BAB 20

4.3K 136 2
                                    

Seminggu kemudian...

Sedang Ayriana fokus memperlihatkan beberapa lukisan rekaannya tidak sedar ada seseorang datang kepadanya sehinggakan ia mengetuk meja kerjanya.

Terus kepalanya diangkat keatas. "Tak balik lagi cik kak?" soal Fattah yang sudah sedia mengalas bag sandarnya.

Ayriana mengelengkan kepala. "Tak aku balik lambat sikit. Ada kerja sikit nak settlekan." balas dia.

"Hmmm yelah. Hati-hati balik. Sekarang dah masuk pukul 7 ni. Jangan lambat sangat balik." pesan Fattah.

"Ye..ye..sekejap lagi aku balik lah. Sikit sahaja. Ni." balas Ayriana.

"Ikut kau lah. Aku balik dulu. Jangan lupa tutup semua ni." ujar Fattah sambil berpesan lagi untuk menutup suiz di setiap pejabat tersebut.

"Ye..aku tahu lah." Ayriana membalas.

"Okey. Aku balik dulu. Assalammualaikum." ucap Fattah.

"Waalaikumsalam." balas Ayriana.

Dan terus sahaja Fattah beredar, kini betul-betul Ayriana tinggal sendirian di pejabat tersebut.

Namun dia tidak kesah kerna itu memang rutin dia setiap hari balik lewat daripada orang lain di sebabkan mahu siapkan sebahagian lukisan rekaannya.

Masa makin berlalu dengan pantas tanpa sedar langit yang tadi cerah diluar kini bertukar gelap gelita menandakan sudah larut malam.

"Pukul berapa dah ni?" soal dia kepada diri sendiri setelah siap solat maghrib. Jam tangan di tilik, dan jarum jam mengarahkan ke angka pukul 7.45 malam.

"Okey time untuk balik! Let's go!" gumang Ayriana sendirian. Lalu pantas sahaja dia mengemas barang-barang yang harus dia bawa pulang bersama.

Setelah mengemas dan menutup suiz lampu dan lain-lain terus sahaja dia mengalas beg hitamnya bersama lalu berlalu pergi meninggalkan area pejabatnya.

Sekitar 3 minit menunggu lift akhirnya sampai juga di tingkatnya dan terus sahaja dia masuk.

Punat tingkat (G) iaitu tingkat bawah tanah di tekan dan langsung lift bergerak untuk turun sementara dia merehatkan diri sambil termenung sendirian.

Di dalam masa itu, boleh pula dia teringatkan percakapan antara dia dengan Tengku Erman beberapa waktu lalu di dalam lift hotel.

"I repeat again. Miss. Keep you're mouth shut what happen you see. Understand?!"

Kata-kata itu, teria-ia di fikirannya. Mengapakan Tengku Erman mahu dia berdiamkan diri dari soal tersebut? Dan apakah kaitan dia dengan Tengku Erman sehinggakan kumpulan lelaki tak guna tersebut menjadikan dia sebagai tebusan?

"Aku dengar-dengar. Dia ada datang. Jadi aku buatkan satu ujian untuk dia. Dan kau! Adalah bahan objektif yang terbaik!"

"Kita tengok. Sama ada dia akan biarkan kau atau akan muncul selamatkan kau. Bila aku tunjukkan kau kepada dia."

Bahan objektif terbaik? Dia menyoal kepada diri sendiri daripada malam gelap itu dia tidak pernah memadam perkata-perkataan tersebut.

"Siapa sebenarnya Tengku Erman tu?" soal dia kepada diri sendiri. Sedar tak sedar lift pun sudah tiba di tingkat bawah tanah.

Setelah pintu lift di buka terus sahaja dia melangkah keluar daripada ruang lift tersebut. Dan kini dia sudah berada di tingkat bawah tanah yang menempatkan kereta-kereta yang terparking.

Kerna waktu tamat kerja sudah berlalu lama makanya hanya tersisa keretanya sahaja yang terparking di tingkat tersebut.

Dengan bacaan bismillah dan tawakal dia berjalan dengan berhati-hati berjalan melurusi setiap pacak tiang di situ tapi setiap kali dia melangkah dia rasakan seakan-akan ada seseorang yang mengekori dia daripada arah belakang.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now