Taman yang terhias cantik tersebut di lihatnya di nikmatinya. Entahlah. Tapi ia tetap tidak dapat menghalau rasa kacau bilaunya di dalam hati.
"Siapa cakap aku tak ada perasaan?" kenyataan tersebut. Tidak habis-habis bermain dalam fikirannya.
"Kenapa? Kenapa dia kena cakap macam itu?" soal dia. Tapi jawapannya tiada siapa yang dapat menjawab termaksud dirinya sendiri.
Bingung dengan cara percakapan. Dan sikap Tengku Erman tadi. Dan terutama wajah yang dingin tapi tetap koyak dengan senyuman walaupun kecil. Apa maksudnya?
"Siapa cakap aku tak ada perasaan Ayriana Kyaiseh?" banyak memberti maksud.
Tapi cara pandangan Tengku Erman yang sangat redup tersebut memberi makna seakan lelaki itu mahu memberitahu bahawa lelaki itu ada perasaan...pada dia?
Cepat-cepat dia gelengkan kepala. Menghalau fikiran bahawasanya...
"Hish! Dia? Tengku Erman suka kan kau? Ada perasaan pada kau? Biar betul..." dia membidas dengan ketawa yang jelas janggal di perdengaran.
Tidak berselang dengan itu dia berdiam diri sendiri. Otaknya tiba-tiba sahaja sukar untuk berkerja.
Nafasnya tersekat-sekat saat memikirkan semua ini.
"Kenapa? Kenapa dia buat permintaan balas budi itu dengan kahwin? berkahwin dengan dia?" soal dia pada diri sendiri.
"Aku berkahwin dengan Tengku Erman." ujar dia lagi.
Tapi seperti tadi..tadinya. Dia sendiri tiada jawapan untuknya. Ah!!! tiba-tiba dia ingin memarahi diri sendiri!
Dia bangun daripada duduk di kerusi batu tersebut, melangkah kiri kanan tanpa arah. Tanpa sedar dia mencengkam rambut panjangnya itu.
Itulah tabiat buruknya di saat dia marah atau tertekan hingga habis limit sabarnya diakan mencengkam rambutnya dengan kuat sehingga hilang sendiri.
Setelah merasakan sedikit baik. Dia melepaskan rambutnya serta melepaskan nafas dengan perlahan.
Mata kembali memandang kepada tengah tasik yang makin mengelamkan matahari.
"Kalau aku tolak lagi? Dia akan paksa aku juga ke?" dia menyoal tapi hasilnya tetap sama.
Soalannya di pandang sepi. Apa yang dia boleh lakukan adalah melepaskan keluh dan melihat pemandangan tasik tersebut.
Di sebalik semua itu ada seseorang sedang memandang dia daripada jauh.
Rey di dalam kereta tidak habis-habis memandang kepada Ayriana yang ada di kerusi batu tersebut serta melihat cermin pandang belakang.
Lebih tepat kepada susuk tubuh yang diam melihat kepada luar jendela kereta menghadap kepada tempat Ayriana berdiri.
Mereka melihat semuanya. Termasuklah sesaat melihat Ayriana mencengkam rambutnya dapat rasakan gadis tersebut mencengkap dengan sangat kuat.
Dan sesaatnya. Tepat dia melihat kepada reaksi sang ketua.
Wajah dingin kekal dingin tapi saat melihat kepada tangan kengkar yang berlipat tersebut jelas timbul urat jantannya.
Dia yang melihat jadi seram sejuk sendiri. Wajahnya tenang daripada Tengku Erman lebih seram daripada wajahnya yang marah.
Wajah yang tenang ini. Wajah yang kosong itu. Menyimpan lebih banyak perasaan yang pelbagai jenisnya.
Tiba-tiba sahaja. Selang 15 minit Ayriana beredar terus sahaja Tengku Erman bergegas keluar daripada pejabatnya.
Kerana terkejar dengan keadaan Tengku Erman yang tidak berkata apa pada mulanya Rey terpaksa mengikuti juga.
"Ikut kereta Ayriana. Sekarang juga." beritahu Tengku Erman.
Sesaat mereka tiba di tingkat tempat letak kereta.
Dan nasib mereka menyebelahi mereka berdua. Setelah masuk ke dalam kereta.
Kereta milik Ayriana di pandu keluar melalui kereta mereka.
"Sekarang ikut kereta dia." arah di keluarkan setelah beberapa minit kereta Ayriana berlalu tadi.
Rey yang tiada bantahan terus sahaja mengikuti arahan lelaki tersebut memandu mengikuti kenderaan Ayriana daripada belakang.
Jadi di sini mereka. Memerhati Ayriana yang sendirian berulang alik berjalan tiada arah tuju tersebut.
Rasa kasihan kepada Ayriana. Tapi lebih rasa kasihan kepada ketua mereka ini.
Apa yang di alami tidak akan dia lupakan dengan mudah.
Penderitaan yang di alami Tengku Erman sebelum kembali kepada landasan semula. Setelah hampir separuh nyawa menghilang.
"Tengku." panggil dia dengan berhati-hati.
Tidak menjawab. Tapi Rey harus kekal bertanya.
"Tengku nak tungguh di sini. Sampai cik Ayriana balik ke rumah ke?" soal dia.
"Hm. Aku tak nak dia sendirian." balas dia. Jelas dan perinci.
Rey kembali senyap. Seperti tadi Tengku hanya diam dan memerhati daripada jauh sahaja.
"Rey."
"Ye tengku." dari cermin pandang belakang mereka memandang antara satu sama lain.
"Kau rasa aku kejam sangat dengan dia?" soal dia.
Tiba-tiba menyoal, bahawa dirinya sama ada kejam dengan Ayriana ataupun tidak selama ini.
"Maksud Tengku?"
"Tentang selama ini? Tentang apa yang terjadi antara aku dengan dia. Dan juga...permintaan balas budi aku pada dia." ungkap dia.
Serta merta Rey menelan air liurnya sendiri. Tidak menyangka soalan seperti itu akan di tanyakan oleh Tengku Erman.
"Bagi saya...semua itu melibatkan keselamatan cik Ayriana. Bukan salah tengku yang terlalu kejam. Dan juga...soal permintaan balas budi itu melibatkan hati dan perasaan antara dua orang. Lelaki dan perempuan. Perkahwinan tak mudah." jelas dia panjang lebar.
Terlepas keluhan daripada mulut lelaki tersebut. Sekali lagi Tengku Erman melihat kepada susuk tubuh Ayriana yang seakan sudah mahu berangkat pulang.
"Maaf Tengku. Kalau soalan saya ini akan buat Tengku rasa janggal."
Tengku Erman tidak membalas. Tapi dia tahu. Lelaki itu, memberi ruang untuk dia berbicara.
"Tengku memang maksudkan ke soal permintaan balas budi dengan berkahwin dari cik Ayriana?" nyata Rey.
Sekali lagi terdengar degusan halus daripada Tengku Erman. Terlihat dari cermin pandang belakang halkumnya bergerak-gerak menelan air liur. Jelas dalam situasi yang tidak terfikirkan.
"Aku maksudkan." balas dia pendek. Entah itu benar atau tidak.
Tapi Rey yang mendengar sendiri dapat merasakan bahawa Tengku Erman seakan ragu-ragu dengan permintaan balas budi yang satu itu.
Apatahlagi, melibatkan Ayriana Kyaiseh yang ada kaitnya dengan masa lalu Tengku Erman sekitar 5 tahun yang lepas.
Qaseh Damia. Wanita satu-satunya yang dapat mencairkan hati Tengku Erman yang beku dan juga yang membekukan semula hati lelaki tersebut.
Lebih beku sehingga saat menghadap dengan musuhnya sendiri Tengku Erman langsung tidak memperlihatkan emosinya sendiri.
Kejung seperti patung yang tidak punya hati dan perasaan.
"Rey." panggil Tengku Erman tiba-tiba.
"Ye tengku." balas dia. Walaupun fokus memandu mengikuti Ayriana yang sudah mulai keluar daripada tempat letak kereta.
Dia masih mendengarkan bicara lelaki tersebut.
"Mulai esok. Tolong beritahu Fiq untuk jaga Ayriana seperti biasa." ucap Tengku Erman masih sahaja dia memandang keluar jendela kereta.
"Baik Tengku." balas dia. Menerima arahan.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...