BAB 58

3.2K 143 5
                                    

Terlihat Tuan Ahmid menghampiri mereka bersama dengan seorang lagi membuat Ayriana terkaku.

"Along!" dia nampak Afril berlari mendapatkan dia yang masih terduduk di atas tanah.

"Adik. Kau tak apa-apa ke?" soal Afril.

Tangannya tidak habis-habis membelek tubuh Ayriana dan wajah di lihat muncul urat darah saat melihat luka darah di hujung bibirnya.

Apatahlagi melihat ke cardigan putih yang dia pakai ada beberapa tompok darah serta noda tanah laman rumah yang tercalik sama.

"Tak guna korang buat apa dekat adik aku." Afril mulai bangun.

"Along!" Ayriana menahan. Dua beranak tersebut sudah menyorok belakang Tuan Ahmid yang sama berang kepada mereka.

"Along! Dahlah. Jangan!" halang Ayriana. Sekuat hati dia memeluk lengan si abang.

Hasilnya sedikit sebanyak Afril jadi lebih tenang dan kembali mendekati kepada Ayriana.

Rambut yang sudah banyak menutupi wajah tersebut di selak kebelakang. Lebih jelas terlihat wajah Ayriana yang punya lebab sana sini.

Tengku Erman memejam mata seketika. Sebu hatinya melihat wajah Ayriana yang penuh dengan lebam tersebut.

Tuan Ahmid yang melihat juga terasa sakit melihat puterinya di perlakukan sebegitu rupa.

"Apa yang korang buat pada Ayriana sampai macam ini sekali! Apa salah dia!" jerkah Tuan Ahmid yang pertama kali di lihat menjerkah dua beranak tersebut.

Yang kalau buat hal sampai tahap menghilang mereka dua beradik pun ayah mereka tidak mengambil apa-apa tindakkan.

"Abang kenapa nak marah Lia dengan Aireen. Kitorang cuba bagi pelajaran dekat Ayriana ni! Biadab sangat dengan kitorang. Boleh ke datang serang kitorang!" Puan Dahlia mempertahankan diri.

"Korang yang datang rumah kitorang dulu. Sepahkan rumah dengan cederakan ibu kitorang itu apa?!" kali ini Afril yang menjerkah.

Ayriana berpaling kepada Alongnya. Jadi Afril sudah tahu soal itu di serang oleh dua beranak tersebut jadi...

"Sebabkan gambar yang buat kamu salah faham. Sampai nak sepahkan rumah orang cederakan Salwah kenapa? Hilang akal?!" kali ini Tuan Ahmid berbicara.

Ya ayah memang sudah tahu tiada apa yang nak di sembunyikan lagi. Lagipun tentang gambar tersebut sudah jelas ayah dan along juga mengetahui.

"Abang ni kenapa? Nak bela sangat diorang ni. Saya buat apa yang patut saya buat. Tak salahkan saya buat macam itu. Bang Ayriana dah malukan abang lah!" ujar Puan Dahlia. Berani menghadapi suaminya itu.

"Betul ayah! Nasib baik gambar-gambar ni tak tersebar! Kalau tersebar buat malu sahaja keluarga kita!" Aireen mencelah sempat lagi dia menjeling mata kepada Ayriana.

Mata wanita itu beralih kepada Tengku Erman. "Ini bang. Dia ni lah jantan yang Ayriana curang! Sebab dah kantoi putus tunang lah diorang berdua tu!" tuduh Puan Dahlia buat sekian kalinya.

Siap dengan menunjuk-nunjukkan beberapa kepingan gambar yang di lepar kepada dia tadi.

Ayriana yang di papah Afril mengelengkan kepala. "Ayah. Ayriana tak kesah kalau Ayah tak percayakan Ay. Tapi Ay berani bersumpah ayah! Ay bersumpah! Ayriana tak pernah sekali pun terdetik di hati nak curang dengan Kamal dulu. Apatahlagi nak malukan keluarga kita." ujar Ayriana.

Tanpa sempat dia tahan setitis air matanya jatuh membasahi bibir.

"Ayah sendiri tahu..bertapa Ay sayangkan Kamal dulu. Tak tergamak Ayriana nak curang belakang dia Ayah." ucap dia lagi.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now