaduhkan!" ujar Ayriana.

Sesungguhnya itulah alasan dia tidak mahu pulang kerumah keluarganya itu bertemu dengan ibu tiri dan kakak tirinya itu.

Asal dia balik ke rumah tersebut, dia akan selalu bergaduh dengan ke dua orang tersebut.

"Hmmm..kamu biarkan sahaja diorang tu. Buat apa nak kesah. Biarkan sahaja." ujar Puan Salwah.

"Ya itu lah yang selalu Ay buat ibu." balas Ayriana dia pun malas mahu bergaduh dengan dua orang tersebut tapi apa yang dia boleh buat berjumpa bergaduh berjumpa gaduh! Penat!

Setelah itu suasana kembali senyap antara mereka fokus kepada sarapan masing-masing.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now