BAB 87

4.8K 236 31
                                    

Ayriana masuk semula ke dalam rumah untuk kembali menuju ke ruangan dapur. Membantu apa-apa lagi.

Walaupun kedua orang tua lelaki tersebut sudah menyuruhnya untuk berehat sahaja di dalam bilik yang mereka sediakan.

Namun Ayriana memilih untuk tidak mahu. Kerana baginya. Lebih baik dia membantu daripada berehat. Tiada guna.

Sesaat melangkah mendekati kearah pintu dapur. Teliganya langsung mendengar beberapa suara orang di dalam dapur tersebut.

"Tadi macam nampak Ayriana. Dia datang ke?" soal satu suara wanita tersebut.

"Hummm...dia datang." kali ini dengar daripada suara Tengku Dahnia.

"Ha..kenapa dia datang? Ini majlis tahalil arwah isteri bekas tunang dia. Boleh eh." ujar pula daripada suara wanita kedua.

Seketika Ayriana menarik nafas. Mata di jelingkan keatas. Terasa darahnya akan mengelegak.

"Betul tu. Kenapa dia datang? Dia tahu tak ni majlis arwah isteri Kamal." nyata pula satu wanita ketiga.

"Saya dah nampak daripada pagi tadi dah. Dia juga lah yang jaga anak arwah tu. Inipun, tolong uruskan majlis." balas wanita keempat.

"Yeke. Tapi rasa kesian dekat Ayriana. Bekas tunang kena rampas. Lepas tu. Boleh pula datang sini. Uruskan majlis tahalil perempuan yang dah rampai tunangnya. Kalau saya lah. Ugh...memang tidak dah lah." ujar wanita pertama lagi.

Terlapak tangannya makin di kepalkan. Rahang giginya makin di gigit ketat.

"Betul tu. Ayriana yang sebaik. Secantik tu. Boleh tinggalkan. Dan kahwin dengan isterinya yang sekarang ini. Huh...tak faham." wanita ketiga bersuara.

Sedang dia mendengarkan semua bicara tersebut. "Cik Ay buat apa berdiri dekat sini?" tegur salah satu pembantu rumah di sini.

Sedikit dia berpaling kepada wanita tersebut. Tanpa senyuman. Setelahnya, dia berlalu masuk ke dalam dapur tersebut.

Seperti jangkaannya. Semuanya terdiam. Sudah pati tidak menyangka dia ada di situ. Sudah mendengarkan semuanya.

"Ada apa-apa lagi ke yang Ay nak tolong?" nyatanya. Tanpa sebarang riak.

Matanya tajam memandang ke yang lain. Yang ternyata menuduk tidak memandang kepadanya langusng. Entah malu atau tidak berani.

"Tak ada dah. Semua yang selesai. Ay pergi lah berehat. Daripada semalam. Ay tak berehatkan. Bonda boleh uruskan yang lain." ujar Tengku Dahnia.

Ayriana tidak terus menjawab. Melainkan diam buat seketika. Setelah itu, nafas singkat sengaja di lepaskan.

"Baik. Ay naik tengokkan Ayman sahaja lah. Mesti dia tengah tak selesa dekat atas tu sorang-sorang." ujar Ayriana.

Dan segaja ayat 'tak selesa' itu dia tekankan sedikit. Kalau perasan. Perasan lah.

Tidak menunggu balasan daripada Tengku Dahnia. Langsung Ayriana berpaling terus keluar daripada ruangan dapur yang dia rasakan kian panas untuknya itu.

Sesaat beberapa langkah jauh daripada situ. Tiba-tiba. "Ayriana." langkahnya terhenti tepat pada namanya di panggil.

Tidak berpaling. Dia hanya statik di tempat dia berdiri. Menunggu sehingga Tengku Dahnia sendiri berdiri di hadapannya.

Setelah Tengku Dahnia berada di hadapannya. Sehabis mungkin dia cuba untuk kawal wajah yang tadinya sedikit tegang.

Seketika terlihat Tengku Dahnia melihat kepada arah pintu dapur di belakangnya. Sebelum berpaling kepadanya semula.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now