Katil beroda tersebut langsung di tolak laju masuk dan melalui lorong-lorong hospital menuju ke ruang rawatan kecemasan.
Sesudah sampai dan mereka di datangi oleh beberapa pegawai rawatan yang lainnya.
"Masuk sini." arah seorang dokter lelaki berserta ada seorang dokter wanita yang sudah berada di satu katil yang bakal di bawa Ayriana ke sana.
"Ay." Tengku Erman ingin melangkah untuk ke isterinya.
Namun dia terhalang dek jururawat-jururawat di situ. "Isteri saya dekat sana. Saya nak ke sana." ujar Tengku Erman.
"Tak encik. Encik cedera juga. Kena dapatkan rawatan." ujar jururawat wanita tersebut. Dan di bantu oleh jururawat lelaki lainnya.
"Aku tak perdulilah. Aku nak isteri aku." lontar Tengku Erman. Tidak menyedari lelaki itu mulai kasar.
Lelaki itu melangkah untuk ke sana. Namun sekali lagi terhalang oleh jururawat - jururawat lelaki tersebut.
"Encik bertenang. Bertenang. Semuanya akan baik-baik saya. Kami akan sehabis baik buat yang terbaik untuk selamatkan isteri encik." ucap salah satu jujurawat lelaki tersebut.
Dalam meronta pada akhirnya Tengku Erman mengalah. Dan itu, serta merta jururawat yang berada dengannya langsung membawanya ke katil rawatan lainnya.
Pada masa yang sama mereka yang merawat Ayriana sedang berusaha menyelamatkan Ayriana.
"Bawa kan beg darah cepat!" arah dokter lelaki itu.
Jururawat wanita yang ada di situ segera mendapatkan dan di gantungkan setelah itu memasukkan jarum untuk membolehkan pengaliran darah ke dalam tubuh Ayriana.
"Tiga das tembakkan. Dua dekat perut. Satu lagi dekat bahu kiri." beritahu dokter wanita tersebut.
"Okey. Kita kena buat pendarahan dia berhenti. Lepas tu terus masuk ke bilik bedah untuk selanjutnya." bicara dokter lelaki tersebut.
Setelah membuatkan pemeriksaan langsung sahaja mereka menjalankan pembedahan kecil untuk menghentikan pendarahan Ayriana.
Kembali kepada Tengku Erman hanya diam membiarkan mereka yang ada untuk merawat lukanya itu.
Tapi matanya tidak langsung lepas daripada memandang kepada katil Ayriana yang di tutup dengan langsir berwarna coklet cair tersebut.
'Please Ay. Tolong selamat. Jangan tinggalkan abang..' rayunya dalam hati sesungguh bermohon.
Kedua dokter yang berada bersama Ayriana sama-sama berjalankan tugas mereka dengan sepantas yang boleh. Dan..
Bib............
Kendengaran itu langsung Tengku Erman bangun. "Ayriana!?"
"Kadar nadi menurun!" ujar perawat wanita tersebut.
"Serangan jantung. Cepat!" arah dokter lelaki tersebut.
Tambahan itu lagilah Tengku Erman bergerak untuk ke sana. Namun sekali lagi terhalang oleh mereka semua.
"Encik jangan. Encik baru ja di rawat. Encik kena bertenang." ujar jururawat wanita tersebut.
"Ay..."
"Korang berdua. Bawa encik ni keluar. Kita kena buat pembedahan dekat sini sekarang." ujar jururawat wanita itu mengarahkan arahan kepada dua jururawat lelaki yang lebih muda padanya.
Dan sesegera itu tanpa banyak menyoal langsung mereka laksanakan. Dan jadilah seperti tadi. Tapi tetap Tengku Erman dapat di keluarkan daripada ruangan tersebut.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...