"Dalam masa tempoh sebulan perjanjian. Saya akan sediakan dan siapakan semua rekaan dengan syarat saya akan duduk di syarikat Kyairay Holding!" nyatanya.
Kertas nipis yang merupakan kontrak yang telah di janjikan oleh pihk Tengku Erman kini sudah ada pada dia.
Sudah beberapa kali dia menilik setelah diberikan oleh Dafril beberapa jam selepas mereka sarapan tadi.
Dan tetap tidak mengubah apa-apa isi kandungan di tulis dalam kertas kontrak tersebut.
"Apa maksud semua ini?" soal dia. Sungguh dia kurang memahami maksud sebenar isi kontrak tersebut.
"Macam ini cik Ayriana. Tengku Erman buat keputusan untuk cik kerja kan semua rekaan itu di bawah syarikat dan duduk di pejabat selama sebulan." Dafril menjelaskan.
"Untuk apa?"
"Saya boleh kalau tengku erman nak saya hantar semua rekaan saya secara hardcopy dan juga secara langsung. Tapi bukan ini! Saya tak nak duduk di syarikat apatahlagi duduk di pejabat tengku erman!" bentak Ayriana. Sungguh dia tidak faham dengan cara pemikiran lelaki tersebut. Tidak di jangka!
"Cik Ayriana..." belum sempat Dafril mahu menyudahkan katanya ada suara lain yang mencelah.
Dan itu dari orang yang sedang turun dari atas tingkat dua tersebut. "Itu syarat yang aku tetapkan. Untuk kau dan syarikat kau."
"What do you mean??" soal dia.
Dan-dan itu, dia seakan tersedar. "Tengku dah berjumpa dengan Tuan Hafizz ke?" lontar dia soalan.
"Clever." entah pujian. Entah kutukan. Tetap sahaja membakar hatinya. Pagi-pagi dah nak sakitkan hatinya.
"Semalam aku berjumpa dengan Tuan Hafizz. Dia setuju."
Ayriana membeliakkan mata. Namun Tengku Erman kembali menyambung berbicara.
"Dia setuju. Kalau kau setuju dengan kontrak sebulan ini." jelas Tengku Erman. Lalu dia mengambil duduk tetap-tepat dia hadapan si gadis.
"Jadi...tuan Hafizz dah baca kontrak ini juga?" soal dia sambil mengangkat kertas berisi kontrak tersebut.
Tengku Erman menganggukan kepala tanda mengiakan soalan Ayriana.
"Jadi dia tak kesah kalau saya ke pejabat tengku?" soal dia agak terkejut.
"Aku dah berbincang dengan boss kau. Dan dia setuju. Untuk kau kerja di bawah aku selama sebulan ini." balasnya lagi.
Dan Ayriana terdiam seketika. Seakan cuba mencerna satu persatu apa yang berlaku manatah perihal semalam dia masih tidak boleh mencerna dengan baik tambah ini pula.
"So. Make a decision now. Miss Ayriana Kyaiseh." seakan sebuah perintah keluar dari mulut lelaki tersebut.
'Kau kena fikir Ay. Tuan Hafizz dah tahu. Apa lagi kau nak buat?!' soal dia kepada diri sendiri.
Tiba-tiba meja kopi di tengah-tengah sofa ruang tamu tersebut di ketuk oleh lelaki di hadapannya itu.
"So. Macam mana? Ini offer yang paling ramai nak. Ramai nak kerjasama dengan aku. Dan aku rasa kau pun tak akan lepas peluang emas macam ini." nyata lelaki tersebut.
Yakin betul! Tapi apa yang dia katakan memang betul. Gila! Nak lepas susah kut nak dapatkan kepercayaan untuk projek dari syarikat lelaki tersebut. Jika di lepaskan sia-sia sahaja usahanya selama ini.
"Mana yang saya nak kena sign?" tidak berlama dia berbicara seperti itu. Dia telah membuat keputusan. Biarlah duduk di pejabat lelaki tersebut.
'Sebulan sahaja Ay...sabar sahaja. Hadap mamat tu nanti.'
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...