BAB 17

3.7K 118 1
                                    

Suasana malam yang di temani dengan cahaya bulan yang sungguh terang menyinari permukaan langit bumi.

Dan seketika Ayriana melepaskan nafas berat seakan melapaskan beban. Laman rumah merupakan tempat kegemaran dia jika mempunyai masalah pembelajaran dan menyelesaikan di sini juga.

"Cik Ay. Buat apa dekat luar ni sorang-sorang? Tak sejuk ke?" soal Mak Itah yang muncul dari pintu tepi rumah yang berhubung dengan luar taman tersebut.

Di lihat di tangan wanita tersebut terdapat secawan cawan yang di perbuat dari seramik tersebut di letakkan di atas meja berhadapan dengan Ayriana.

Coklet ais minuman kegemaran Ayriana pasti setiap kali dia selesai makan malam dia akan di buatkan air tersebut oleh mak Itah.

"Terima kasih mak Itah. Macam tahu-tahu saya dahaga air ni." ucap Ayriana sambil tangan terus sahaja menyambar cawan bersuhu dingin tersebut lalu di teguk sedikit sekadar melegakan tekak.

"Sama-sama. Mak Itah tahu sangat dengan apa yang selalu kamu suka." ucap Mak Itah.

"Hehehe. Ni makin sayang dekat mak Itah ni." gumang Ayriana riang sambil tanganya galak memeluk pinggang mak Itah.

Wanita itu, hanya membiarkan sahaja Ayriana memeluknya sungguh dia kesian akan anak majikannya yang satu ini.

Dia sendiri tahu apa yang di alami oleh Ayriana padih apabila di usia muda ibu bapa kandung sendiri bercerai dan pun sang ayah berkahwin dengan wanita lain yang sungguh menjengkelkan gadis tersebut.

Sessat terasa Ayriana sudah melepaskan pelukkan dan kembali kepada kedudukan duduk yang tadi.

"Cik okey?" nyata Mak Itah tiba-tiba bertanya soalan tersebut.

"Maksud Mak Itah tanya macam tu?" soal Ayriana kembali kurang faham.

Kelihatan Mak Itah seakan ragu-ragu untuk menyambung soalan tadi. Cepat-cepat Ayriana mengenggam tangan tua tersebut.

"Mak Itah...tanya sahaja. Saya tak akan marah pun." gumang Ayriana. Tahu sangat mak Itah takut mahu bertanya apatahlagi jika itu perihal peribadi.

"Tak mak Itah cuma nak tanya. Kamu okey ke? Sebab kan pasal tadi. Kamu dengan ibu dan kakak tiri kamu tu." ujar Mak Itah akhirnya.

Serta merta Ayriana tersenyum tapi jelas kelat. "Saya okey ja mak Itah. Apa lah yang saya boleh buat. Saya dah cukup biasa dengan perangai dua beranak tu. Makin saya lawan. Itu tidak akan buat diorang berhenti cara gaduh dengan saya." balas Ayriana.

Sungguh ayat yang keluar daripada mulut dua manusia tersebut sedikit sebanyak menyakiti hatinya.

Seperti yang dia katakan apalah yang dia mampu lakukan selain melawan sedikit dan terus membiarkan sahaja.

Malas mahu melayan!

"Hmmm...baguslah tu. Mak Itah tahu, anak baik macam Ayriana ni tak akan pernah berkasar lebih dengan orang tua. Sebab tulah, mak Itah suka dengan Ay. Bukan setakat cantik, hati tu baik." gumang Mak Itah sekaligus memuji satu sikap Ayriana yang satu itu.

Tak kira berapa kali orang menyakitkan hatinya tidak langsung dia berkasar atau menyakiti hati lebih-lebih apatahlagi pada orang yang lebih tua darinya.

"Mak Itah masuk dulu ye. kamu pun jangan lama dekat luar ni sejuk masuk angin nanti demam pula." pesan mak Itah.

"Yelah Mak Itah. Ay tak lama pun. Sekejap je nak ambil angin." ucap Ayriana sememangnya dia mahu menangkan diri sebentar di luar.

Sambil-sambil mengimbau kenangan tentang keluarga mereka dahulu. Keluarga yang bahagia dengan rasa cinta dan hormat menghormati.

Dengan sekelip mata berubah menjadi huru hara dengan hanya satu fitnah keluarga mereka runtuh.

Ibu dan ayahnya bercerai di mana mereka adik-beradik masih di usia yang masih muda tidak dilupakan dengan kes hak penjagaan.

Masih dia ingat bertapa abangnya Afril menyakitkan diri sehingga ayah terpaksa masukkan abang ke sekolah berasrama manakala dia mengalami kehidupan yang keliru mahu mengikuti siapa sebagai penjaga.

Dan nasib sangat menyebelahi ibu, akhirnya setelah hampir 2 tahun berjuang naik turun mahkahamah.

Akhirnya memutuskan bahawa hak penjagaan di dapatkan oleh ibu mereka dan sejak dari itu mereka adik-beradik dijaga dibawah jagaan ibu.

Sehinggalah mereka meningkat dewasa 5 tahun lepas mereka mengambil keputusan untuk melawat dan bertemu semula dengan ayah.

Sejak dari situ mereka mengambil keputusan untuk melupakan apa yang telah berlaku dan berulang alik ke rumah utama keluarga sekiranya tiada kerja yang menghalang.

Tapi tidak sepenuhnya kenangan yang hampir 10 tahun tersebut dapat dilupakan lagikan abangnya.

Di usia muda yang seharusnya menerima kasih sayang dan perhatian keluarga tapi semuanya musnah dengan hanya kerana adanya orang asing yang hadir menabur fitnah kepada ibu mereka dan mengakibatkan penceraian.

Adakah abangnya benci akan si ibu tiri? Sudah semestinya, abanglah orang yang sangat tidak suka akan ke hadiran kedua beranak tersebut.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now