BAB 2

5.8K 181 5
                                    

Tap...

Tap...

Tap...

Rentapan kaki yang melangkah memberi tanda keadaan di syarikat sudah harus bersedia.

"Selamat pagi. Tengku." ucap di dalam 4 orang pengawal keselamatan yang berada di area pas masuk ke dalam tingkat bagunan tersebut.

Namun lelaki berjas hitam kemeja hitam serta seluar daripada warna yang sama itu hanya berlalu pergi sahaja tanpa memandang kearah mereka yang sudah menunduk hormat kepadanya.

Di satu sudut semua orang di tingkat tersebut sedang mengalami keadaan kacau bilau pergi ke sana dan ke sini.

"Cepat! Cepat! Jangan tinggalkan apapun yang nampak cacat di mata Tengku! Cepat!" arah seorang wanita dalam jangkaan umur sekitar 30 an itu.

Dan seperti yang di arahkan semua pekerja di situ melakukan kerja mereka dari mengemaskan meja sehinggalah penampilan mereka harus di kemas rapi.

Ini kerna ketua mereka a.k.a majikan mereka merupakan seseorang yang berdisplin apatahlagi di dalam tatacara berpakaian.

Walaupun tidak di periksa, namun kadang kala jika berlalu bersebelahanya sahaja beliau boleh menganalisis dengan mata helangnya yang tajm itu.

Selang 5 minit....Ting! Orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba masanya juga mereka harus berhati-hati dengan majikan mereka yang setiap kali berubah angin. Uhhhh gerun...

Apabila buka sahaja pintu lift, mata sudah di sajikan dengan barisan pegawai di seluruh bahagian jabatan yang ada di Syarikatnya.

Saat setapak dia melangkah, kesemuanya serta merta menunduk hormat kepadanya.

"Selamat Pagi Tengku Erman." ucapan serentak daripada semua pegawai yang berdiri di situ.

Dengan wajah yang tiada perasaan dia melangkah pergi bersamanya di iringi dengan Rey dikenali sebagai pengawal peribadi lelaki tersebut. Serta tidak di lupakan Dafril iaitu pembantu peribadi kepada Tengku Erman.

Setelah memastikan ketua mereka itu sepenuhnya masuk kedalam bilik pejabatnya mereka pun mula beredar daripada situ kembali ke tempat mereka masing-masing.

"Wey...wey...tengok lerr. Boss kita tu. Hari-hari muka ketat semacam." ujar seorang pekerja wanita berpakaian kemeja putih serta skirt labuh berwarna biru laut.

"Tulah. Dah lah rambut panjang macam mamat rock. Takut aku. Dalam 3 tahun boss datang balik. Langsung dia tak potong rambut panjang dia tu." ujar seorang pekerja lelaki pula. Kuat gosip betul.

Kebanyakkan yang sedang berkumpul bergosip itu merupakan pekerja baru yang berkerja sebelum Tengku Erman kembali semula. Senang kata lain mereka mula berkerja tepat pada 5 tahun lepas.

Jadi....mungkin wajar mereka memperkatakan perkataan menganalisi majikan mereka sebergitu rupa.

"Kan...aku ingatkan aku sorang je takut." sambung seorang pekerja wanita dalam lingkungan 20 an tersebut.

"Ramai ja takut wey." sambut seorang pekerja wanita yang lain.

"Hmmmm.. kan. Tapikan aku rasa Tengku kalau dia potong rambut. Cukur misau dengan jambang dia tu. Mesti handsomekan." ujar seorang pekerja wanita yang sedang memegang kertas-kertasn berisi catatan maklumat tersebut.

"Hmmmm... I think so... kita tengok nanti. Kalau satu hari nanti Tengku Erman nak potong rambut semua tu. Cair ka edok!" ujar wanita berkemeja putih tadi.

Dan mereka pun sambung bergosip itu dan ini sambil membuat kerja.

Sementara di dalam bilik pejabat Tengku Erman. "Pagi ini. Dalam pukul 10.30 pagi. Tengku ada penjumpaan dengan semua ahli lembaga pengarah untuk pembincangan dan pembentangan mesyuarat tahunan. Petang selepas makan tengah hari Tengku ada pertemuaan dengan Tuan Lim dari KARYA HOLDING kerja sama untuk pembukaan bagunan di Cyber Jaya. Dan selepas itu, Tengku dah tak ada apa-apa aktiviti lagi." ujar Dafril dan terus menutup ipad yang berada di tangannya.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now