BAB 35

3.4K 117 5
                                    

Dari arah atas paras atas kepala dia melihat sesuatu seakan batu bata yang berada di hujung-hujung perbatasan perbagunan tersebut.

Dan bila-bila masa sahaja bakal jatuh keatas kepala sesiapa. Lebih tepat dia maksudkan terjatuh keatas Tengku Erman.

Sesaat mata menangkap objek tersebut sudah mula terjunam jatuh. Tubuhnya automatik bertindak bergerak memasuki kawasan tersebut.

Dan lebih parah dia memasuki kawasan tersebut tanpa sebarang topi keselamatan kepadanya.

Tidakan yang mendadak tersebut membuatkan dirinya hilang kawalan dan menyebabkan objek tersebut tertimpanya.

"You're lucky cik Ayriana Kyaiseh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You're lucky cik Ayriana Kyaiseh. Hentakkan di kepala awak tak seteruk yang di jangka." ujar Dokter Shahfeq yang kelihatan baru memasuki ruang wad kecemasan tersebut.

Setelah 2 jam Ayriana sedar daripada kejadian kemalangan di tapak perbinaan resort tersebut.

Ayriana sedar di belakang Dr. Shahfeq di belakangnya terdapat Tengku Erman serta Rey dan juga Fiq yang bersama.

Kedua pegawal tersebut, hanya mampu memandang daripada jauh sedangkan ketua mereka sudah memberikan pandangan seribu kali makna.

Automatik tekak Ayriana menelan air liurnya semua. Tiba-tiba terasa takut dengan Tengku Erman yang sisi ini.

Makin serius dengan aura kemarahan yang terluap-luap di setiap inci wajahnya yang putih bersih tersebut.

Tiba-tiba Tengku Erman jalan mendekati dengan aura dirinya yang berluap marah akannya.

"Kenapa kau kena buat macam itu?" soal Tengku Erman dengan nada suaranya yang perlahan.

Tapi di sebalik suara tersebut, Ayriana sendiri tahu bahawa lelaki tersebut sedang mengawal amarahnya.

Kepala yang sedia tertunduk makin menunduk akibat takut dan malu. Diapun seakan tertanya-tanya mengapa dia harus menyelamatkan Tengku Erman sehingga tahap seperti itu.

Terasa seperti ada yang duduk di hadapannya dia makin menundukkan wajahnya serasa seakan Tengku Erman makin mendekati kepadanya.

"Tell me Ayriana Kyaiseh. Kenapa kau buat macam itu? Kenapa kau nak kena bahaya kan diri kau sendiri" ujar Tengku Erman. Dengan cara bicara yang masih baik kepadanya.

Sesaat dua, dari mulut yang berdiam diri akhirnya terpaksa juga dia membuka mulut.

"Saya tak tahu." balas Ayriana.

Entah mengapa mulutnya yang tadi lancang membalas kini kaku dan tidak mampu membalas semula.

"Berapa kali aku kena cakap. Setiap kali nak bercakap dengan aku. Pandang mata aku." ujar Tengku Erman.

Kali ini, kedengaran daripada nada suaranya lelaki tersebut sedang bertegas kini.

Tanpa banyak persoalan lainnya, terpaksa juga Ayriana patuh. Lambat-lambat dia menggangkat kepalanya.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now