BAB 92

5.3K 248 20
                                    

Ting...ting...bunyi sudu besi belaga dengan mangkok seramik tersebut di sampingnya ada Tengku Erman yang menyudukan bubur nasi yang baru di hantar oleh Mak Su ke dalam biliknya.

"Makan sikit Ay. Daripada petang tadi Ay tak makan apa-apa." ujar Tengku Erman.

Mengambil sedikit bubur nasi tersebut dan di suakan kepada Ayriana setelah di tiupkan.

Namun Ayriana hanya diam dan melihat Tengku Erman tanpa bicara daripada tadi.

Sejak dia bangun daripada 'tidur' nya. Beberapa jam. Tidak langsung di bicara dengan Tengku Erman. Walaupun banyak persoalan daripada lelaki tersebut.

Lama di sua. Namun tidak langsung gadis itu membuka mulut atau apa. Melainkan memandang kepadanya tanpa riak apa-apapun.

Kerana itu, langsung sahaja dia meletakkan semula sudu ke dalam mangkok dan di letakkan keatas dulang semula.

Dan saat Tengku Erman berpaling Ayriana sudah berpaling ke tingkap semula seperti pertama kali dia di beritahu Mak Su bahawa Ayriana sudah bangun.

"Ay..cuba cakap dengan abang apa yang Ay nak? Nak makan apa? Kalau tak nak makan bubur ni. Abang boleh belikan makanan lain. Kalau itu yang Ay nak." ujar Tengku Erman.

Ayriana tidak menjawab langsung. Perlahan dia berpaling. Melihat kepada wajah Tengku Erman dengan sangat lama.

"Tengku Erman awak tak penat ke buat semua ni?" nyata Ayriana.

Tengku Erman yang tadi duduk di atas kerusi berubah kepada mengambil tempat di sisi katil. Tepat di pinggangnya Ayriana.

"Apa yang Ay cakap ni. Abang buat ini semua untuk Ay. Abang sayang kan Ay." ucap dia ikhlas.

"Kalau macam itu. Awak keluar daripada sini. Bagi saya sendirian buat sementara waktu. Boleh tak." balas Ayriana.

"Makin saya tengok muka awak. Makin buat saya panas hatilah Tengku Erman!" hendiknya. Sesungguhnya hatinya saat ini seakan mengelegak yang amat.

"Ayriana."

"Apa lagi Tengku Erman?! mula-mula awak kahwin dengan saya atas bersebab. Awak rahsiakan tentang Qaseh. Awak fikir saya mengandung sebab saya muntah lepastu buat kesimpulan dalam otak awak tu yang saya ni curang. Sekarang apa? Awak nak ceraikan saya pula!"

"Abang tak akan ceraikan Ay." cantas Tengku Erman.

"Tapi kenapa? Kenapa awak tak nak ceraikan saya. Saya dah cukup penat tau dengan semua ni!" hendiknya.

"Habis tu. Ay ingat abang tak penat ke?! sehabis baik abang cuba untuk move on lupakan Qaseh. Dengan mulakan hidup baru dengan Ay." seketika Ayriana terdiam. Sedikit terkasima dengan lelaki itu menaikkan suara kepadannya.

"Ay..abang tak pernah paksa diri abang untuk dekati Ay. Tapi abang sendiri. Abang yang nak dekati Ay. Sekali lagi. Memang abang selamatkan Ay sebabkan wajah Ay. Tapi kali kedua dan seterusnya. Abang betul-betul nak selamatkan Ay. Dari situ kita berkongsi cerita. Perasaan. Abang betul-betul cintakan Ay. Masa abang paksa Ay terima pinangan abang tu. Sebab abang betul-betul cintakan Ay. Abang tak nak kali ni abang terlepas Ay lagi." perjelas Tengku Erman dengan panjang lebar.

Dan reaksi Ayriana hanya kaku mendengar semuanya ucapan lelaki tersebut.

Entah mahu mempercayai ataupun tidak. Terlalu banyak rahsia yang terbongkar dan dia ketahui daripada orang lain.

"Ay macam ini..." mangkok bubur nasi tersebut sudah di letakkan di atas talam di atas meja semula.

Dan beralih posisi makin medekati kepada Ayriana yang sedang duduk merluncur kaki dengan kepada di sandar ke kepala katil.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now