Taman Botani Putrajaya. Di mana tempat yang di rasakan selamat untuk menceritakan segalanya.
Ya dia menceritakan segala perihal yang berlaku kepadanya lewat malam semalam sehinggakan saat ini kepada Dyra. Tapi soal siapa yang selamatkan dia tidak di beritahu.
Dan kenapa dia boleh percayakan Dyra dan menceritakan perihal gila tersebut cuma satu perkara yang di tahu. Dia tahu Dyra sahabatnya akan menyimpan rahsia tersebut.
Dan reaksi si gadis...sudah tentu dia terkejut besar apatahlagi perihal yang berlaku kepada dia malam semalam di tempat letak kereta pejabatnya.
"Jadi itulah cerita dia." cerita dia sesudah bercerita barulah dia rasa sedikit beban terangkat pergi.
"Kejap. Ini orang yang sama juga ke yang serang kau dekat hotal dulu??" soal Dyra membuatkan Ayriana tergamam.
"Kau tahu Dy?" dan dengan selambarnya gadis itu membalas.
"Aku tak bodoh sangat lah nak tahu luka kau tu jatuh dapur dengan kena serang dengan orang. Macam aku tak kenal kau. Kau cakap dengan aku berapa kali kau cedera sebab kena serang dengan musuh-musuh abang dengan tunang kau?" nyata Dyra.
Tidak gatal Ayriana mengaru belakang kepalanya. "Kenapa kau tak bagitahu awal-awal kau dah tahu." ujar Ayriana.
"Mula-mula tu aku percaya je yang kau luka dekat dapur. Tapi bila abang kau minta aku keluar. Aku dah mula syak yang kau cedera bukan cedera biasa." balas Dyra. Tampak bersahaja berbicara.
"Lagipun kau ingat aku tak biasa ke dengan keadaan kau macam ni. Kau bagitahu berapa kali dah kau kena serang dengan orang yang musuh dengan abang kau dan tunang kesayangan kau tu?!" ujar Dyra.
Sengihkan Ayriana makin melebar sesungguhnya Dyra memang cukup mengenali dia. Mana tidaknya setiap kali dia di serang si gadis sentiasa ada untuk merawat luka dia.
"Hehehe..."
"Tak payah nak hehehe sangatlah. Sekarang ini kau bagitahu aku. Apa yang aku boleh tolong kau. Aku rasa kau tak boleh duduk rumah aku." ucap Dyra yang semestinya benar.
"Macam itu lerr..." balas Ayriana. Entahlah dia tidak rasa dia harus duduk di rumah Dyra selama seminggu kerna itu akan lebih membuat si gadis dalam bahaya.
Yaaa walaupun abangnya sudah meletakkan beberapa orangnya untuk menjaga keselamatan si sahabat. Tapi masih dia rasa takut dan tidak selamat.
Sedang mereka berbual-bual ringkas tiba-tiba Dyra menerima panggilan telifon dengan pantas si gadis mengangkat panggilan tersebut berbicara jauh daripada dia.
Lalu beberapa minit kemudian Dyra kembali mendekati dengan sepantas itu juga Ayriana bangun daripada duduknya.
"Ay. Aku kena balik kedai. Ada hal aku kena settlekan pasal majlis." ucap Dyra.
Ayrana mengangguk mengerti. "Okey. Tak apa. Biar aku hantar." ucap dia. Sudah semestinya kena hantar balik.
Tidak menunggu lama terus sahaja mereka berdua berjalan keluar daripada taman tersebut di ikuti oleh Fiq di belakang mereka.
Sesudah sampai di hadapan kereta terus sahaja mereka berdua masuk kedalam kereta bahagian penumpang belakang yang di buka pintu oleh Fiq.
Sekitar seminit setelah itu Fiq pun masuk ke tempat pemandu setelah enjin di hidupkan terus sahaja dipandu keluar dari kawasan tersebut masuk ke lebuh raya.
Sekitar 45 minit memandu akhirnya kereta mereka sampai di hadapan kedai milik Dyra.
"Tak payah keluar. Tak apa. Aku boleh masuk sendiri." kata dia kepada Ayriana tidak payah susah-susah keluar hanya ingin menghantar dia.
Ayriana yang tidak membantah kembali membetulkan duduk. Sebelum Dyra keluar daripada perut kereta sempat dia berpesan sesuatu memandangkan Fiq ada di luar mungkin menjaga keamanan.
"Aku nak pesan sikit. Apa-apa pun kau duduk dekat rumah tu. Please jaga diri. Paling penting jaga maruah kau. Aku tahu ada orang lain dalam rumah itu. Dan walaupun aku tak tahu kau duduk rumah siapa. Tapi aku tetap nak kau jaga maruah kau." pesan Dyra sambil mengenggam tangan Ayriana yang di balas oleh gadis tersebut.
"Dan pasal abang kau tu. Kau jangan risau. Pandai-pandailah aku goreng kalau abang kau datang cari kau dekat rumah aku." ucap Dyra.
Soal dia di arahkan cuti seminggu dari syarikat juga di beritahu kepada Dyra. Sebagai langkah berjaga-jaga sahaja senang kau abangnya menyoal kenapa dia mengambil cuti seminggu.
"Thanks beb. Kau memang orang yang aku boleh percaya." ucap Ayriana kepada Dyra.
"No problem. Kau pun banyak tolong aku. Tak akan soal ini aku tak boleh nak tolong." balas Dyra.
"Ha...aku dah kena masuk ni. Ada client datang." beritahu Dyra setelah dia menerima satu panggilan daripada pembantunya itu.
Laju Ayriana menganggukkan kepala. "Aku pergi dulu."
"Okey. Jaga diri."
"Kau pun." setelah itu terus sahaja Dyra keluar daripada perut kereta tersebut dan naik tangga ke kedainya.
Setelah Dyra betul-betul menghilang di balik pintu kaca tersebut terus sahaja Fiq masuk ke tempat pemandu semula.
Dari cermin pandang belakang dia melihat kearah Ayriana. "Cik Ayriana. Ada nak pergi mana-mana sebelum balik??" soal dia.
Ayriana menggelengkan kepala. "Tak ada. Balik terus sahaja." balas Ayriana.
"Baik." ucap Fiq. Tidak banyak bicara terus sahaja memulakan pemanduan setelah keluar daripada simpang kawasan bagunan kedai tersebut.
Di tempat duduk belakang. Ayriana melepaskan nafas panjang akhirnya permasalahnya selesai tidaklah terasa beban dengan perihal abang dan ibunya.
'Maafkan Ay ibu. Abang. Ay terpaksa menipu.' ucap dia di dalam hati memohon.
Dan kini dia harus pulang ke rumah tersebut dan 'terkurung' selama seminggu di sana. Dengan itu dia turut berharap semuanya akan baik-baik sahaja apabila dia mula berkerja di syarikat lelaki tersebut.
Berbicarakan soal Tengku Erman. Apalah di buat lelaki itu sekarang ini? Tiba-tiba fikiran jahatnya meminta agar lelaki tersebut tersedak air semasa dia menyebut namanya.
'Ish!!! Ayriana Kyaiseh! Tak baik.' tegur dia kepada diri sendiri.
Tanpa dia sedar di keluarkan suara ketawa kecilnya. Terus sahaja Fiq bersuara.
"Cik Ayriana. Cik okey??" soal Fiq pelik dengan kelakuan Ayriana yang tiba-tiba ketawa kecil tersebut.
"Tak...tak ada apa-apa. Fokus..fokus memandu. Jangan perdulikan saya." balas Ayriana bersikap selambar.
Namun bagaikan perutnya di geletik bibirnya tidak berhenti daripada tersenyum sendirian tambahan dengan bibir seakan mahu mengeluarkan ledakan ketawa sekali lagi.
Tapi cuba di tahannya agar tidak meledakkan tawa. Mahunya nanti lelaki di hadapannya ini berfikir dia seperti apa.
Dan lebih parah kalau-kalau di reportnya kepada ketuanya itu. Tak malu dia di kira perempuan sewel oleh lelaki kejam tersebut!
TIDAK. MAHU!
Lalu suasana senyap kembali dan automatik ledakan gelora yang tadi mahu terkeluar mula berkurangan dan menghilang. Syukurlah.
Tidak sampai lagi matanya suda kuyu sesaat dua saat matanya sudah tertutup dan dia di bawa lena sepanjang perjalanan.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...