BAB 88

5.2K 214 14
                                    

"Abang..." itu sahaja yang keluar daripada mulutnya saat lelaki itu muncul di tangga tersebut.

Tengku Erman. Dengan wajah yang tiada perasaan sedang berdiri di dua pertiga tangga naik ke atas ini.

Mulai, melangkah perlahan mendekati kepada mereka berdua. Dan sesaat menampak kepada mereka.

Sesegera itu, tangan Tengku Kamal yang berada di bahu Ayriana di rentap dan langsung di lepaskan secara kasar.

Baju melayu hitam yang di sarung pada tubuh lelaki tersebut menyelahkan lagi rauk wajah yang menyeramkan.

Lama mereka saling berpandangan. Membuatkan Ayriana yang berdiri di antara mereka meremang bulu roma.

"Macam mana abang ada dekat sini?" soal Ayriana.

"Keluarga abang ada pertalian darah dengan ayah Tengku Kamal. Sebab tu abang datang.. wakilkan bonda dengan ayahanda." balas Tengku Erman. Sedatar.

Dan Ayriana baru teringat bahawa keluarga mentuanya itu, berada di London untuk menguruskan beberapa hal perkerjaan di sana.

"Aku harap bukan kau suami Ayriana. Erman. Sebab kau lelaki tak guna. Tak layak untuk Ayriana." celah Tengku Kamal.

"Kamal!" bentak Ayriana.

Namun Tengku Erman masih kelihatan tenang menhadapai amarahnya Tengku Kamal yang tidak menentu itu.

"Siapa yang tak guna siapa ni? Aku ke kau?" balas Tengku Erman.

"Macam mana pun hakikatnya aku tetap suami kepada Ayriana." nyata Tengku Erman lagi.

Tiba-tiba terdengar Tengku Kamal berdesing. "Kau jangan ingat aku tak tahulah Erman. Kau kahwin dengan Ay sebabkan wajah dia sama dengan arwah isteri kau tu kan! Qaseh Damia." hendek dia.

Terbeliak mata Ayriana apabila mendengar kenyataan yang baru keluar daripada mulut Tengku Kamal itu.

'Maknanya selama ini Tengku Kamal juga mengetahui tentang niat Tengku Erman daripada awal?' dia masih tersentak. Terkedu.

"Ay." tiba-tiba bahunya kembali diraih dan fokus matanya kembali kepada lelaki tersebut.

"Kalau lah daripada awal lagi saya tahu awak dan Tengku Erman rapat. Saya akan halang sehabis baik." ujar dia.

"Ma..maknanya awak tahu pada Qaseh juga." soalnya.

Perlahan lelaki itu mengangguk. "Semuanya. Dan dialah juga. Buat nyawa Qaseh melayang. Sebab kepentingan diri dia." ujar lagi Tengku Kamal.

Perlahan mata beralih kepada Tengku Erman. Lelaki itu masih kelihatan tenang. Tapi dia tahu lelaki itu juga sedang menahan amarahnya sendiri.

"Sampai sekarang lagi kau masih rasa bersalah dengan arwah Qaseh kan. Sebab tu bila kau nampak Ay je terus kau nak dekati dia."

"Dan berkahwin dengan Ay kau boleh nak lindungi dia daripada musuh-musuh perniagaan kau. Sebab kau nak tebus salah kau yang tak sempat lindungi arwah Qaseh dulu kan!" bentaknya lagi. Kali ini lelaki itu menjerkah.

Sejurus lelaki itu habis berkata, langsung Tengku Erman menerpa kepadanya dan penumbuk di angkat.

"Tengku Erman!" serta merta Ayriana mencelah di antara mereka menghalang.

Dia berdiri di hadapan Tengku Kamal berhadap dengan Tengku Erman sambil mendepakan tangan.

Dada turun naik. Tengku Erman serta Ayriana mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Tengku Erman. Please. Bukan dekat sini." tegur Ayriana. Menyedarkan mereka masih berada di rumah orang.

"Biarkan kan dia Ay. Kau nak tumbuk aku sangatkan. Tumbuk!" cabar Tengku Kamal menerpa ke hadapan.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now