BAB 5

4.7K 169 3
                                    

Selesai sahaja makan bersama dengan encik tunang terus sahaja Ayriana pergi meninggalkan si tunang tambahan dia masih merajuk dengan lelaki tersebut.

Tapi sebelum sempat dia bergerak pergi tunangnya itu, mencegah dia daripada pergi.

"Saya temankan awak sampai office." ujar Tengku Kamal.

"Tak payah. Saya boleh balik sendiri." ucap Ayriana menolak tawaran tersebut.

"Ay...please. Awak marahkan saya lagi ke?" soal Tengku Kamal.

Ayriana membuang nafas. Dan menunjukkan wajah semanis mungkin.

"Kamal. Saya bukannya macam perempuan lain. Merajuk 24 jam. Saya ada kerja. Jadi awak tak payah susahkan diri awak untuk hantar saya." ucap dia dengan lembut.

"Tapi. Ay."

"Kita jumpa lain kali nanti. Okey. Kita set time. Pergi makan tempat kegemaran kita." ujar Ayriana.

"Okey. Hati-hati." pesan Tengku Kamal sebelum Ayriana betul-betulm meninggalkan lelaki tersebut.

Ayriana berlari-lari anak kerana waktu makan tengah harinya sudah mahu tamat.

Dan tambahan dia mendapat panggilan telifon daripada Tuan Hafizz untuk pulang semula ke pejabat kerana mahu bincangkan sesuatu dengan dia.

Apakah ia, sudah semestinya kerana mahu membincangkan projek pembangunan yang baharu dan itu memerlukan kepakaran dia sebagai arkitek untuk melakar bagunan yang di minta oleh pelanggan.

Dan tidak tahu darimana salahnya tiba-tiba bahunya terlanggar bahu seseorang sehingga dia terjatuh kebelakang.

Dan rasanya dia seakan baru sahaja berlanggar dengan tembok tiang yang berada di shopping mall tersebut.

Di saat dia mengangkat wajah ke atas untuk melihat siapakah yang melanggarnya tadi.

Namun yang dia dapat tiada, bermaksud susuk tubuh yang sudah melanggar atau terlanggar dia sudah jauh beredar.

"Kurang asam jawa betul lah! Bukannya nak minta maaf ke apa." bebel Ayriana sendirian sambil itu dia kembali bagun dan membetulkan bajunya yang mungkin kotor kerana jatuh tadi.

Tapi matanya masih tajam memandang kehadapan terlihat terdapat 2 susuk tubuh tegap sedang berjalan menyebelahi kerumungan ramai orang sehinggalah bayangan mereka itu menghilang daripada pandangan.

"Tak apa...tak apa..ada ubi ada batas, ada hari siap kau!" ujar Ayriana meregus dan terus sahaja dia berlalu pergi.

Seketika dia kembali melihat jam tangannya. Ya ampun!!!!jarum jamnya sudah menunjukkan pukul 2.15 petang.

"Aduh!!! aku dah lambat!" ujar Ayriana dia bergegas-gegas bersambung langkah keluar daripada kawasan shopping mall tersebut.

Dan dia masih tidak berpuas hati dengan lelaki yang terlanggar atau melanggar dia sebentar tadi.

Sesekali dia mencari bayangan lelaki tersebut namun apakah yang dia dapat....tiada! Ushhhh.

"Harap-harap lah lepas ni aku dah tak jumpa kau mamat! Sombong betul!" ujar dia menyumpah seranah lelaki tersebut.

Dafril yang mengejar daripada belakang dia setiap langkah sekejap-sekejap dia kelih kearah belakang.

"Erman. Kau tak nampak ke perempuan yang kau langgar tu." tegur dia kaki masih mengejar langkah.

"Aku tak ada masa dengan tu. We no have a time." ujar Tengku Erman masih laju menghayunkan langkah ke hadapan.

"Ehhh..aku rasa dia cedera lah. Kau tak nampak ke tadi. Dia jatuh kot." ungkap Dafril.

Tengku Erman mendiamkan diri dia masih tidak mahu berbicara apa-apa.

Dan kini mereka sudah berada di hadapan lift untuk ketingkat 3 bagunan pusat beli belah besar tersebut.

Apabila pintu lift di buka terus sahaja mereka bertiga masuk kedalam hanya mereka bertiga sahaja.

"She look familiar." ujar Tengku Erman.

"Siapa? Perempuan yang kau langgar tadi?" soal Dafril.

Tengku Erman berdiam diri, seakan berfikirkan sesuatu.

"Kaseh."

Apabila nama itu, dititip oleh Tengku Erman. Kedua-duanya yang lain saling berpandangan seakan memberikan isyarat seakan amaran.

Dan suasana kembali senyap, tambahan dengan ketegangan yang terbias di wajah Tengku Erman.

Dengan itu, mereka mereka berdua harus bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Sesuatu yang harus mereka tangani.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now