BAB 21

3.9K 120 1
                                    

Alangkah terkejut dia apabila dia melihat ke segenap tubuhnya. Baju putihnya itu sudah pun bertukar merah di penuhi darah-darah yang bertompok di baju dan kotnya.

"Syukur allhamdulliah. Cik tak pengalami pendarahan yang teruk. Tapi cik tetap kena banyak berehat untuk cepat sembuhkan luka itu." gumang dokter lelaki tersebut.

Yang tadi memperkenalkan diri sebagai Dr. Shahfeq dan kini mereka berada di ruang tamu sebuah ruamh agam.

Ya rumah agam, milik Tengku Erman yang entah di mana berada kerna setelah kereta tadi memasuki kawasan hutan satu papan tanda menandakan di mana mereka pun tidak dia tahu.

Sambil Dr. Shahfeq tangkas membalut lengan kanan Ayriana dengan pembalut kain kasar di mana terdapat luka akibat terkena pisau semasa bergaduh dengan lelaki tersebut.

"Maaf saya bertanya. Apa dokter kenal dengan diorang?" soal Ayriana dengan berhati-hati. Kerna di sekeliling mereka sekarang ini ada beberapa pegawal.

Rey? Entahlah dia sendiri tidak tahu saat dia di bawa masuk ke dalam rumah tersebut tiba-tiba lelaki itu sudah menghilangkan diri.

"Maksud cik Ayriana. Mereka semua ni?" Dr. Shahfeq menyoal semula.

Ayriana yang hanya mendiamkan diri memberi makna dia mahu tahu mengetahui jawapannya.

"Saya kenal dengan diorang ni lama dah. Dan juga Tengku Erman." jawab lelaki tersebut.

"Jadinya. Dr. tahu lah siapa tengku Erman?" nyata Ayriana sungguh rasa penasarannya tidak dapat di sembunyikan.

"Saya rasa. Itu cik Ayriana kena cari tahu sendiri." balas Dr. Shahfeq. Lalu menghabiskan sisi kerjanya merawat beberapa lagi luka di segenap tubuh Ayriana.

"Satu sahaja nasihat saya. Jangan pernah percayakan sesiapa yang mengatakan tentang Tengku Erman. Sebab semua yang terlintas di fikiran cik. Semuanya tak betul." kata Dr. Shahfeq memberikan peringatan kepada Ayriana. Rauk wajahnya juga tampak serius saat mengatakannya.

Saat dia mahu bertanyakan lebih lanjut. Tiba-tiba ada satu suara yang menegur membuatkan mulut Ayriana kembali tertutup.

"Macam mana semuanya?" soalnya suara yang sangat dia kenali. Dengan sepantas kilat Ayriana mengalihkan pandangan ke arah hadapannya.

Terlihat Tengku Erman melangkah mendekati mereka dan dibelakangnya setia ada dua lelaki tersebut.

Namun kali ini, kedua-dua mereka sama-sama beriak serius sama seperti mana ketua mereka itu. 24 jam muka ketat!

"Semuanya selesai." balas Dr. Shahfeq.

Dilihat Tengku Erman mengambil tempat di atas sofa hitam tepat berhadapan dengan mereka berdua.

"Ada luka toresan di bahagia bahu dan lengan dia. Berkemungkinan daripada berlawan dengan lelaki itu. Dan juga, buku lali kaki kanan dia terseliuh sedikit. Tapi kau tak payah risau sangat semuanya baik-baik sahaja." sambung Dr. Shahfeq memberitahu tentang beberapa kecederaan yang di alami oleh Ayriana.

"Okey. Thank you Shahfeq. Atas bantuan kau." gumang Tengku Erman berterima kasih kepada Dr. Shahfeq saat mereka sama-sama bangun dan berjabat tangan.

"Sama-sama. Aku memang patut tolong dia. Memandangkan dia seakan penting untuk kau." gumang Dr. Shahfeq.

"Rey."

"Ye tengku."

"Hantarkan Dr. Shahfeq ke depan." arah lelaki tersebut kepada pengawal peribadinya itu.

"Baik Tengku." sahut Rey menerima arahan.

"Ini saya berikan beberapa ubat tahan sakit dan juga krim untuk awak sapu luka-luka awak itu. Saya jamin tak akan ada parut di luka-luka tergores awak tu." bicara Dr. Shahfeq sebelum dia mula beredar meniggalkan ruang tamu tersebut.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now