Sekotak cincin padora berwarna navy blue di keluarkan dan di letakkan di atas meja kopi ruang tamu tersebut.
"Ini cincin lamaran untuk Ayriana." ucap Tengku Erman.
Dengan segera Puan Dahlia berebut mengambil lalu di buka penutup kotak cincin padora tersebut.
Serta merta mendapat jelingan daripada Ayrian serta Afril mereka sudah cukup masa dengan perangai mata duitan serta menyebut mak tiri mereka yang satu ini.
Namun seperti biasa dua beranak tersebut tidak langsung kisahkan pandangan orang lain.
"Uncle tak ada masalah untuk lamaran ini. Tapi ini semua keputusannya kepada Ayriana sendiri. Sama ada terima atau tidak. Uncle akan ikut sahaja." ujar Tuan Ahmid.
Menerima pandangan 'panik' daripada sang isteri yang masih pegun memegang kotak cincin tersebut.
"Apa abang cakap macam itu. Mestilah Ayriana akan terima. Tak baik tolak orang yang dah datang melamarkan." ujar Puan Dahlia dengan tidak tahu malunya.
Tebalnya muka! Dah hilang ingatan ka apa? Dah lupa apa yang wanita itu cakap sebentar tadi?
Dari tempat duduk dia curi-curi pandang kepada Tengku Erman yang duduk di satu sofa tunggal yang berhadapan dengan ayahnya.
Reaksi wajah yang kekal kosong tanpa perasaan. Huh...memang sukar untuk meneka apa yang lelaki itu fikirkan.
Tanpa sempat dia melarikan pandangan tiba-tiba Tengku Erman beralih memandang kepada dia. Kalut-kalut dia memandang ke tempat lain.
Kantoi!!
"Saya ikhlas untuk jadikan Ayriana isteri. Seikhlas yang jauh lebih bernilai daripada cincin lamaran yang ada dalam kotak padora itu. Asalkan Ayriana terima...semua itu jauh lebih bernilai." panjang berkias membuatkan mana-mana wanita yang mendengar pasti akan cair.
Sebagai contoh...tidak jauh sudah ada di hadapan matanya sendiri. Terlihat Aireen tersengih-sengih sendiri dan kadang kala tersengih memandang kepada Tengku Erman.
Eh menyampahnya. Plastik!
"Ayriana." panggil Tuan Ahmid.
"Ye. Yah." Ayriana memandang kepada Tuan Ahmid.
"Macam mana keputusan Ay? Ay terima ke?" soal Tuan Ahmid.
Membuatkan Ayriana sekali lagi diam. Keputusan? Patutkah dia menerima?
Sekali lagi dia beralih kepada wajah-wajah yang ada sudah semestinya dua anak-beranak tersebut tidak habis-habis menjeling mata kepadanya.
Seakan memberitahu kepada dia 'TERIMA!' mata beralih kepada Afril di sebelah.
Alongnya kelihatan hanya tersenyum. "Itu keputusan kau dik. Along tak ada hak nak masuk campur." balas Afril.
Dan yang terakhir dia berpaling pada Tengku Erman sekali lagi lelaki itu menunjukkan rauk wajah yang kosong.
Tanpa sedar dia melepaskan nafas berat. Sebelum kembali memandang semula kepada ayahnya.
"Bagi Ayriana fikir dulu boleh yah." balas Ayriana. Dia rasakan itu adalah jawapan yang tepat dia berikan.
Samanya jawapan dengan apa yang Tengku Erman pernah berikan kepada dia. Beri dia banyak mana masa untuk berfikir tapi permintaan balas budinya tetap sama mahukan dia berkahwin dengannya.
Ayah dan Afril nampaknya sedikit tenang sedang kan dua beranak tersebut menunjukkan reaksi sebaliknya.
Biarlah! Malas Ayriana ingin memperjelaskan reaksi mereka itu. Buat orang sakit hati sahaja!
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...