BAB 6

4.7K 157 2
                                    

Kiri..kanan. Kiri..kanan di lihat dia sekeliling kawasan pejabatnya itu seakan mencari seseorang.

"Okey...line clear!"

Tapi..baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam kawasan pejabat tersebut dia di kejutkan dengan satu teguran.

"Apa yang line clear nya?"

"Ibu!!!!!!" hampir sahaja dia menjerit nasib dia masih mampu mengawal dirinya daripada menjerit. Kalau tidak buat malu sahaja.

Dan dia pun segera beralih memandang ke belakang. 'mampus....!! memang mampus aku kali ni!'

Tersengih-sengih dia memandang orang yang baru menegurnya itu. "Eh...boss. Bila masa boss ada dekat belakang saya ni?" soal dia.

Bergetar jugalah kepala lutut dia mahu menghadap majikannya yang seorang ini. Walaupun lelaki itu, kini sedang menunjukkan wajah senyumnya. Siapa sahaja yang boleh mengjangka lebih.

"Awak darimana? Lambat balik. Keluar dengan tunang?"

Zup! Tepat pada sasaran! Bagaimana lelaki itu boleh meneka yang dia berjumpa dengan tunang dia.

"Hihi. Sorry boss. Saya sebenarnya dah keluar awal. Entah darimana datangnya ada orang langgar saya..." tapi belum sempat dia mahu menyudahkan kata.

Tiba-tiba lenggannya di gapai oleh Tuan Hafizz lalu kedua-dua bahunya di bawa untuk menghadapa kearahnya.

"Langgar?! ada orang langgar awak? Dekat mana? Mana?" soal Tuan Hafizz bertubi-tubi sambil tangannya pantas memusingkan tubuh kecilnya itu ke kiri dan ke kanan.

"Boss...boss. Bukan. Bukan kena langgar kereta bukan." cantas Ayriana.

"Habis tu. Kena langgar apa?" soal Tuan Hafizz bersuara risau

Kepalanya yang tidak gatal di garu tidak tertinggal sengihan dia itu. "Ha...kena langgar bahu dengan seseorang dekat mall. Masa tengah rush keluar daripada pintu utama." Ayriana memperjelas situasi yang baru sahaja di alami dia. Bila diingatkan semula dia kembali sakit hati.

"Lahhh. Ye ke." ujar Tuan Hafizz seakan lega mendengarkan penjelasan Ayriana.

Ayriana hanya mampu tersenyum sumbing sahaja kearah Tuan Hafizz dan sama juga lelaki tersebut makin tersenyum kearah gadis 2 inci pendek daripadanya itu.

Namun senyuman mereka terus sahaja pudar serta merta.

"What are you guys doing!" hampir dalam nada jerkah memeranjatkan antara mereka.

Dan sama-sama memandang kearah sisi kanan mereka. Terlihat seorang wanita dengan gaya 'super seksa!' melangkah kearah mereka berdua.

 Terlihat seorang wanita dengan gaya 'super seksa!' melangkah kearah mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADREANA ROSSE

Belum sempat Ayriana ingin menyapa tiba-tiba sahaja dia mendapat habuan.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now