Sekuat manapun cuba dia tolak tubuh lelaki-lelaki tersebut. Masih sahaja dia tidak mampu untuk lolos.
Dia menarik nafas dan menghembus. Dan sekali lagi dia cuba tetap sahaja hasilnya tetap sama.
"Fiq. Bagi saya keluar. Tolonglah!" pinta Ayriana kepada Fiq.
Setelah menangis hampir 3 jam di dalam bilik kerjanya tanpa henti. Ayriana banguna daripada perbaringan di lantai dan keluar daripada biliknya.
Dan sesaat dia keluar. Sudah ada dua pegawal di rumah tersebut sedang berdiri di luar pintu biliknya.
Sesaat dia keluar untuk masuk ke bilik tidurnya. Dia di sapa oleh Mak Su serta Fiq yang berada di samping.
Dan langsung memberitahu kepada dia bahawa Tengku Erman keluar sebentar dan menyuruhnya untuk berehat tanpa menunggu lelaki tersebut.
Namun tidak Ayriana memberikan sebarang balasan. Melainkan dia berlalu masuk ke dlaam bilik tidurnya dengan diri yang tiada jiwa.
Seketika duduk setelah membasuh wajah. Dia langsung berfikir. Dia harus keluar daripada rumah ini.
Dia harus cari ketenangan untuk fikirannya sekarang ini. Kerana itu, langsung dia mengambil bagasi dan menyimpan beberapa pakaian di dalam bagasi kecil yangb bakal dia bawa.
Dan hasilnya, dia di sini. Di tingkat bawah sedang berhadapan dengan anak-anak buah lelaki tersebut untuk keluar.
"Maaf cik puan. Saya tak boleh. Tengku tak akan benarkan. Lagipun ini dah larut malam." ujar Fiq.
Ayriana berpaling ke sisi kanannya. Di sudut matanya dia dapat melihat dengan jelas Mak Su serta pembantu rumah yang lain berada di belakangnya dalam keadaan risau.
"Saya tak peduli. Please. Fiq. Saya tak boleh duduk dekat sini." kali ini suaranya perlahan sungguh merayu.
Dia sudah tiada daya. Tapi dia juga tidak mahu duduk di rumah ini lama-lama. Kelamaan nanti dia yang akan hilang kewarasan dirinya.
"Maafkan saya sekali lagi Cik Puan. Saya memang tak boleh beri ke izinan. Nanti Tengku akan marahkan kami semua kalau cik puan keluar macam itu sahaja." ujarkan Fiq sekali lagi.
Sekali lagi Ayriana berpaling dan melepaskan nafas berat. Berkasar macam manapun dia kepada mereka semua. Dia tahu mereka semua tidak akan berganjak.
Sesaat itu, pintu utama banglo tersebut terbuka daripada luar. Dan muncul Tengku Erman serta pengikut lelaki tersebut yang lain.
"Kenapa semua berkumpul dekat sini?" ke dengaran suara Tengku Erman menyoal.
Dan serta merta, mereka yang menjadi penghadang untuk menghalang Ayriana daripada menebus keluar. Kini mereka melangkah membuka ruang seperti laluan kepada lelaki tersebut.
Dan langsung membuka kepada pertemua empat mata dengan suami isteri tersebut. Apabila nampak Ayriana yang berdiri di hujung sana.
Terus sahaja dia melangkah mendekati. Dan makin laju melangkah apabila matanya menangkap sebuah bagasi di samping wanita tersebut.
"Ayriana. Ay nak pergi mana ni? Dengan bagasi ni?" soal Tengku Erman. Masih berlembut.
Dengan wajah dingin Ayriana membalas. "Saya nak balik rumah ibu." balasnya.
"Tapi Ay ini dah tengah malam. Apa kata ibu kalau Ay balik tengah malam macam ini." ujar Tengku Erman. Masih di fasa ingin memujuk.
"Saya lebih rela balik tengah malam macam ini. Daripada duduk rumah ni. Makin lama makin saya rasa jiwa ni terjerutlah!" balas dia. Membentak.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...