Bilik yang suram itu makin suram dengan kebisuan Ayriana yang tidak berkata apa-apa semasa dia masuk semula setelah apa yang berlaku sentar tadi.
Posisi kembali kepada keadaan semalam. Ayriana duduk di birai katil dengan memandang keluar tingkap bilik tersebut.
Nafas di tarik dan di lepaskan. Setelah apa yang dia dan ayahanda bualkan pasti sudah di dengari oleh Ayriana.
Walaupun tiada reaksi dia tahu wanita itu mendengarkan walaupun tak semua. Dia pasti pada ayat terakhir ayahanda Ayriana dengarkan.
Langkah perlahan dia mendekati kepada isterinya itu. Pakaian sudah bertukar. Sudah mandi setelah bonda sendiri memujuk.
"Ay..." panggilnya.
Sedikit Ayriana mengangkat wajahnya. Tapi masih tidak beralih. Tapi tahu mata itu pasti melihat padanya juga.
Tengku Erman menghampiri dan duduk di sisi Ayriana. Dan gadis itu tidak menolak seperti malam semalamnya juga.
Wajah yang tiada reaksi tiada lagi air mata yang mengalir memenuhi tubin mata tersebut serta pipi mulus tersebut.
"Ay..maafkan apa yang Ay dengar tadi. Ayahanda...." belum sempat Tengku Erman habis bicara Ayriana cepat mencantas.
"Tak apa. Lagipun ayahanda tak ada salah cakap macam itu." cantas Ayriana perlahan. Tapi sangat menusuk.
"Apa...apa maksud Ay?" dia mengerti tapi dia terlalu takut fikirkan sangkaannya itu.
"Tentang pilihan tu. Awak memang patut buat pilihan antara itu." balas Ayriana. Wanita itu tidak langsung memandang kepada si suami.
Tengku Erman mengelengkan kepala. Tidak perlu meneka. Dek kerana di sudah mengetahu jawapan daripada isi kepala isterinya itu.
"No Ay. Abang tak akan ceraikan Ay. Tak akan." ujar Tengku Eman. Membantah.
"Dah jelas pilihan kedua adalah yang terbaik untuk kita berdua. Tengku Erman." sambung Ayriana.
Segera di tegah oleh Tengku Erman sehingga lelaki tersebut bangun daripada duduknya.
"Tak. Ay..abang tak akan ceraikan Ay." tegah lelaki itu.
Dan Ayriana juga turut bangun daripada duduknya. Berdiri berhadapan dengan Tengku Erman.
"Habis tu. Awak pilih pilihan pertama? Lupakan Qaseh Damia. Macam itu." Ayriana mengelengkan kepada dengan terbit senyuman kecil jelas menyindir.
"Saya rasa awak tak mampu lakukan itu Tengku Erman...sabab itu akan ambil lagi banyak masa. Dan awak akan seret saya makin tersiksa." ujar Ayriana.
"Tak..tak Ay. Abang tak akan buat macam itu percayalah. Dan pilihan kedua. Tak...tak abang boleh Ay. Nanti abang yang akan jadi gila." sesaat tangan itu ingin mengapa pergelangan tangannya. Ayriana terusan menarik.
"Masa akan tentukan. Dan saya dah tak boleh bertahan Tengku Erman." ujar dia mendatar.
Dinding dadanya di pukul kecil "Dah terlalu dalam sakit yang saya tanggung selama ini. Ruang dan masa yang awak ambil terlalu banyak untuk beritahu tentang Qaseh Damia."
"Dan...bila saya perlukan masa untuk tenangkan diri. Terlalu singkat. Terlampau singkat sampai saya kembali rasa terseksanya." ujar Ayriana panjang lebar.
Dan terkejutnya setitis air mata tidak keluar daripadanya. Jelas apa yang ada sekarang ini ialah Ayriana yang hampir mati.
"Lebih baik kita berpisah sahaja lah Tengku Erman." kata Ayriana.
"No...no...Ay abang minta maaf. Please. Jangan..."
"Jangan apa?! jangan buat awak macam ini? Maaf? Tak habis-habis awak dengan dua benda itu sejak semua ini berlaku. MAAF! MAAF! awak tak penat ke Tengku Erman. Saya yang tengok yang dengar pun dah penat. Muak!" luah Ayriana.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...