Setelah pagi hingga ke petang pada pukul 5 petang barulah semua urusan di resort mengenai galeri tersebut selsai langsung sahaja mereka pulang ke pejabat semua.
Sesampai sahaja di pejabat jam sudah berginjak ke jam pukul 6.30 petang.
"Sampai jumpa isnin Ay." laung rakan-rakan kerjanya yang sama-sama berjalan ke kereta mereka masing-masing.
"Ya! Sampai jumpa Isnin!" balas Ayriana sama melaung.
Dan sempat dia berpandangan dengan sepasang pasangan tersebut. Masih sama daripada semalam. Masih dingin.
Seketika Ayriana mengeluh. "Bertabahlah Tuan Hafizz." ucap dia.
Dan langsung dia berlalu masuk ke dlaam keretanya. Tapi sebelum itu dia membuka aplikasi whatsapps.
Abang. Ay dah sampai office. Otw nak balik. Tapi Ay nak minta izin pergi mall kejap boleh? Nak pergi kedai buku. - Ayriana Kyaiseh.
Pesanan ringkas di hantar langsung kepada Tengku Erman. Menunggu seketika. Dia menerima langsung notifikasi.
Okey. Aku izinkan. Hati-hati. Jangan balik lambat sangat. Aku mungkin balik lambat sikit. Jangan tunggu aku makan malam. Rehat cukup. - Tengku Erman
Izin di beri serta permberitahuan kepada dia lelaki itu akan pulang lewat. Kerana sudah biasa tidak menjadi masalah untuk dia.
Setelah itu, aplikasi di tutup dan langsung Ayriana menghidupkan enjin lanjut kereta perlahan bergerak keluar daripada kotak tempat letak kereta.
Dan langsung menuju ke Sunway Putra Mall. Mall yang paling dekat dengan pejabatnya.
*************
"Pen dah. Set kertas canvas dah. Set pensil dengan buku." di memeriksa semua barangan yang dia beli tadi.
Dia lega, semuanya ada mengikut apa yang dia mahu beli. Semua peralatan ini, di gunakan untuk buat kerja di rumah.
Maklumlah sudah menjadi kebiasan dia membawa kerja kerumah.
Setelah siap memeriksa semuanya. Dia melangkah untuk keluar daripada mall tersebut.
Tapi entahlah di mana salah dia. Bahunya bertembung dengan satu bahu lainnya dan menyebabkan dia dan orang tersebut masing-masing jatuhkan barang mereka.
"Ah...sorry...sorry! Okey. Maafkan saya." Ayriana terlebih dahulu mengucapkan maaf.
Walaupun belum tahu siapa yang salah sebenarnya. Dia jatuhkan diri untuk mengutip semua barang-barang dia yang jatuh tersebut.
"It's okey. Salah saya juga tak nampak." ucap satu suara garau tersebut. Lelaki.
Cepat-cepat dia mengambil barangnya dan masuk semula ke dalam beg kain tersebut serta mengambil beg dompet lelaki tersebut.
Langsung di serahkan. Sesaat dia mengangkat wajah. Serta merta dia kerutkan dahi. Pelik.
Ini kerana, lelaki itu menunjukkan reaksi wajah yang kejung mata membulat seakan baru melihat wajahnya yang keluar daripada planet lain. Pelik sangat ke?
"Ah..encik? Are you okey?" soal dia. Tambahan dia memetikkan jari di hadapan lelaki tersebut.
Barulah lelaki itu mengerakkan matanya. Seakan-akan tersedar daripada lamunan.
Wajah seribu dingin Ayriana tunjukkan. Apabila lelaki itu, seakan meneliti wajahnya.
"Encik. Saya minta maaf soal terlanggar bahu ni. Saya faham kalau encik nak marah. Tapi ini bukan cara dia." ujar dia satu persatu.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...