BAB 72

3.5K 123 11
                                    

"Assalammualaikum abang. Ay dah sampai rumah dah." beritahu Ayriana setelah siap masuk ke dalam biliknya.

"Baguslah. Barulah rasa lega sikit." balas Tengku Erman. Terpancar jelas kelegaan di wajah lelaki tersebut melalui panggilan video antara mereka.

"Abang okey? Ay tengok abang nampak letih ja?" soal Ayriana. Dia perasan wajah suaminya itu ada sedikit keletihan terselit.

Dalam senyum. Dia menganggukkan kepala. "Hmmm..letih sikit. Nak settlekan cepat kerja dekat sini. Nak balik awal. Dah lama kita tak jumpa." ujar Tengku Erman di hujung ayat itu sungguh membuat Ayriana tersenyum kecil.

"Abang..kita baru tak jumpa hampir 5 hari. Takkan dah rindu ni.." ujar Ayriana tergelak kecil.

Sekejap melihat mata itu tertutup. Dengan senyuman kecil. "Mestilah rindu. Itu jangkamasa yang panjang juga Ayriana Kyaiseh." omel Tengku Erman.

Dan sekali lagi Ayriana tersenyum. Dan dia makin senyum lebar. "Yelah...kalau abang rindu..cepat selesaikan kerja tu. Balik. Ay pun rindu sangat dengan abang.." ujar Ayriana.

Dan itu, membuat senyuman lebar muncul di bibir lelaki tersebut. Lama mereka berpandangan. Seolah - olah ini boleh melepaskan rindu antara mereka.

"Abang...mesti penatkan. Rehatlah dulu. Ay nak solat kejap. Lepas tu nak rehat terus. Mengantuk daripada pagi tadi tak tidur langsung." ujar Ayriana.

Dan langsung Tengku Erman menganggukkan kepala. "Okey. Selamat berehat my wife."

"Selamat berehat My husband." balas Ayriana dengan senyuma mais terukir. Setelah itu langsung talian di tamatkan.

Selesai berbual di telifon terus sahaja Ayriana berlalu ke bilik pakaiannya mengambil pakaian persalinan dan terus mandi. Selepas itu solat lanjut berehat seketika sebelum makanan malam.

Semasa dia melepasi almari milik Tengku Erman tiba-tiba dia terfikirkan tentang kotak hitam yang pernah dia lihat tersebut.

Cepat-cepat Ayriana gelengkan kepala. "Jangan merepek Ay. Kan suami kau tak jelaskan." ujar dia sendirian.

Malam setelah pagi dia menyoal tetapi tidak langsung Tengku Erman menjawab soalannya.

Semuanya terbongkar apabila Tengku Erman sendiri membuka isi kotak tersebut dan memberikan dia untuk melihatnya.

Terdapat beberapa surat serta gambar-gambar Tengku Erman yang berada di beberapa negara.

"Ambil lah tengok." ujar Tengku Erman. Menyerahkan kotak hitam tersebut kepada Ayriana.

Dengan perlahan-lahan Ayriana melihat kepada isi kandungannya. Ada terdapat beberapa surat serta gambar-gambar sang suami.

"Surat-surat ni...siapa punya?" soal Ayriana. Dia membuka isi satu persatu kertas tersebut.

Dan setiap satu terisi ayat yang meluahkan perasaan. luah perasaan?! langsung di memandang kepada Tengku Erman ingin kan perjelasan.

Tengku Erman yang mengerti langsung menjawab. "Ini semua surat-surat yang aku dapat masa belajar dekat universiti dulu. Ramai yang minat pada aku. Tapi aku tak pernah balas. Melainkan aku simpan sebagai kenangan." jelasnya.

Seketika Ayriana mencebis. Tapi sekejap sahaja. Apabila hati terbelah bahagi ada rasa cemburu serta lega.

Cemburu kerana lelaki itu memiliki ramai wanita yang meminatinya. Dan juga lega apabila mengatakan bahawa lelaki itu tidak pernah membalas mana-mana surat serta perasaan mereka langsung.

Dia masih ralit melihat semua gambar serta surat-surat tersebut. Langsung tidak perasaan akan dia yang di perhati oleh sang suami.

"Dah puas tengok?" soal Tengku Erman setelah hampir 15 minit biarkan Ayriana melihat segala isi di dalamnya.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now