Kawasan perumahan yang memiliki hanya 5 buah rumah sahaja di situ membentangkan tiada apa-apa aktiviti di luar.
Almaklumlah. Segala aktiviti yang ingin di lakukan semuanya ada di dalam kawasan rumah sahaja.
Jadi penghuni di kawasan perumahan elit tersebut lebih memilih untuk duduk di dalam kawasan rumah sahaja.
Samalah seperti Tengku Erman. Hari ini, entahlah apa motifnya dia balik ke rumah keluarganya.
Kalau tidak, bondanya tidak habis-habis menelifonnya bertanya bilakan dia akan pulang lagi.
Memandangkan rumah milik Tengku Erman sendiri tidaklah di katakan jauh daripada rumah ini.
Tapi sukar baginya untuk pulang ke rumah keluarganya itu. Sangat-sangatlah susah!
"Tengku. Air." ujar salah seorang pembantu rumah tersebut.
Meletakkan secangkir berisi kopi hitam pikat. Ke hadapan lelaki tersebut.
"Terima kasih."
"Sama-sama." balasnya. Dan terus sahaja berlalu pergi. Kembali meninggalkan Tengku Erman sendirian di dalam bilik bacaan milik lelaki tersebut.
Cawan berisi kopi tersebut di angkat dan di sisip perlahan. Sementara itu, matanya memandang kepada permandangan di luar melalui tingkat bilik bacaannya ini.
Setelah itu cawan tersebut terus di letak ke piring cawan tersebut. Lama dia mengelamun tidak tadi sekarang juga.
Entah ke berapa kali dia memandang ke kwasan bilik bacaan yang penuh dengan rak buku setinggi dua tingkat tersebut.
Bilik bacaan yang tidak pernah berubah dari 5 tahun yang lepas. Lima tahun yang menyakitkan baginya untuk bangkit semula.
Dia tahu, walaupun usia perkahwinan mereka tidak lama. Tapi banyak kenangan yang ada tercipta di sini. Bukan di sini sahaja.
Maksudnya di rumah ini. Di rumah inilah kenanagan yang dahulunya indah dia cipta bersama.
"Qaseh.." seru dia. Nama itu tidak pernah dia lupakan.
Seiring dengan itu dia dapat mendengar suara ketawa yang dahulu kabur makin lama makin jelas di dengari.
"Wah..besarnya bilik bacaan awak. Macam perpustakaan." ujar suara lembut tersebut.
Memakai t-shirt putih punya dia serta seluar slack hitam milik si isteri di kemaskan dengan rambut hitam panjang mengurai tersebut.
Walaupun hanya sederhana sahaja cara permakaiannya. Tapi tetap membuat Tengku Erman terpikat kepadanya.
"Kau suka bilik bacaan ni?" dia mendekati kepada si wanita.
Dia berpaling. Dengan senyuman yang sangat manis wanita itu tersenyum. "Suka! Awak pun tahukan saya suka membaca." ujar dia.
Tengku Erman tersenyum. Makin lebar. "Mestilah aku tahu. Semua tentang kau aku ingat. Buku yang kau suka. Tempat yang paling tenang kau kau dalam kesedihan." ucapnya.
Qaseh tersenyum lagi. "Sweet talker kan."
Tengku Erman menjungkit bahu. "Aku cakap apa yang aku tahu. Bukan bermulut manis." balasnya.
"Yelah itu. Sweet talker." ulang Qaseh. Tertawa kecil lagi. Sama juga dengan Tengku Erman.
Walaupun wajah itu sedingin -2 darjah pun tapi tetap kelihatan sangat hangat dengan senyuman.
Mungkin hanya senyuman kepada wanita di hadapannya ini. Ralit dia melihat sang isteri membelik buku-buku yang ada.
Terlihat Qaseh mengambil sebuah buku daripada rak buku yang terletak di hadapan mereka.
"Twist love." Qaseh membaca tajuk tersebut. Dan langsung di tunjukkan kepada sang suami.
Tengku Erman tersenyum. "Novel cinta bonda. Aku pernah baca juga." ujar Tengku Erman.
Terlihat Qaseh agak terkejut dengan apa yang dia dengar. "Orang sedingin Tengku Erman ni pun baca novel cinta?" usiknya.
Tapi tidak langsung Tengku Erman bersama marah dengan itu. "Kadang kala kita tak boleh beratkan diri dengan benda mengenai fakta sahaja. Adakalanya, kita kena ambil sisi lain untuk membaca benda baru. Benda ringgan. Macam novel cinta ni." jelasnya.
Buku setebal novel yang biasa ketebalannya di ambil daripada tangan si isteri. "Ceritalah sikit. Apa kisah dia? Nak dengar." ujar Qaseh.
"Cuba baca baru kau tahu." tapi Qaseh mengeleng.
"Saya tak pandai baca. Awak lah ceritakan." balas Qaseh. Sempat dia membuat muka comelnya. Dan itu sentiasa memenangkan hatinya.
"Fine." akhirnya dia mengalah.
Qaseh makin teruja siap dengan tepuk tangan lagi.
"Kisah cinta biasa. Kisah cinta dua insan yang bertemu daripada masa lalu yang terpisah. Berputar waktu takdir mempertemukan dua insan ni. Banyak kisah yang berlaku. Banyak perjalanan halanganh yang diorang hadapi sampai satu saat mereka hidup bahagia dan berkahwin." cerita Tengku Erman.
"Jadi diorang hidup bahagia macam itulah?" soal Qaseh. Bagaikan anak kecil ingin mengetahui lebih.
Wajah beku itu kekal tersenyum. "Bahagia. Tapi diorang diuji lagi dengan pelbagai ujian. Sehinggalah pertemuan mereka dengan kembar si heroin yang tidak di sangka-sangka. Di situ, keadaan makin berbelit-belit. Ada sedih, dan kecewa. Tapi diorang tetap bahagia." balas Tengku Erman lagi.
Seingat daripada apa yang dia baca. Itulah apa yang dia ceritakan. Kerana sudah terlalu lama buku itu di baca.
"Wah....bestnya. Ada kembar. Kadang-kadang saya terfikir nak ada kembar. Mesti bestkan." ujar Qaseh.
"Tapi aku tak suka." langsung Qaseh berpaling.
Wajah di angkat tinggi. "Sebab apa? Kenapa awak tak suka kalau saya ada kembar?" soal Qaseh. Sedikit tertanya-tanya.
Tengku Erman mendekat. Kedua tangan di angkat. Kedua terlapak tangan di lekat ke dua belah sisi wajah si isteri.
"Sebab aku tak suka. Ada orang lain wajah sama dengan kau. Aku cuma nak kau seorang. Qaseh Damia yang berdiri depan aku ini sahaja." ucap dia.
"Alah...walaupun saya ada kembar. Tak semestinya kami sama. Walaupun wajah kami sama itu tak menjamin perwatakkan kami fizikal kami akan sama juga. Awak tetap boleh bezakan antara kami." balas Qaseh.
Kepala di angguk. "Betul. Tapi aku tetap tak nak. Aku tetap nak kau seorang sahaja. Ada wajah ini. Hanya kau." bicara Tengku Erman. Diulang-ulang ayat yang sama.
Qaseh tersenyum lebar. Tubuh tegap si suami di peluk erat. Dan di balas erat oleh lelaki tersebut.
Tanpa sedar air matanya mengalir. Mengembalikan dia kepada dunianya semula. Masih duduk di atas kerusi bilik bacaan tersebut.
Kembar. Ayat yang di ucapkan oleh Qaseh mengingatkan dia kembali. Tiba-tiba dia tersenyum sinis.
"Apa yang awak harapkan jadi kenyataan sekarang sayang. Awak ada kembar." ujar Tengku Erman sendirian.
Kepala di sandarkan ke kerusi kulit berwarna hitam tersebut. Dia melepaskan nafas sangat berat rasanya keluar daripada badannya.
Tiba-tiba dia teringatkan Ayriana. Gadis itu. Cukup berlainan. Walaupun mereka memiliki wajah yang sangat serupa.
Tapi perwatakan mereka sangat jauh berbeza membuatkan dia boleh mengenali siapa Qaseh Damia dan siapa Ayriana Kyaiseh.
Sedang berbicara tentang gadis itu, dia teringatkan peristiwa yang berlaku 3 hari yang lepas. Hari di mana gadis itu bertemu dengan tunangnya yang sudah berkahwin.
"Apa dia tengah buat sekarang. Apa yang dia alami sekarang?" banyak pertanyaan yang dia ingin tahu.
Bertanyakan khabar? Apa hak dia. Sah-sah gadis itu akan pelik apabila dia menelifonnya dan bertanyakan keadaan dia sekarang.
Mengingatkan tentang itu, sekali lagi dia melepaskan nafas. Dia kembali termenung entah melayang kemana sekarang ini.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...