Lama dia berdiri di situ. Kanvas melihat dia, dia melihat kanvas sebesar 50 inci yang sudah separuh lukisan itu.
Otaknya ligat memikirkan apa lagi yang harus dia tambah dan perbaiki untuk lebih nampak cantik serta kemas tersusun?
"Fikir Ayriana. Fikir!" desak dia. Diri cuba memerah otak untuk mengeluarkan idea.
Sungguh hal putus tunang dengan Tengku Kamal memberi impak kepada dia. Serta pergaduhan antara Along dia dan ayah makin memperburuk keadaan!
Ush! Kenapa semua nak kena serabutkan kepala otak aku!
Cermin mata di tanggalkan. Dia harus keluar sebentar. Dia harus mengambil udara segar.
Tidak memandang kepada sesiapa-siapa langsung sahaja Ayriana berjalan mengikuti derap langkahnya ingin kemana.
Tepat dia melangkah pintu lift terbuka. Dan nasib menyebelahinya. Lift kosong tidak berlama dia masuk ke dalam.
Butang tingkat 55 di tekan. Tingkat paling tinggi. Dalam beberapa saat tiada siapa yang mengahalang untuk masuk ke lift yang sama terus sahaja pintu di tutup.
Selang seminit kemudian, lift bergerak naik ke tingkat atas. Dia harapkan yang dia dapat tenangkan diri di sana sementara.
Roof top. Tingkat yang di di hiasi pokok serta beberapa tempat duduk bersama meja di perbuat dari kayu di tambah dengan kinopi kecil di setiap satu tempat duduk tersebut. Kosong.
Mestilah kosong. Waktu berkerja siapa sahaja yang akan datang kesini pada waktu macam ini.
Tidak melengah waktu langsung sahaja dia berjalan mendekati salah satu tempat duduk di situ.
Perlahan mendekat sehingga dia menarik kerusi tersebut dan langsung duduk di atas kerusi tersebut.
Dan serta merta nafas berat di lepaskan. Pandangan jauh di lemparkan ke hadapannya.
Angin daripada tingkat atas ini sedikit kencang tidak langsung membuatkan Ayriana ingin pergi. Malahan dia harapkan bahawa angin kencang tersebut dapat membawa rasa lelahnya.
Seketika mata di pejam menikmati suasana ini. Keadaan sunyi tiada satupun manusia membuatkan Ayriana merasa sedikit tenang.
Masih dia ingat kata-kata daripada ibunya. Pagi tadi.
"Ay."
"Ye bu."
"Ay. Ibu harap. Ayriana dapat maafkan apa yang berlaku antara kita dengan ayah. Ay sendiri tahukan ayah Ay tu macam mana." bicara Puan Salwah. Lembut.
Ayriana tersenyum. Walaupun terasa kelat. Dia kekal tersenyum. "Ayriana tak pernah berdendam dengan ayah ibu. Memang apa yang ayah buat pada along itu agak melampau. Tapi....Ay dah maafkan ayah pun." balas Ayriana.
Maaf? Memaafkan? Ikhlas kah dia. Ya? Sungguhkah dia ikhlas? Entahlah..
Entah keberapa juta kali tapi dia tetap melepaskan keluhan. Sungguh mengapa hidupnya selalu tiada yang bernasib baik?
Apakah dosanya di masa silam? Apakah yang terjadi di masa lalu yang menyebabkan dia sentiasa di hadapkan dengan situasi yang tidak bernasib baik?
"Ah!!!!!!!! serabutnya!" rambut yang terurai panjang tersebut di sekat ke belakang.
"Stress apa tu cik Ayriana." satu suara menegur.
Cepat-cepat Ayriana berpaling. Daripada wajah yang jengkel kerana ada orang yang menganggu keteramannya kepada wajah yang terukir senyum segaris.
"Lah. Awak ke. Buat apa dekat sini?" soal dia kepada Hadi yang sedang mendekati.
"Sepatutnya saya yang kena tanya cik Ayriana dulu. Buat apa dekat rooftop ni sorang-sorang." balas Hadi. Soalan berbalas soalan.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...