Pejam celik. Pejam celik. Masa berlalu dengan sangat pantas. Kini sudah genap hampir sebulan dia di syarikat tersebut.
Dan saatnya keputusan Tengku Erman soal projek yang akan berkerja sama antara mereka.
Dengan rasa debaran yang hebat tak habis-habis. Ayriana tidak senang duduk langsung menunggu keputusan Tengku Erman.
Kedua belah tangannya di kepalkan. Memohon sangat bahawa Tengku Erman akan menerima hasil penat lelahnya selama ini.
Dari biliknya. Dia dapat melihat Tuan Hafizz keluar daripada bilik mesyuarat yang tidak jauh daripada biliknya itu.
Cepat-cepat dia keluar daripada biliknya dan mendekati kepada Tuan Hafizz. Melihat pada wajah majikannya itu membuat Ayriana sedikit sebanyak merasa bimbang.
"Macam mana tuan? Tengku setuju ke dengan projek kerjasama ni?" soal Ayriana dalam debar.
Terlihat Tuan Hafizz memandang kepada dia. Lama mereka berpandangan antara satu sama lain.
Sehinggalah...
"You did a great job Ayriana Kyaiseh. Tak sia-sia saya harapkan awak handle main projek ni." bicara Tuan Hafizz.
wajah kacak itu, penuh dengan senyuman serta sangat berpuas hati.
"Jadi..Tengku Erman setuju untuk ambil kita. Untuk handle projek galeri tu?" soal Ayriana.
Laju-laju Tuan Hafizz mengangguk mengiakan. Langsung sahaja Ayriana menadah tangan bersyukur dengan berita baik ini.
Akhirnya usahanya. Usaha kerasnya membuahkan hasilnya!
"Alhamdulliah.." ucap Ayriana. Tidak terkira bertapa gembiranya dengan berita ini.
"Jadi sekarang ini. Awak kena kembali ke syarikat semulalah. Tengku Erman kata. Mungkin dalam 4 bulan lagi projek akan start." beritahu Tuan Hafizz.
Serta merta senyuman gembira Ayriana sedikit turun. Baru dia teringat. Bahawasanya selepas sebulan dia harus kembali ke syarikat semula.
Jadi tiada sudah dia datang ke sini sebagai perkerja...
Entah mengapa tiba-tiba dia merasa sedih..
Tiba-tiba muncul Tengku Erman yang baru keluar daripada bilik mesyuarat yang sama Tuan Hafizz keluar tadi.
"Tengku."
Ayriana sekadar menunduk dan berdiri di sebelah Tuan Hafizz. Tidak langsung dia memandang kepada Tengku Erman.
Entahlah tiba-tiba hati terasa aneh jika dia memandang kepada Tengku Erman.
"Tahniah. For winning this projec. Saya harap. Kerja yang saya beri akan memberikan hasil yang terbaik." ujar Tengku Erman.
Suara maskulin tersebut. Itu sahaja sudah membuat hati Ayriana terasa aneh.
Hati atau perasaan. Sebenarnya ni Ayriana Kyaiseh.
Tuan Hafizz senyum kepada Tengku Erman. "Insyallah Tengku. Kami akan buat yang terbaik. Selama proses penghiasan galeri itu nanti." balasnya.
"Ayriana." lengannya di siku lembut oleh Tuan Hafizz.
Dengan gelabahnya dia memandang kepada Tuan Hafizz. Sebelum dia memandang kehadapan.
Sebelum itu dia teringatkan kata-kata Tengku Erman sebelum ini.
"Kalau nak bercakap dengan aku. Pandang mata aku Ayriana Kyaiseh."
Langsung Ayriana memandang kepada wajah Tengku Erman. Tepatnya memandang kepada mata lelaki tersebut.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...