"Tengku Erman. Dia... dia dah tidur???" soal dia.
"Belum cik. Dia ada dekat ruang kerja dia. Cik nak jumpa tengku ke??" dia pula bertanya kembali kepada gadis di hadapannya itu.
Ke hulur ke hilir dia berjalan di tempat yang sama iaitu tepat di bilik kerja lelaki tersebut.
Walaupun tadi, lelaki tadi yang memperkenalkan diri nama iaitu Fiq ingin mengiringnya berjumpa dengan ketuanya. Tapi Ayriana berkeras untuk tidak payah di hantarkan dia boleh sendiri.
Tapi tengoklah sekarang. Hampir 20 minit dia terpacak di hadapan bilik tersebut. Jam pun sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi.
"Aduh....nak jumpa ke? Tak?"
"Jumpa? Tak?"
"Ehhhhhh!!!!!! serabutlah!" bentak dia tapi masih boleh mengawal suaranya. Walaupun diri meronta-ronta ingin menjerit!
Sesekali dia mendekatkan tangan untuk mengetok dan sesekali itu pula dia menarik semula tangannya daripada mengetok.
Buntu! Sungguh dia buntu! Mahu meminta tolong diri dia ragu-ragu untuk mempercayai lelaki itu.
Seumpama keluar mulut harimau masuk ke mulut naga! Sumpah dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.
"Kalau aku jumpa dia... Apa saja yang aku nak cakap dengan dia??" soal dia kepada diri sendiri.
"Hihhhh...kalau aku tak jumpa dia. Hal aku ni tak ada selesainya." balas dia kepada diri sendiri.
Sekali lagi kakinya ke hulur ke hilir sampaikan dia lupa yang kakinya itu sedang sakit terseliuh.
"Uhmmm! Dah lah! Lebih baik aku balik bilik! Esok sahajalah. Aku cakap dengan dia." gumang dia kepada diri sendiri.
Dengan itu, terus sahaja dia mengangkat kaki melangkah pergi meninggalkan aras atas tersebut.
Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam biliknya sendiri boleh pula perutnya berkeroncong hebat!
"Aduhhhh! Kau ni. Masa-masa ni juga lah kau nak lapar perut!" bebel dia.
Mahu tidak mahu dia terpaksa juga mengisi perutnya kalau tidak...habislah grastrik dia akan jadi teruk!
Di posisi berhadapan dengan pintu bilik kini dia berpusing dan melangkah menuju ke arah dapur yang sama aras dengan biliknya di tingkat bawah sekali.
Dalam beberapa langkah akhirnya dia sampai juga di ruang dapur utama tersebut. Dari keadaan gelap kini sudah terang saat dia membuka lampu di suiz bedekatan dengan peti sejuk dapur tersebut.
"Hmmmm...apa yang ada eh.." peti sejuk menjadi tujuaan utamanya untuk melihat-lihat isi di dalamnya mana tahu ada benda yang boleh di makan untuk alas perutnya.
Yes! Penuh! Gembira bukan main mana tidaknya isi di dalam peti sejuk itu penuh dengan makanan sejuk beku.
"Nak makan apa? Jus oren?"
"Eh! Kau ada alahanlah acik! Nak mampus!" ujar dia kepada diri sendiri.
Dia beralih kepada ruang yang ada letaknya buah-buahan. Di situ ada terletak beberapa buah dan juga ada buah yang dia suka.
"Makan buah jalah!"
"Kau buat apa tu?" satu suara garau kedengaran membuatkan Ayriana automatik terkaku.
Dak dek duk...hatinya berdegup laju... aduh siapa pula ni. Kerna Ayriana dia suara tersebut sekali lagi bersuara.
"What are you doing. Miss Ayriana!" sekali lagi bersuara. Kali ini Ayriana dapat mengecam itu suara siapa.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...