"Ahhhh...sakit. Sakit!!!" rungut Ayriana apabila buku lalinya di urut oleh Kak Tinna tidak kasar lembut sahaja tapi rasa sakitnya dia dengan tuhan sahaja tahu.
"Tulah. Lain kali, jangan nak jadi penyelamat sangat. Yang kau pergi selamatkan perempuan gila tu kenapa. Dah tahu dia tu biadab! Tak pasal-pasal kaki kau jadi habuan." bebel Kak Tinna sambil itu tangan cekap mengurut bahagian buku lali Ayriana itu.
Ayriana memuncungkan mulutnya apabila di bebel. "Saya cuma nak tolong. Tak sangka pula. Cik Adreana nak tolak saya...." ujar Ayriana.
"Buat apa kau nak tolong dia. Perempuan meroyan tak tahu pasal! Kau sendiri tahu perempuan tu kaki meroyan." kata lagi Kak Tinna.
"Aduhhhh...kak perlahan lah sikit." adu lagi Ayriana makin di urut makin sakit di rasakan. Huhu..
"Aduhhh...kak kita bawa Ay pergi hospital ja lah. Takut sekejap lagi makin teruk sahaja kaki dia tu." gumang Naim yang kelam-kabut sendirian.
"Hish! Ko ni. Tak payah lah. Ini sikit sahaja. Sekejap lagi okey lah ni." ujar kak Tinna masih fokus mengurut di daerah buku lali Ayriana itu.
Beberapa minit mengurut akhirnya kak Tinna meletakkan semula kaki Ayriana kebawah perlahan-perlahan.
"Ini. Tunggu 15 minit. Lepastu, jalan perlahan-perlahan jangan ganas sangat!" pesan Kak Tinna.
Ayriana hanya menganggukkan kepala. "Terima kasih kak Tinna. Sorry kacau." ucap Ayriana. Sedikit berasa bersalah kerana sudah mengacau masa wanita tersebut.
"Uhmmm tak apa. Lagipun kaki kau tu sakit. Kalau tak di urut masuk angin bengkak makin sakit karang kau rasa." balas Kak Tinna lalu berlalu pergi kearah pantri untuk membasuh tangan yang tadinya di penuhi minyak angin yang mengurut buku lali Si gadis.
"Ingat. Jangan ganas-ganas sangat. Kalau sakit juga, lepas balik kerja pergi klinik terus." beritahu Kak Tinna setelah muncul daripada pantri.
Dan sekali lagi, Ayriana menganggukkan kepala mengerti pesanan wanita tersebut.
Tidak menunggu lama, kak Tinna pun berlalu pergi meninggalkan mereka berlima di bilik rawatan pekerja tersebut.
Sedikit demi sedikit Ayriana cuba untuk berdiri walaupun sedikit perit apabila kaki mencecah di atas lantai tersebut.
Tapi dia cuba tahan sebaik mungkin. "Kau okey tak Ay?" soal Fattah menghulurkan tangan untuk membantu.
"Hah. Kau nak kitorang tolong tak?" kali ini soalan daripada Fahriz turut menghulurkan tangan untuk Ayriana menahan diri untuk berdiri.
Ayriana mengelengkan kepala. "Tak. Tak apa. Aku okey ja, korang pergilah sambung kerja. Aku boleh jalan slow-slow." beritahu dia cuba untuk berdiri sedikit demi sedikit.
"Tak payah nak mengada! Kalau sakit kaki kau tu makin teruk. Apa kitorang nak menjawab dengan abang kau. Tunang kau lagi. Mampus kitorang." ujar Naim.
Sesungguhnya berhadapan dengan abang dan tunang kepada gadis tersebut adalah hal yang paling mereka berempat takuti. Apatahlagi, dalam kondisi Ayriana seperti ini. Mahunya di soal siasat bagaikan penjenayah.
Siapa tidak kenal abang kepada Ayriana, Afril Kyairil Inspektor (INSP) merupakan pegawai polis diraja malaysia ternama dalam jabatan jenayah khas.
Tegasnya uhhhh...jangan di buat main-main, sekali membuka mulut tambahan dengan tatapan tajam lelaki tersebut. Auto bulu roma naik.
Tidak lagi si tunang kepada gadis tersebut, Tengku Kamal merupakan askar dari unit khas yang memimpin pasukan unit khas.
Hanya dengan tatapan yang bengis siapa sahaja tidak berani untuk menganggu atau mengapa-apakan si gadis.
Dan jika apa-apa terjadi, mereka sedia maklum kedua-dua lelaki tersebut dahulu yang akan menjadi pahlawan untuk mencegah.
"Alah....korang jangan risaulah. Aku akan pastikan abang aku atau. Kamal tak akan tahu." gumang Ayriana. Dan dia masih sahaja boleh tersenyum walaupun sedang mengalami sakit.
Dia tahu apa yang membuat kan mereka risau sangat. Abang dan tunangnya itu, huh memang garang nak mampus kalau depan semua orang. Tapi tak boleh lawan garang dia. No way!
"Kitorang bukan apa. Kitorang takut dengan abang. Tunang ko tu. Bapa aura masing-masing macam singa!" ujar pula Fattah.
Ayriana hanya tergelak sahaja. "Apalah korang ni. Setakat abang aku dengan Kamal pun korang takut."
"It's okey. Kalau diorang marah. Aku boleh handle. Berani diorang nak marah." ujar Ayriana. Sambil mengepal tangan yang mahu menumbuk, walhal tangan kecil kemut ada hati mahu menumbuk.
Dan keempat-empat lelaki tersebut sama-sama mendiamkan diri. Apa yang mereka boleh katakan kepada Ayriana.
Sungguh Ayriana merupakan rakan perempuan mereka yang paling keras kepala. Degil semua lah.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...