BAB 33

3.4K 125 3
                                    

"Hello. Assalammualaikum. Awak dah tidur ke?"

"Waalaikumsalam. Hmmm baru habis mandi ni. Belum nak tidur lagi." balas Ayriana. Malas-malas mahu menjawab.

Kain tuala kecil yang di gunakan untuk mengesat rambut panjangnya itu di sangkutkan semula ke penyangkut di sisi pintu bilik airnya itu.

"Kenapa tak tidur lagi. Dah lewatkan." nyata Tengku Kamal. Seperti biasa dengan nada lembutnya berbicara.

Tapi hari ini, sangat menyakiti hati Ayriana. Menyampah! "Saya baru balik daripada office. Ada kerja yang saya kena selesaikan." balas dia.

"Awak ni workerholic sangatlah. Nanti cepat letih macam mana?" Tengku Kamal sudah mula membebel.

"Habis itu awak tak ke. Tengku Kamal?" nyata Ayriana. Menyatakan kebenaran.

Mungkin sedar akan kata-kata Ayriana. Tiba-tiba Tengku Kamal meminta maaf. "Sorry. Ay. Saya ada banyak kerja dekat kem. Sebab itu masa awak hantar mesej kepada saya. Saya tak balas. Sorry." ucap Tengku Kamal.

Dari nada suaranya kedengaran seperti lelaki itu sudah menyedari kesalahannya dan tulus meminta maaf.

Tapi itu tetap membuatkan Ayriana sebal. "Kalau ye pun sibuk sangat. Boleh tak awak bagitahu saya terus lepas awak dah habis kerja?"

"Ini tidak. Dah dekat tengah malam baru awak nak balas mesej saya. Nak call saya. Macam ada isteri dekat rumah yang saya ni macam scandal awak." ujar Ayriana. Sungguh apa yang keluar daripada mulutnya segalanya secara spontan.

Tiba-tiba talian di sebelah senyap sahaja tiada suara di sana. Langsung Ayriana kerutkan dahi.

"Kamal? Awak dengar tak apa yang saya cakap ni." soal Ayriana.

Sesaat dua saat...barulah terdengar semula suara Tengku Erman. "Ye..ye..saya dengar."

"Ay. Sorry. Saya memang sibuk bulan ini. Ada banyak kes yang saya kena handle dengan skuat saya. Jadi tolong, awak faham okey." ujar Tengku Kamal.

Ayriana menjelingkan mata keatas. Bosan dia dengan kata-kata yang sama. Setiap kali mereka bergaduhkan topik tentang ini.

Sudah pasti Tengku Kamal akan menyatakan bahawa dia harus memahami lelaki tersebut soal kerjanya sebagai penjurit negara.

Ah! Sungguh dia merasakan terabai dengan tunang sendiri. Ini baru bertunang entah berapa kali mereka gaduhkan soal ini.

Tiba-tiba dia terfikirkan soal selepas nikah. Apakah dia akan bertahan dan menerima sang suami iaitu seorang pejurit untuk keluar ke medan perang?

Dengan menerima apa sahaja takdir antara meraka berdua. Sama ada bertemu semula dalam keadaan normal ataupun tidak normal. Atau yang lebih tidak mahu berlaku adalah kehilangan...

Uh...memikirkan pun sudah membuat Ayriana meremang bulu roma takut dengan kemungkinan seperti itu.

"Tak apalah. Apa-apapun saya memang kena faham awak juga kan." Ujar Ayriana. Tidak bermaksud memerli. Tapi dia seakan letih dengan keadaan mereka sekarang ini.

Sampaikan lama-kelamaan keadaan mereka seperti ini kadang kala membuatkan Ayriana letih sendiri dengan hubungan mereka yang makin kurang pasti itu.

"Ayriana. Please saya harap awak tak rasa terbeban dengan saya. I will make sure eveything will be okey." ujar Tengku Kamal dalam mood mula memujuk. Mahu beli hatilah itu.

Sedang mereka berbual lain pada topik tadi tiba-tiba telifonnya berdering menandakan ada panggilan lain.

Telifon yang terlengkap di telinga di jauhkan skrin di lihat terdapat panggilang lain rupa-rupanya daripada Tengku Erman!

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now