BAB 39

3.3K 118 4
                                    

Di luar lobi Ayriana melepaskan nafas panjang. Baru pada pagi hari dia sudah terasa lelah dengan hari ini.

Hanya dengan sesingkat itu sahaja membuatkan hatinya serta harapannya yang dia bina selama ini runtuh hancur lebur.

Atau mungkin harapan tersebut hanya dia yang membina. Sedangkan tengku Kamal sudah mencari kebahagian yang lain.

Tanpa dia sedar, dia tertawa kecil. Lebih kepada tertawa kepada diri sendiri. Yang tidak pernah menyedari perubahan daripada Tengku Kamal.

"Hai...kenapalah aku bodoh sangat tak sedar apa yang berlaku pada dia." rintis dia sendirian.

Tanpa sedari dia sedang menyalahkan dirinya sendiri sahaja. Seakan apa yang berlaku adalah kerana dia. Salah dia, kerana tidak cuba untuk membaiki hubungan mereka?

Adakah itu salah dia? Tanpa sedar dia menyalahkan diri sendiri.

Sekali lagi nafas panjang di lepaskan. Air mata yang tadi mengalir laju kini tidak lagi boleh mengalir. Dia sudah sedia penat dengan keadaan sekarang ini.

Tangan kanan yang di angkat di situ tepat matanya memandang kepada pergelangan tangan Ayriana yang masih berbekas merah akibat genggaman kuat daripada Tengku Erman.

Tiba-tiba dia teringatkan pula kata-kata lelaki tersebut.

"Not this time. Kau masih dalam keadaan tak selamat. Aku tak boleh biarkan kau sendirian. Tanpa ada sesiapa-siapa di sisi kau."

"Ini semua atas kebaikkan kau. Atas keselamatan kau."

Cara ucapan yang berbeza tapi mengeluarkan arahan yang sama. Cara pandangan yang berbeza. Bahasa tubuh yang berbeza. Sedikit-sedikit membuat Ayriana keliru.

"Kenapa dia nak kena kisah pasal keselamatan aku? Siapa aku dengan dia sebenarnya?" soal Ayriana.

Dia sendiri yang menyoal, dia sendiri tidak ada jawapan untuk itu.

Ush!!! stop! Kenapa dia harus fikirkan apa yang dia katakan oleh Tengku Erman serta dengan caranya yang berbeza-beza itu?

TIADA KENA MENGENAN DENGAN DIA!

Beberapa minit dia berbicara sendirian dia perasan ada sebuah kereta jenis RV hitam berhenti tepat-tepat di hadapannya.

Cepat-cepat dia melangkah kerna dia tahu siapa si pemilik kereta tersebut. Tapi belum sempat tangannya mencapai pemegang kereta tersebut.

Fiq terlebih dahulu muncul lalu membukakan pintu untuk Ayriana.

"Silakan cik Ayriana." ujar Fiq. Seperti kebiasan sebelum ini, Fiq akan berkata bergitu sewaktu dia ingin masuk ke dalam kereta.

"Thanks Fiq." dan dia seperti sebelum ini juga. Sentiasa tidak lepas daripada berterima kasih dengan layanan Fiq tersebut.

Sejurus Ayriana selamat masuk ke dalam perut kereta. Diikuti oleh Fiq yang turut masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu.

"Cik Ayriana. Ada nak pergi ke mana-mana ke sebelum balik? Saya boleh bawak kan." nyata Fiq. Sebelum mereka bergerak.

Melalui cermin pandang belakang Fiq memandang wanita tersebut diam tanpa bicara. Tapi dia dapat rasakan ada sesuatu yang ingin di perkatakan olehnya.

"Boleh awak bawakan saya ke suatu tempat." anjur Ayriana.

"Boleh cik. Kemana cik nak pergi saya boleh hantarkan." ujar Fiq yang sedia untuk memberikan perkhitmatannya kepada wanita tersebut.

Ayriana tersenyum nipis. "Thank you Fiq. Maaf saya agak menyusahkan awak hari ini." ujar Ayriana.

Tiba-tiba sahaja dia berasa bersalah kerana sudah menyusahkan lelaki tersebut. Ini semua kerana dia tidak mahu naik kereta bersama dengan Tengku Erman punya pasal lah!

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now