Lambat-lambat mata di buka. Kepala yang mulai berdenyut sesaat dia mahu membuka mata sangat menyakiti.
Dalam sayu-sayu telinganya mendengar bunyi kecil di sekelilingnya. Kepala di gerakkan sedikit dengan mata yang separa terpejam
Walaupun pandangannya sekarang ini masih kabur tapi dia boleh nampak bayangan seseorang di hadapan wajahnya.
Tapi dia kurang pasti siapa. "Ayriana. Kau dah sedar." tegur satu suara itu.
Dan suara itu, sangatlah Ayriana kenali di perdengarannya.
"Dy.. Dyra? Kau ke?" soal Ayriana. Terasa tekaknya kering bagaikan terdapat pasir kering di tekaknya apabila air liur di telan.
"Ye..ye. Ini aku Dyra." balas Dyra.
Mendekati langsung dia membantu Ayriana untuk bersandarkan belakang badan ke kepala katil yang sudah di naikkan.
"Aku..dekat mana ni?" soal Ayriana. Kini perlihatannya sudah jelas sedikit daripada tadi.
Sekeliling sudut dia pandang. Ruang bilik tidur yang di lengkapi dengan peralatan canggih di cat berwarna putih serta emas.
"Kau dekat banglo Tengku Erman." jawab Dyra.
Dia bangun dan mengambil segelas air kosong dengan satu penyedut besi memudahkan Ayriana untuk minum air.
"Nah minum air sikit." segelas air putih di hulurkan kepada Ayriana.
Perlahan-lahan Ayriana sedut air kosong tersebut walaupun terasa perit melalui tekaknya masih sahaja dia menelannya.
Turun naik dada Ayriana berbaring semula di atas kepala katil tersebut. "Macam mana kau boleh datang sini?" soal Ayriana.
Telihat Dyra melepaskan nafas berat. Automatik membuatkan Ayriana berdebar sendiri.
"Panjang ceritanya. Tapi..aku rasa kalau kau dekat situasi aku pun kau tak akan terkejut." balas Dyra.
Tanpa kata daripada Ayriana. Dyra tetap bercerita daripada titik permulaan bagaimana pada akhirnya dia berada di sini.
Pagi selepas kejadian Ayriana di serang...
Telifon milik Dyra sudah masuk 3 kali berdering namun tidak dia perdulikan. Pada mulanya dia ingat Aedy yang melifonnya.
Kerana lelaki itu, ada menelifonnya beberapa kali dalam beberapa hari selepas kejadian mereka di tempat letak kereta tersebut.
Sedang Dyra keluar untuk mengkunci pintunya. Dia di kejutkan dengan ke datangan seseorang yang tanpa di undang.
"Selamat pagi Cik Dyra." teguran tersebut. Automatik membuat Dyra berpaling.
Dan di hadapannya kini merupakan Fahreel dengan senyuman kecil. Tidak lebar tapi cukup dapat memaniskan wajah kacak kacukan eropah tersebut.
"Awak buat apa dekat sini. Tak!"
"Macam mana awak tahu tempat tinggal saya?!" soal Dyra.
Fahreel dengan tenangnya mendekati Dyra yang seakan bersedia untuk memukulnya kalau makin mendekati.
Tinggal beberapa tapak sahaja lagi langkah mungkin mereka akan berhadapan antara satu sama lain dengan jarak yang paling dekat.
"Tengku Erman minta cik Dyra ikut saya sekarang. Ini mengenai cik Ayriana." tepat nama Ayriana di sebut.
Sekali lagi telifon dia berdering. Kali ini, dia mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan tersebut.
Dapat dia rasakan itu panggilan telifon daripada ibu Ayriana bukannya daripada Aedy.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...