BAB 95

5.7K 222 16
                                    

"Ayriana...maafkan akak sayang..." serta merta Ayriana membuka mata seluas-luas yang mungkin dan langsung dia bangun daripada perbaringannya.

Nafas halus dia tarik dan di lepaskan. Di sisi katilnya dia lihat tiada orang. Tiada sesiapa.

Di ingatkan sesaat dia dan Tengku Erman berada di dalam bilik lukisan tersebut.

"Abang cintakan Ay..." sedetik bisikkan itu keluar daripada Tengku Erman keadaan menjadi hangat.

Apabila dia tahu wajah itu makin menghampiri wajahnya. Cepat-cepat dia berpaling dan berlari ke tempat lain.

Keadaan yang di fikirkan tidak berlaku sama sekali. Setelah itu dia meminta untuk Tengku Erman lanjutkan ceritanya.

Kerana dia mahu tahu semuanya. Maka dengan itu Tengku Erman yang seakan tidak rela untuk melanjutkan cerita pada akhirnya mengaku kalah dan melanjutkan cerita.

"Memang jujur abang tak boleh lupakan Qaseh. Sebab bagi abang. Terlalu kejam untuk abang lupakan wanita yang pernah abang kasihi..." di barisan ayat itu sekali lagi Ayriana terasa kecewanya.

"Tapi abang kena sedar. Apapun abang kena lepaskan. Dan kena teruskan hidup. Walaupun abang terpaksa kembali kepada kehidupan lama abang sebagai Tengku Erman yang kosong. Beku. Tak ada perasaan dalam setiap tindakkan. Abang kena lalui juga..tapi sampailah." ayat itu tergantung.

Dan Tengku Erman berpaling kepadanya memandangnya dengan senyuman kecil.

"Sampailah abang jumpa dengan Ay. Walaupun pada mulanya abang anggap Ay adalah Qaseh. Dan abang tak nak buka hati pada Ay langsung. Tapi lama kelamaan. Abang mulai jatuh cinta kepada diri Ay sendiri. Peribadi Ay yang berani dan cekap menangani musuh abang selama ini. Buatkan abang jatuh cinta pada Ay. Abang beruntung sebab Ay terima untuk berkahwin dengan Abang. Bagi abang. Abang dah berkahwin dengan wanita paling hebat." ujar Tengku Erman panjang lebar.

Ayriana kekal kaku. Air matanya seakan hilang di telan bumi. Wataknya yang dia telah tanam. Iaitu Ayriana yang sudah hatinya lompong itu membuatkan dia tidak beriaksi langsung.

Setelah semua penjelasan dan perkara satu persatu terbongkar. Dia sekarang lebih jelas.

Bahawa peritnya Tengku Erman menangguh rasa serba salah atas kematian wanita pertamanya itu.

Dan dia tidak salahkan lelaki tersebut sepenuhnya. Kerana jika dia di tempat lelaki tersebut mungkin dia akan buat perkara yang sama juga.

Menyimpan perkara yang terlalu sakit untuk di kenang semula itu memerlukan masa. Tapi...seperti sebelum ini. Orang lain juga akan tersakiti.

Dan dialah orangnya...

Jam di dinding dia pandang. Jarus jam sudah menunjukkan pukul 5:45 pagi. Sudah hampir masuk waktu subuh.

Sesegera itu. Dia melangkah keluar daripada selimut dan menuju ke bilik air. Di dalam bilik kerjanya itu.

Ya...setelah semuanya selesai yang dia mendapat penjelasan. Dia masih mahu mengasingkan diri. Dia harus bersendirian buat sementara waktu.

Dan nasib baik Tengku Erman cepat memahami. "Ambil masa Ay sebanyak manapun. Abang akan tunggu." ucapnya. Apabila dia meminta untuk mereka tidur berasingan untuk beberapa ketika.

Pili air di buka dan dia menadahkan kedua terlapak tangan di air tersebut dia ingin membasuh muka terlebih dahulu sebelum mengambil wuduk.

Setelah itu, langsung di keluar dan tepat masa dia sedang bersiap azan subuh berkumandang dan seketika setelah azan subuh sudah dia langsung mendirikan solat subuh sendirian.

Setelah solat lama dia duduk membaca doa dan memohon perlbagai perkara serta mengadu kepada maha esa.

"Ya allah....kau ampuni aku. Kerana aku selalu bertanya menyoal mengapa takdir dan cabaran yang begitu hebat kau berikan kepada ku...ampuni aku kerna cemburukan kakak ku sendiri..ampuni aku Ya Allah..." mohonnya berulang-ulang kali sehingga tidak kuat menahan sebak.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now