BAB 60

3.8K 142 10
                                    

Setelah semuanya beredar belum sempat Tengku Erman ingin membuka mulut Ayriana sudah berlalu jalan ke beranda rumah yang di buat khas keluarga bersantai.

Ada kolam serta jabatan kecil di samping kolam terdapat satu pondok kecil untuk duduk-duduk santai pada setiap waktunya.

"Kenapa Tengku buat semua benda ni? Tengku sengaja ke apa sekarang ni?" soal Ayriana.

Sejurus mereka betul-betul berada di tegah pondo kayu tersebut. Mereka saling berhadapan antara satu sama lain.

"Ayriana look. Aku." Tengku Erman cuba untuk berbicara tapi Ayriana mencelah.

"Saya ni pilihan pertama tengku ke?" celah Ayriana. Tengku Erman kelihatannya kelu lidah untuk berbicara.

Serta merta muncul senyuman sinis daripada Ayriana. Gadis itu berpaling membelakangi gadis itu seketika.

'Ya allah...hati aku sungguh tak sanggup melihat reaksi wajah tersebut. Sungguh jelas lelaki itu seakan tidak maksudkannya...' rintih dia didalam hati.

Perit hatinya untuk bertahan melihat reaksi wajah tersebut menyakitkan hatinya sahaja.

"Kau bukan pilihan pertama. Tapi kau juga bukan pilihan terakhir. Tapi kau satu-satunya pilihan untuk aku." ucap Tengku Erman di belakang gadis tersebut.

Wanita mana sahaja yang mendengarkan pasti akan terbang berangan sehingga ke langit ke tujuh apabila mendengarkan ayat Tengku Erman yang boleh di kira romantis tersebut.

Tapi sekali lagi bukan untuk dia. Mata di pejam. Gerahang gigit bergerak-gerak seking rasa peritnya entah mengapa dia lebih rasa perit daripada bahagia.

Perlahan-lahan dia beralih badan memandang kepada Tengku Erman kembali dan kelihatan lelaki itu setia menunduk melihat kepada wajahnya. Ke matanya.

Mata yang kukuh membalas pandangan sedangkan dia bergerak gerak mencari kebenaran di sebalik mata yang kosong tertutup segala perasaan tersebut.

"Kenapa saya Tengku? Saya yakin masih ramai wanita dekat luar sana yang lebih sesuai untuk status kerabat macam tengku."

"Ada yang jauh lebih cantik daripada saya. Berkejaya bergaya dan bijak dalam segala hal." bicara dia.

"Sedangkan saya. Rakyat biasa yang tiada siapa kenali. Tiada siapa yang nak ambil tahu. Tak ada status yang tinggi yang bersesuai untuk berdamping dengan Tengku di sisi masyarakat nanti." bicara dia lagi.

Sesungguhnya sejak daripada hari ketiga perkenalan mereka dia sudah letakkan dirinya sebagai seseorang yang tidak layak nak berada di samping Tengku Erman.

Apatahlagi berdamping dengan lelaki tersebut sebagai pasangan bercinta atau pasangan suami isteri. Jauh panggang dari api.

"Jangan cakap macam itu Ayriana. Siapa kau di mata masyarat itu tak penting. Tapi di mata aku." dia Ayriana lihat melangkah mendekati.

Lebih dekat sehingga Ayriana sendiri boleh bahu minyak wangi lelaki tersebut.

"Kau seseorang yang dah mulai penuhi hati aku yang lompong selama ini. Kau segalanya." bicara dia. Kedengaran sangat ikhlas.

Lambat-lambat Ayriana mengangkat wajah tepat melihat ke mata hitam pekat milik lelaki tersebut.

Radup dan sedikit lembut daripada masa yang kosong tadi. Ini lebih banyak emosi yang di pertontonkan.

"Aku pernah cakapkan. Berapa banyak manapun pertolongan aku dan kau terhutang budi. Permintaan balas budi aku tetap sama Ayriana Kyaiseh. Aku tetap nak kau kahwin dengan aku." beritahunya.

Mengingatkan perbualan mereka beberapa hari lepas yang membuatkan Ayriana resah setiap detik saat terkenangkannya.

"Tengku ikhlas ke?" soal dia.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now