"Saya berkahwin dengan dia sebab saya mulai cintakan dia."
Air mata yang sedia membasahi wajahnya makin deras mengalir. Dada yang sesak dengan nafas menyeksakan jantungnya.
Tapi itu, tidak dapat menghentikan semua itu kerna fikirannya telinganya yang tidak habis-habis mendengarkan bicara Tengku Kamal sebentar tadi.
Keindahan taman buatan manusia tersebut tidak langsung dapat meredakan air matanya yang laju menuruni ini.
"Kenapa kau lemah sangat Ayriana? Sebabkan seorang lelaki kau nak kena menangis sampai macam ini?!" soal dia kepada diri sendiri.
Walaupun agak sedikit membentak tapi ia kepada dirinya sendiri. Jadi apa yang harus dia balaskan?
"Berapa lama kau nak menangis macam itu?" soalan daripada seseorang. Automatik membuat Ayriana tersentak.
Tapi tidak berapa lama air matanya berhenti bertukar dengan diam. Kawasan taman tersebut langsung menjadi hening.
"Sudah dah nangis?" lagi ia bersuara.
Tanpa mengangkat wajah Ayriana membalas. "Tengku buat apa dekat sini? Macam mana tahu saya ada dekat sini?"
"Aku cari kaulah. Macam ikut janji tadi. Kau kena balik dengan aku." ujar Tengku Erman seperti biasa tidak berperasaan!
Ayriana masih tidak membalas. Seketika suasana jadi sunyi. Tapi itu tidak sampai sesaat Tengku Erman bersuara lagi.
"Aku nampak tunang kau. Tapi aku tak rasa kau akan balik dengan dia." ujar Tengku Erman.
Daripada mata layu dengan air mata penuh di pelusuk mata kini dia tersedar sesuatu.
Tidak beralih wajah Ayriana menyoal. "Macam mana Tengku kenal Kamal?" soal Ayriana.
Setelah pertengkaran antara Tengku Kamal dan Fiq membuatkan Ayriana tertanya-tanya sendiri. Apakah hubungan berkait mereka??
"Daripada kenalan keluarga." balas Tengku Erman dengan secara yakinnya menjawab soalan Ayriana.
Tapi masih tidak kedengaran menyakinkan Ayriana. Dia masih sahaja meragui hubungan berkait mereka kerana sesuatu.
Atau mungkin kerana Tengku Kamal mengetahui sisi gelap Tengku Erman?!
"Jadi sekarang bangun. Aku hantar kau balik." ujar Tengku Erman. Sekali lagi memerintah Ayriana agar bangun dan pulang dengannya.
Hish! Tak ada hati perut ke? Tak nampak dia tengah nangis ni?!
"Tak apalah Tengku balik lah dulu. Saya boleh balik sendiri. Ataupun. Saya call kawan saya datang ambil." balas Ayriana. Makin di arah makin dia keras kepala.
"Dalam keadaan macam inipun. Kau masih nak berdegil." Tengku Erman mulai membuka bicara. Uh start membebel lah tu!
"Tengku. saya ni bukan budak kecil. Boleh tak jangan paksa saya balik dengan Tengku. Sekarang ni saya perlukan ruang bersendirian." ujar Ayriana. Jika banyak lagi perihal yang Tengku Erman mahu katakan.
Dia takut, dia bakal meletop! Sudahlah kesabarannya sekarang ini setebal kulit bawang sahaja!
"Nope." jawapan yang di berikan oleh Tengku Erman.
Sangatlah membuat darah panasnya mulai mendidih. Sudahlah perihal Tengku Kamal yang kantoi berkahwin dengan perempuan lain dan curang daripadanya itu masih tidak reda lagi panas di dalam hati.
Tetapi lelaki di sebelah itu, dengan selamba badaknya makin memanaskan darah panasnya.
"Ikut suka Tengku. Saya tetap akan balik sendiri. And please leave me alone. I need some time." ujar Ayriana.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...