BAB 14

4.2K 140 1
                                    

Dari hujung mata dapat Ayriana lihat urat-urat yang timbul di tangan besar lelaki di sebelah itu tidak lagi melihat wajah lagi.

Uhhh sungguh mengerunkan kalau sudah masuk mood serius. Perlahan-lahan Ayriana berpusing kearah kanannya.

Namun entah di mana salahnya, tiba-tiba terasa pinggulnya kembali pedih. "Ouch!" selang sesaat dia mengadu sakit.

Serta merta lelaki di sebelahnya berpusing dengan wajah paniknya. "Sakit ke? Dekat mana sakit. Bagitahu saya!" sedikit meninggi suaranya membuatkan bahu Ayriana ternaik sedikit.

Seakan sedar Ayriana seperti ketakutan dia merauk wajahnya dengan kasar. "Sorry Ay. Saya tak bermaksudh nak buat awak takut." dia sedar akan kesalahannya yang tiba-tiba meninggikan suara kepada gadis tersebut.

Sepatutnya dia harus menenangkan gadis tersebut bukannya makin menakutkan. Bodoh kau Kamal! Bodoh! Dia menyalahkan diri sendiri.

Seperti ada tangan yang mengelus tangan kankernya dia kembali melihat ke wajah Ayriana yang berbalut dengan kain putih tersebut.

"It's okey. Saya faham. Awak risaukan saya. But I'm okey. See. Cedera sikit ja." ujar Ayriana dengan tutur kata yang lembut sahaja. Memujuk si tunang.

"Dyra. Boleh tinggalkan kami dengan Ay. Sekejap sahaja." ujar Afril meminta Dyra untuk meninggalkan mereka bertiga sementara.

"Okey. Boleh." jawab Dyra tidak menunggu lama terus sahaja dia keluar meninggalkan mereka bertiga tersebut.

Apabila memastikkan Dyra sudah keluar dan hanya tersisa mereka terus sahaja Afril mendekati Ayriana mengambil duduk di atas sebeuah kerusi menghadapi adiknya itu.

"Ay. Apa yang jadi sebenarnya?" soal Afril.

Dapat Ayriana melihat wajah abangnya itu sudah seserius habis! Aduh dia memang tak boleh nak membohong abangnya itu.

Mahu tidak mahu dia harus juga menceritakan maka dengan itu, dia cerita kan dari mula dia mengikut seorang yang menyamar menjadi salah satu pekerja di situ.

Langsung dia di culik, bertemu dengan seorang lelaki tak guna tersebut sehinggakan dia bertemu dengan seorang lelaki bersama dengan anak-anak buahnya itu.

"Ay kenal siapa diorang tu?" soal Afril jelas terlihat apabila mendengar cerita daripada Ayriana.

Dengan perlahan Ayriana mengeleng kepala. Tidak mendapatkan sebarang clue untuk siapa mereka itu.

"Ay ingat. Lelaki tak guna tu culik Ay. Sebabkan musuh antara korang. Sebab dia cakap nak uji. Siapa lagi kau bukan korang yang Ay rapat. Dan berkemungkinan ada banyak musuh." ujar Ayriana menyatakan andaiannya.

"Maksud Ay. Lelaki itu ada motif sendiri sebab dia culik Ay." nyata Afril.

Laju Ayriana menganggukkan kepala mengiakan kenyataan abangnya itu.

Masih jelas di fikirannya tentang kata-kata lelaki tak guna tersebut saat mereka berada di dalam bilik hotel tempat dia di culik tersebut.

"Aku dengar-dengar. Dia ada datang. Jadi aku buatkan satu ujian untuk dia. Dan kau! Adalah bahan objektif yang terbaik!" masih jelas di perdengarannya.

"Tapi bila ada orang lain yang datang selamatkan Ay. Ay jadi curiga. Apa kena mengena Ay dengan lelaki tu." ujar Ayriana.

Sungguh itu, satu soalan yang bermain di dalam fikirannya dia tertanya-tanya mengapa dia dijadikan objek atau umpat kepada lelaki tak guna tersebut.

Dan lagi memeningkan orang yang dia sangka akan datang menyelamatkan dia adalah sama ada abangnya atau tunangnya.

Tapi dugaanya meleset jauh yang datang memunculkan diri menyelamatkan dia adalah lelaki berkot putih tersebut yang entah nama dia siapa.

Apa hubungan mereka berdua? Apa kaitnya dia dengan dua lelaki tersebut dan rauk mata lelaki yang menyelamatkan dia di saat mereka di dalam lift.

Seakan memberitahu dia sesuatu ada di sebalik mata helang lelaki tersebut.

"Ay tahu nama orang yang selamatkan Ay tu? Bukan dia?" soal Afril ingin mengetahui.

Ayriana mengelengkan kepala. "Tak. Semua pantas sangat berlaku." ujar Ayriana. Sungguh semua sangat pantas berlalu sehingga dia tidak sempat menganalisis wajah lelaki tersebut.

Kedengaran keluhan keluar dari bibir Afril. Sesungguhnya dia sangat kesal dengan lelaki yang menculik adiknya.

Teringat kembali dia beberapa jam sebelum, sewaktu dia berada di rumah sedang berehat tiba-tiba telifonnya berdering seperti alam.

Dan alam tersebut, yang mengarahkan dia bahawasannya adiknya dalam masalah lebih tepat lagi dalam masalah seakan seperti ini.

Tidak fikir panjang terus sahaja berlalu pergi ke hotel di mana adinya memberitahu sebelum pergi.

Ayriana yang perasaan akan seribu kerutan di wajah abangnya itu mula buka suara semula.

"Alahl...abang jangan risaulah. Ay yakin orang yang tolong Ay tadi dah selesaikan masalah ni. Percayalah. Ay yakin orang tu baik." ujar Ayriana tersenyum kepada abangnya itu.

"Hmmm yelah." akhirnya terpaksalah Afril mengalah juga. Apayah dia boleh buat.

Kamal yang berada bersama hanya tersenyum kelat wajah Ayriana yang hanya tersenyum itu di padang risau.

Dia pun seakan tidak boleh berkata apa-apa yang boleh kata lagi. Yang penting sekarang Ayriana sudah selamat.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now