"Sekian daripada saya. Terima kasih." setelah itu seluruh dewan di penuhi dengan tepukkan gemuruh daripada semua tetamu yang berada di dewan tersebut.
Lalu Tengku Erman di jemput turun ke bawah dan di hantar ke tempat duduknya semula.
Dan majlis di teruskan dengan ucapan dan terus ke tajuk utama majlis tersebut lelongan barangan antik dan lukisan daripada pelukis professional.
"Macam mana keadaan?" soal Tengku Erman.
"Semuanya masih terkawal." jawab Rey yang duduk bersebelahan lelaki tersebut di meja yang sama.
Dan dia kembali fokus ke arah pentas utama tersebut kelihatan sedang bersiap-siap untuk acara seterusnya.
Tiba-tiba telifonnya berdering notifikasi masuk. Dan langsung Tengku Erman menyeluk poket bajunya mengambil telifon pintarnya lalu melihat isi kandungan kiriman tersebut.
Pengirim tidak dikatahui nama yang tertera di situ, dengan pantas Tengku Erman membuka pesanan ringkas tersebut.
Dia memandang kearah kedua-dua orang yang berada di sampingnya dan seakan dapat apa yang berlaku segera Rey bangun daripada duduknya lalu pergi dengan tenang.
Dalam masa yang bersama dia mengeluarkan arahan iaitu mengarahkan semua pegawal untuk bersedia di luar dewan untuk berjaga-jaga.
"Maaf. Saya minta diri dulu ke tandas." gumang Tengku Erman meminta diri ke tandas dari tetamu-tetamu yang berada di meja sama denganya.
"Kau yakin? Kalau itu cuma helah macam mana." soal Dafril setelah mereka sudah berada di luar kawasan dewan majlis tersebut.
"Walk and shut up!" ujar Tengku Erman mendatar tapi tegas.
Dan dari berjalan kini rentak kaki mereka bertukar menjadi larian. Mereka harus bertindak cepat dan harus mendapatkan jawab.
'Kenapa dia? Kenapa dia yang dia jadikan target?' ujar di dalam hati sepanjang berlari itu soalan yang bermain di dalam fikirannya.
"Kita dah jumpa di mana mereka." ujar Rey yang entah daripada mana munculnya memberitahu keberadaan terkini tempat yang di cari.
"Okey. Tunggu apa lagi. Gerak." Tengku Erman menurunkan arahan dan seta merta Rey melangkah dahulu dan di ikuti dengan Tengku Erman dan Dafril di belakang.
Bush! Sekali lagi kakinya pantas melibas dan melawan setiap lawan yang kian ramai datang kearah dia selepas dia melepaskan tembakkan.
"Jangan lepaskan perempuan tu! Dapatkan dia!" ujar suara lelaki yang mula-mula berada dengannya itu.
Mengarahkan semua anak buahnya untuk mengejar dia setelah dia berjaya loloskan diri keluar daripada bilik hotal tersebut.
Dengan sekuat tenang yang masih ada dia berlari melepasi setiap pintu-pintu bilik tersebut.
Dan dia perasan akan no tag di setiap pintu semuanya bermula dengan angka 1234, 1235 dan 1236 ini bermakna dia berada di tingkat 12 wing 3 bagunan hotel tersebut.
Jadi sekarang dia hanya kena cari di mana lift atau tangga untuk dia selamatkan dirinya dengan sekuat hati dia makin lajukan derap langkahnya seiring dengan lajunya derap langkah anak-anak buah lelaki tersebut yang sedang mengejarnya itu.
'Jangan menyerah Ayriana! Ini bukan masa untuk kau menyerah dan mati di tangan lelaki tak guna tu!' ujar dia kepada diri sendiri memperingatkan bahawa dia harus memikirkan keselamatannya terlebih dahulu.
Sedang dia berlari makin laju tiba-tiba telinganya jelas menangkap derap langkah lain yang menuju bertentangan dengan arah dia itu.
Kakinya tiba-tiba terkaku di tempat sekarang ini dia berdiri di antara empat lorong.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...