BAB 41

3.4K 132 9
                                    

Mata terpejam buat seketika. Nafas dalam di tarik dan di hembus lembut. Tanpa beralih kepada lelaki tersebut Ayriana menyambung kata.

"Saya rasa..tak ada benda yang nak di minta maafkan Tengku Kamal."

"No. Ada benda yang di minta maafkan Ayriana Kyaiseh." cantas Tengku Kamal.

Dan kakinya pantas melangkah dan melepas Ayriana kini mereka sama-sama berhadapan antara satu sama lain.

Automatik kepadanya beralih ke sisi. Entah mengapa hatinya bertambah sakit memandang kepada Tengku Erman.

Masalah betul kau Ayriana.

"Ay. Saya tahu. Saya dah tipu awak. Dan sakitkan hati awak. Tapi sebenarnya saya...."

"Dahlah Tengku Kamal. Boleh tak kita jangan bercakap soal ini. Tentang alasan awak berkahwin dengan Ayma. Atau apa-apapun! Korang berdua dah kahwin pun. Tak ada benda yang boleh ubah semua ini." cantas Ayriana.

"No Ayriana."

"What?! apa lagi Tengku Kamal? Apa lagi? Awak nak cakap awak nak ceraikan Ayma? Awak ubah fikiran nak kata yang awak masih cintakan saya."

"Look. Walaupun awak ceraikan Ayma atau apapun. Saya akan tetap tak akan terima awak balik." cantas Ayriana lagi.

"Saya rasa awak tak lupa apa yang saya pernah cakap dulu. Saya tak akan pernah terima awak balik atau beri peluang kedua kalau awak tipu atau curang dengan saya. Tak akan!" ujar Ayriana. Sangat tegas.

Kerutan di dahi luas milik Tengku Kamal itu membuat Ayriana tersengih sinis. Sangat sinis!

"Mesti awak ingat masa saya cakap hal ini dulu. Saya berguraukan. No tengku Kamal! I being serius! Saya tak akan bagi peluang kedua atau terima awak sekalipun selepas awak curang ataupun tipu saya." jelas dia.

Tiba-tiba kenangan 6 tahun sebelum mereka bercinta kembali terulang.

"Saya seorang yang tak mudah percaya kepada seseorang lelaki." baritahu Ayriana yang masa itu sedang duduk di atas kerusi batu di taman universitunya.

"Kenapa?" soal Tengku Kamal turut mengambil tempat yang sama di sebelah Ayriana.

"Ayah."

"Ayah?"

Nafas dingin di lepaskan. Teringatkan kisah keluarganya yang memilukan. Yang dulunya keluarga yang sangat bahagia.

Dengan sekelip mata bertukar hancur di keranakan salah faham daripada kedua orang tuanya itu dan berakhir dengan perceraian.

"Ayah dengan ibu bercerai. Di sebabkan salah faham. Ayah kahwin dengan perempuan lain. Curang dalam masa yang sama. Seksa ibu. Seksa saya dan abang Afril juga. Daripada situ saya tak pernah percaya kepada lelaki. Mereka suka gunakan kekerasan."

"Tapi semua tak macam itu Ay. Saya tak macam itu." ucap Tengku Kamal. Yang ketika itu sedang tersenyum segaris kepada Ayriana.

"Macam mana awak boleh buktikan? Saya tak pernah percayakan sesiapa." beritahu Ayriana.

Jarak yang tadi jauh Tengku Kamal datang mendekati kepada Ayriana. Tapi masih tersisa jarak di antara mereka.

"Saya akan buktikan. Dan perjuangkan. Sebab saya dah jatuh cinta kepada awak. Ayriana Kyaiseh." ujar Tengku Kamal.

Saat itu serasa masa terhenti seketika. Umpama dunia tidak berputar saat mata mereka saling memandang antara satu sama lain.

"Okey. Jadi buktikan. Buat saya yakin awak bukan macam ayah." cabar Ayriana. Senyuman manis terukir di wajah.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now