Tepat pukul 10.45 pagi, mereka sampai di Kenyalang resort, sungai buloh, selangor.
"Kita dah sampai tengku." bicara Rey.
Cermin pandang belakang di pandang melihat kepada dua manusia yang daripada tadi hanya senyap di tempat duduk masing-masing.
Ayriana yang tidak habis-habis mengigit bibirnya akibat geram. Kerna apa?
"Apa? Ke resort? Semalam yang tengku minta saya datang jumpa tengku sharp pukul 10 sebabkan nak saya ikut tengku pergi resort sahaja?" ucap Ayriana.
"Kenapa ada masalah? Itu tetap kerja." balas Tengku Erman.
Di sebalik pandangan Ayriana mengepal penumbuknya. 'Ish! Kejam betul lah dia ni!'
"Dafril? Mana dia? Bukan sepatutnya dia yang akan temankan tengku? Atau Ara
Merungut banyak pun tiada guna apabila sudah di turunkan arahan seperti itu. Mahu tak mahu terpaksalah Ayriana tetap ikut tanpa banyak bicara.
"Silakan cik Ayriana." suara Rey menyedarkan Ayriana daripada lamunan panjang beberapa puluh minit tadi.
Dia perasaan bahawa Tengku Erman sudah berada di luar kereta sedang menyilang tangannya ke dada sambil memandang tajam kepadanya.
"Tak nak turun ke cik Ayriana? Kau nak aku jemput kau turun macam tuan puteri??" sindirnya.
Automatik Ayriana memejamkan mata. Uhhh sungguh kini, dia merasa makin geram dengan Tengku Erman. Ada ke bercakap macam itu.
"Ye..ye..saya turun ni. Sabar lah." balas Ayriana.
Tidak menunggu lama dia segera turun daripada kereta milik Tengku Erman tersebut.
Baju kemeja peachnya di betulkan sedikit serta rambut panjangnya di betulkan agar kelihatan sedikit rapi.
Setelah itu mereka sama-sama berjalan dengan Tengku Erman berjalan dahulu dengan beberapa pegawai di resort tersebut.
Manakala Ayriana berjalan di belakang lelaki tersebut di ikuti Rey berada di belakang mereka sekali.
Seusai masuk bertapa terpegunnya Ayriana dengan reka bentuk dalaman lobi resort tersebut.
Sangat mewah dan aggun. Seakan hotel lima bintang di seluruh dunia. Rekaan setiap dinding yang di penuh dengan lukisan daripada pelbagai negara barat serta asia.
Pilihan warna coklet serta krim serta garisan emas dan hitam yang menimbulkan lagi aura mewahnya.
Tapi kenyataannya harga untuk bermalam seharian. Ternyata sangat murah dan berbaloi untuk golongan B40 yang mahu menikmati tempat penginapan yang mewah tapi harga yang mampu milik.
Seketika Ayriana jadi kagum dengan Tengku Erman. Walaupun dirinya memiliki pelbagai perkara yang mewah di sekelilingnya.
Namun beliau tetap mendirikan sebuah tempat penginapan yang kelihatan mewah dan selesa tapi menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk segala golongan kasta.
"Macam mana dengan kawasan lapang yang saya minta?" soalan daripada Tengku Erman kepada salah satu pegawai yang bersama mereka di dengari oleh Ayriana.
"80% Tengku. Semuanya dalam proses pemeriksaan dan bertambahbaik." balas salah seorang pegawai lelaki tersebut.
Tidak membalas apa-apa mereka terus sahaja berjalan mengikuti Tengku Erman yang laju berjalan kearah tempat pembinaan tersebut.
Dan Ayriana sebagai pekerja di pihak Tengku Erman hanya mampu mengikuti tanpa membantah sahaja.
Selang 5 minit berjalan akhirnya mereka sampai di kawasan yang di maksud oleh pegawai tersebut.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...