Gelap...gelap yang pertama dia lihat apabila mula sedar daripada pengsan akibat terkena renjatan elekterik.
Dapat dia rasakan yang ada kain nipis yang terikat di kepalanya menutupi matanya.
Akan tetapi tangan dan kakinya di biar tidak terikat dan kini dia rasakan sedang dalam keadaan duduk di atas sofa.
Ya sofa dia dapat rasakan dia masih ada di kawasan berdekatan dengan hotel di mana dia pengsan sebentar tadi.
Tubuhnya jadi kejut kembali saat telingannya sikit demi sedikit mendengar secebis suara sedang bercakap antara satu sama lain.
Ada ada satu suara yang makin membuat tubuhnya kejut tambahan dengan jatuh hampir berhenti berdetak.
"Dah bangun. Sleeping beauty." ucap dia. Suara serak yang dia dengar saat sebelum dia hilang kesedaran.
"Apa..apa..kau nak? Aku dekat mana ni...?" soal Ayriana dengan berani.
Dan tiba-tiba "AHAHAHAHAHA" ketawa besar tersebut membuatkan tubuh Ayriana hampir berpisah dengan badan.
"Uhhh...hahaha..kau tanya dekat mana. Mestilah dekat hotal sayang.." jawab lelaki tersebut.
Sayang ewuh... stay away from me!
Dalam keadaan mata masih tertutup Ayriana memberanikan diri untuk berbicara lagi.
"Siapa kau?! apa kau nak daripada aku?! kenapa korang culik aku?!" soal Ayriana. Sesungguhnya badannya kini dapat di rasakan mengeletar.
"Culik? Ohh... No. No.... bukan culik. Tapi percubaan. Aku nak uji seseorang." jawab lelaki tersebut.
Dapat Ayriana dapat rasakan yang lelaki bersuara garau tersebut sudah duduk satu sofa dengan dia.
"Percubaan? Hei! Korang ingat aku ni bahan ujikaji ka apa! Korang nak uji apa?!" ujar Ayriana mula berang.
Percubaan? Uji seseorang? Siapa dia? Tiga-tiga soalan itu berlegar di fikirannya. Musuh!
Tiba-tiba dia terfikirkan abangnya serta tunangnya. Adakah apa yang berlaku ada kaitan antara mereka. Tapi siapa? musuh mereka antara 2 lelaki tersebut?
"Apa yang korang nak ha? Aku tahu, kau nak gunakan aku sebab nak tengok sama ada dia akan datang selamatkan aku macam tu!" soal Ayriana meneka.
"Bingo! Tepat sekali. Otak kau masih berguna! Princess." ucap lelaki yang sama.
Dapat rasakan tempat di sebelah sudah kosong bahawasanya lelaki tersebut sudah bangun dan kini sedang berhadapan dengan dia.
"Aku dengar-dengar. Dia ada datang. Jadi aku buatkan satu ujian untuk dia. Dan kau! Adalah bahan objektif yang terbaik!" ujar lelaki tersebut. Saiko!
"Kita tengok. Sama ada dia akan biarkan kau atau akan muncul selamatkan kau. Bila aku tunjukkan kau kepada dia." ujar lagi lelaki tersebut tentang rancangannya.
Diam Ayriana membuatkan lelaki tersebut makin galang menghembuskan tawanya seakan sebentar lagi dia akan mendapatkan kemenangan.
"Kau salah." tiba-tiba Ayriana berkata bergitu.
"Apa maksud kau." soal lelaki tersebut.
Dengan mata yang masih tertutup dia mengumpulkan segara kekuatan. "Kau silap tak ikat tangan dan kaki bahan ujikaji kau." ujar Ayriana.
Tambahan lagi, intonasi cara bicaranya juga sudah berbeza. Sangat datar dan kedengaran dingin mencucuk ke tulang hitam.
"Huh?" selesai lelaki tersebut berkata bergitu.
"Sebab bahan ujikaji kau ni. Professional fighter!" sejurus dia berkata bergitu.
Bagaikan cahaya, sepantas kilat Ayriana membuka langkah untuk berlawan. Ini masanya untuk dia gunakan skill nya.
Penutup mata segara dia tanggalkan, kini perlihatannya kembali jelas pancaran cahaya lampu ruangan itu tidak menyulitkan sama sekali pergerakannya.
"Tak guna!" lelaki tersebut melangkah menghampiri Ayriana
Sepantas kilat kakinya terbang melibat ke kepala lelaki tersebut, dan bush! Automatik lelaki tersebut rebah jatuh ke bawah mengerang kesakitan.
Okey...dapat dia menganalisis ruang yang dia berada ruang bilik hotel baik dia masih ada di hotel yang sama.
Dan di ruangan tersebut hanya ada dia dan lelaki itu sahaja maka dengan itu lebih memudahkan untuk dia melawan.
"Tak guna kau!" jerkah lelaki tersebut lalu dia bangun untuk melawan.
Dan sekali lagi, Ayriana melibas kepala lelaki tersebut dengan kakinya tapi kali ini lelaki tersebut dapat mengelak.
Lalu mereka terus sahaja melawan demi lawanan sehingga kedua-duanya dalam keadaan cedera calar balar.
Apabila Ayriana melihat lawannya makin melemah kan dengan itu dia mengambil kesempatan ini lalu dengan pantas dia kembali mengangkat kakinya lalu melibas kencang ke wajah lelaki tersebut dan sontak lelaki tersebut kembali terjatuh mengerang ke sakitan.
Mata Ayriana pantas menangkap sepucuk pistol yang terlempar jatuh yang tidak jauh daripada dia.
Dengan sepantas kilat dia melangkah mendapatkannya dan dia berhasil dapatkan belum sempat lelaki tersebut ambil.
"Kau tahu tak selain orang gelarkan aku professional fighter. Diorang juga bagi gelaran kepada aku. Cik Penembak tepat!" seusai dia berkata bergitu langsung pincu pistol di tarik dan...
Bang!
Bang!
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...