BAB 31

3.6K 128 3
                                    

'Harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi'

Bing...bing...bing...

Sudah hampir 4 kali panggilan tetap dia mendapat balasan seperti itu. Dia meregus kasar.

"Hish! Kenapa Kamal tak angkat ni? Kak Mil bagitahu Kamal ada balik." ujar dia.

Baru pagi tadi dia mendapat pesanan ringkas daripada kak Mil iaitu pembantu rumah keluarga Tengku kamal tersebut.

Bahawasanya lelaki tersebut ada pulang semalam. Setelah 2 bulan pergi bertugas sementara di Sabah.

"Dia ada hal pula ke? Sampai nak angkat call aku pun payah?" soal dia. Mahu menelifon buat kali kelima. Dari niat ingin mengajar makan sekali.

Kini sudah tiada nafsu, dia tahu kalau dia menelifon juga encik tunangnya itu tidak akan mengangkat telifon.

Sebelum itu sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada si encik tunang.

Tengku Kamal. Kalau awak baca chat saya ini. Please call me back. If not! - Ayriana Kyaiseh

Mata melihat ke skrin telifon masih mengharapkan encik tunang akan menelifonnya segera. Namun semuanya hampa! Terlihat pesanan langsung tidak di baca.

Dia meregus. "Kerja lagi penting daripada tunang sendiri. Lepas kahwin macam mana lah." bebel dia sendirian.

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk oleh seseorang dari luar. "Ye masuk." ujar Ayriana menunggu siapa yang bakal masuk itu.

Ternyata itu ialah Aza. Gadis itu tersenyum ceria kepada dia. "Cik Ay. Jom makan tengahari sekali dengan kitorang." ajak Aza. Kitorang itu mungkin membawa maksud beberapa perkerja lain.

Ayriana tersenyum. "It's okey lah Aza. Saya tak ada selera nak keluar makan hari ini. Sorry." balas Ayriana. Encik tunang tak angkat call nafsu makanan dia pun hilang!

"Alah...kenapa? Cik Ay tak sihat ke? Kalau tak sihat saya boleh minta pemandu hantarkan cik ke klinik atau hospital." ucap Aza. Jelas diwajahnya yang kerisauan itu.

"Eh...bukan-bukan. Saya okey je. Cuma tak ada mood nak keluar. Sekejap lagi saya makan roti atau biskut ke. Minum air kopi ke. Pandai-pandailah saya cari makan nanti." balas Ayriana panjang lebar.

"Tapi Tengku ada pesan pada saya untuk bawa cik makan sekali dengan kitorang. Sebelum dia pergi meeting-lunch tadi." beritahu Aza. Sedikit serba salah.

Seketika Ayriana melihat telifonnya. Ya dia juga tahu soal Tengku Erman berkata bergitu mengarahkannya untuk makan bersama mereka juga.

Aku tak ada di office lepas ni. Meeting-lunch. Kau pergi makan tengahari dengan Aza dan pekerja lain. Aku dah minta Aza ajak kau juga sekejap lagi. - Tengku Erman

"Kalau soal arahan itu. Awak jangan risau. Sekejap lagi saya bagitahu kepada Tengku. Tapi saya memang minta maaf sangat-sangat. Saya memang tak ada nafsu nak makan sekarang. Naik kali okey." ujar Ayriana. Sambil tangan meraih tangan milik gadis tersebut.

Aza seperti biasa lembut sahaja membalas. "Okey. Cik Ay. Tak apalah. Saya pergi turun makan dulu. Ke cik ada apa-apa nak pesan? Saya boleh bungkuskan sebelum balik office." soal Aza. Menawarkan diri untuk membungkuskan makanan untuknya.

Cepat-cepat Ayriana mengelengkan kepala. "It's okey. Jangan risau pasal saya. saya okey." balas dia lagi.

"Sure."

"Yes! Dah lah pergi makan nanti waktu lunch habis pula." balas Ayriana dengan lembut. Dia tidak mahu pula masa rehat gadis itu berkurangan kerna dia. Tidak habis dia yang kena tuduh nanti.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now