BAB 102

4.9K 190 12
                                    

Dada naik turun dengan apa yang di dapatkan. "Ayriana. Kita kena dapatkan dia cepat!" dengan tergesa-gesa Tengku Erman berplaing untuk beredar.

Namun di tahan oleh Afril. Dan oleh itu langsung lelaki itu berhenti daripada melangkah.

Seketika dia berpaling kepada abang iparnya. "Kita tak boleh pergi macam itu sahaja."

"Tapi Ayriana ada dekat sana! Ada dengan diorang!" ucap Tengku Erman.

"Aku tahu. Tapi kita tak boleh melulu pergi sana! Mesti ada perangkap dekat sana. Diorang mesti dah rancangkan sesuatu." balas pula Afril.

Tengku Erman seketikanya terdiam. Ada betulnya. Tapi dia sedar itu bukan musuh yang biasa. Merekalah yang mengangcam Ayriana selama ini.

"Erman! Kau dengar apa yang aku cakap ni!" kali ini Afril menjerkah apabila melihat pada Tengku Emran yang seakan kehilangan arah sementara tersebut.

"Dengar. Aku dengar." balas Tengku Erman kembali kepada kesedarannya.

"Kita kena buat rancangan. Aku yakin ini ada Aireen juga. Sebab diorang minta aku lepaskan puan Dahlia dan bawa dia sekali ke sana." ucap Afril.

Pesanan ringkas yang dia dapat sama dengan Tengku Erman. Tapi yang membezakan dia di arahkan untuk melepaskan Puan Dahlia dan membawa wanita tersebut ke lokasi yang di berikan.

"Jadi kau nak...lepaskan puan Dahlia macam mana diorang nak?" soalan tersebut Tengku Erman anjurkan.

Segera Afril berpaling kepada Tengku Erman. "Kita kena lakukan apa yang diorang nakkan. Tapi tak semestinya kena." balas Afril.

Dan makin-makin mereka terdiam melihat ke antara satu sama lain.

*********************

Kaki dan tangan sama-sama terikat di kerusi kayu usang tersebut. Tapi tidak pada mulutnya.

Nafasnya makin lama makin rasa berat dengan debu-debu tanah yang terawang-awangan di sekelilingnya.

Di hadapannya sekarang ini ada Aireen berserta dengan lelaki yang muncul di hadapannya tadi.

"Reen. Kenapa kau nak kena buat aku macam ini. Kau tahu tak benda ni salah!" tidak menghendik.

Tapi ruangan yang luas seperti gudang itu membuatkan suaranya jadi kuat bergema.

"Aku tak perdulilah! Semua yang jadi ini di sebabkan kau! Aku memang patut bunuh kau daripada dulu lagi! Sebabkan kau mama aku masuk penjara!" hendik Aireen.

"Mama kau masuk penjara sebab dia bunuh ayah aku Reen! Dia sendiri mengaku dengan apa yang dia buat depan mata aku." ucap Ayriana.

"Diam! Diam!!!!!!!!!" jerkah Aireen mulai menipis kesabarannya.

Segera itu jari telunjuknya menunjuk kepada Ayriana. "Kau memang patut berada dalam keadaan macam ini. Aku akan pastikan kau terseksa sampai nafas kau yang terakhir dekat sini." ujar Aireen.

"Kau gila ka apa Reen!" Ayriana mulai menjerkah.

"Tak ada yang gila pun Ayriana Kyaiseh. Kalau aku ada sekali." ucap satu suara yang mencelah antara mereka.

Tanpa tertangguh pemilik suara yang mencelah itu langsung muncul di sampingnya.

"Hai. Miss me Ayriana Kyaiseh." sapanya dengan senyuman lebar bergincu merah pekat tersebut.

Dan pemilik suara tersebut sungguh dia kenali sesaat muncul seperti yang dia agak!

"Kau..." sekejap matanya beralih pada lelaki di samping wanita itu juga.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now