BAB 93

5.2K 250 25
                                    

Pisau rembo kecil itu terbenam ke dada kiri Tengku Erman. Ada darah yang mengalir. Namun keadaannya berlainan.

Darah itu, bukan daripadanya melainkan daripada tangan Ayriana yang sedang menikam. Tidak di jangka. Gadis itu menukar posisi bilah pisau tersebut.

Daripada seharusnya menusuk ke jantungnya berubah kepada tangan itu yang mengenggam bilahan pisau yang Tengku Erman tahu tajam.

"Ayriana. Lepaskan Pisau tu!" arah Tengku Erman. Sesegera itu dia cuba untuk meleraikan pisau tersebut daripada genggaman Ayriana.

Namun gadis itu terus merentap dan melemparkan pisau tersebut jauh ke tepi antara mereka.

Jelas terlihat percikkan darah yang menitip di pisau yang tercampak tersebut. Ayriana yang seakan tiada perasaan langsung dia melibas terlapak tangannya yang penuhi dengan darah lukakanya itu.

Walaupun sakit. Tapi sekuat hati dia menahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi.

"Apa Ay buat ni! Abang suruh Ay tikam abang. Kenapa cederakan diri sendiri." tanpa sedar Tengku Erman meninggikan suara kepadannya.

Tergesa-gesar di mengcapai tangan tersebut. Manu sepantasnya Ayriana melarikan tangannya daripada lelaki tersebut.

Tanpa di jangka Ayriana tergelak kecil. Setelah itu berhenti apabila memandang wajah antara satu sama lain.

Sedikit dikit senyuman palsu itu memudar. "Mulai hari ini. Awak akan tengok sisi saya yang lain."

"Jangan uji kesabaran saya kali ini Tengku Erman. Saya rasa awak masih tak lupa. Saya pernah pegang pistol dan cederakan beberapa anak buah musuh awak. Dekat hotel dulu." ujarnya. Memberi amaran.

"Jadi jangan buat saya buat macam itu lagi. Sebab saya boleh buat lebih daripada jangkaan awak." setelah dia berkata begitu langsung sahaja dia berjalan keluar daripada bilik tersebut.

Dengan darah yang mengalir itu. Tidak langsung dia pedulikan. Dia mahu turun dan cuci luka ini dan kembali duduk bersendirian.

Tengku Erman berpaling. Langsung dia berjalan mengejar Ayriana yang sudah lama menghilang di balik pintu tersebut.

*************

Ayriana turun daripada tangga dan pertama yang mendekati kepadanya adalah Mak su.

"Ya allah. Ayriana apa yang jadi pada kamu ni?!" jelas wanita itu terkejut.

Terlihat Rey serta Dafril masuk dan juga mendekati kepadanya. Seperti mak su mereka juga terkejut dengan keadaanya.

Mana tidaknya. Baju tidur sepasang berwarna putih tersebut sudah bertukar tompokkan merah

"Boss korang ada dekat atas pergi lah tengok." itu sahaja beritahu Ayriana dengan wajah bersahajanya itu sebelum dia berlalu pergi ke dapur untuk mendapatkan kit kecemasan.

Setelah Ayriana berlalu terdengar suara Tengku Erman daripada atas.

"Ayriana!" hampir bergema satu ruang rumah tersebut.

Mereka sama-sama memandang kepada Tengku Erman. Kalau Ayriana ada cairan darah di tangan.

Tengku Erman pula di baju bahagia betul-betul tepat di dada. Sesegera itu mereka bertiga mendapatkan lelaki tersebut.

"Tengku kenapa ni? Apa yang dah jadi?" soal Dafril. Rey juga medekati jelas kelihatan risaunya.

"Aku tak apa-apa. Mana Ayriana?" soal Tengku Erman.

"Cik puan masuk dapur. Rasanya nak ambil kit kecemasan." beritahu Mak Su.

Dan sesegera itu, langsung Tengku Erman berlalu pergi ke ruangan dapur. "Ayriana biar abang yang..." belum sempat dia menghabiskan kata.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now