BAB 32

3.3K 117 4
                                    

Tok! Tok!

Ketukan dua kali pintu automatik terbuka sendiri maksud di buka olkeh Rey yang setia berada di dalam ruangan bilik tersebut.

Entahlah memang akan sentiasa ada ataupun ada perkara soal kerja yang kebetulan membuatkan lelaki tersebut turut berada bersama dalam bilik tersebut ketika ini.

Sewaktu melalui lelaki tersebut sehabis baik dia menunduk atau mengalihkan wajah ke tempat lain.

Kini keadaannya dia menutupi bahagian plaster dengan rambut hitamnya sehabis baik dia cuba melindungi.

Dia sama sekali tidak mahu sesiapa nampak. Apatahlagi Tengku Erman. Yelah luka kecil tapi dengan Tengku Erman entahlah dia mahu menyorokkannya.

Dengan berhati-hati dia berjalan mendekati ke meja Tengku Erman terlihat lelaki tersebut sedang ralit dengan timbunan-timbunan dokumen yang ada sudah semestinya dokumen-dokumen yang memerlukan tanda tangannya.

"Tengku ini ada beberapa rekaan yang saya dah siapkan sebelum sampai sini. Saya harap Tengku boleh semak. Kalau ada apa-apa yang tengku perlukan saya ubah saya akan cuba ubah ikut kemampuan saya." bicara dia panjang lebar.

Sambil dia menghulurkan beberapa helaian kertas canvas berisi lukisan rekaan dalaman geleri untuk syarikat lelaki tersebut.

Masih dalam keadaan tidak memandang kepada Ayriana. Tengku Erman memberikan arahan.

"Letak dekat atas meja ni. Sekejap lagi aku periksa." arah Tengku Erman. Dengan gayanya yang masih tidak melihat kepada Ayriana.

"Okey." tidak berlama-lajma terus sahaja Ayriana meletakkan kertas-kertas tersebut di letakkan di bahagian sisi meja kerja lelaki tersebut seperti yang di arahkan.

Dengan berhati-hati dan secepat mungkin dia harapkan agar dia boleh keluar tanpa terkantoi luka di dahinya ini.

Sesudah dia memastikan dia meletakkan dengan betul dan tidak membuatkan Tengku Erman memandang kepadanya langsung dia betulkn tubuhnya berdiri tegak.

"Tengku. Saya minta diri dulu." bicara Ayriana lagi dan kali ini dia terus sahaja dia berpaling dengan keadaan rambut yang masih sahaja menutupi dahinya tersebut.

Selangkah makin menjauh dan mendekati ke arah pintu makin dia merasa sedikit lega.

Namun itu tidak berkekalan ia kernakan ada seseorang yang membuka pintu daripada luar yang ingin masuk kedalam pejabat Tengku Erman.

Tidak lain tidak bukan.....

"Tengku saya dah bawakan beberapa dokumen. Tengku nak sign sekarang ke?" soal Dafril yang membawa beberapa dokume hitam di tangannya.

"Oh...Hai cik Ayriana." tegur Dafril serta merta. Sempat mamat ini tegur dia!

"Sekarang. Diorang perlukan tanda tangan aku kan." kedengaran balasan daripada Tengku Erman. Yang semestinya masih duduk di atas kerusi pejabatnya itu.

Yang Ayriana hanpa menundukkan sahaja kepalanya sehabis baik dia cuba untuk menutup bagaian luka nya itu. Lelaki di hadapannya ini bukan boleh percaya!

Kerna itu, dia tidak lagi membuang masa. "Saya minta diri dulu ye. Ada banyak kerja yang saya kena buat." ujar Ayriana.

Apa ingat dia duduk di pejabat lelaki tersebut selama sebulan dia tidak perlu berkerja dan berkhidmat kepada syarikatnya.

Sudah semestinya jawapannya ya. Walaupun dia duduk di sini sudah pasti dia ada kerja di sana tempat kerja sebenarnya.

Baru sahaja ingin melangkah pergi selepas Dafril memberi ruang untuk dia keluar. Tibatiba sahaja namanya di seru.

"Eh...cik Ayriana. Kenapa?" soalan Dafril yang agak meleret tersebut dan juga mata yang tidak habis-habis mencari sesuatu membuatkan Ayriana kurang selesa.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now