"Auch! Sakit...sakit...perlahanlah sikit." adu Ayriana apabila cecair alkohal tersebut mula menyentuh luka di kulit kepalanya.
"Sorry...sorry. Yang kau pun dari mana ha. Sampai luka dekat dahi bagai." ujar Dyra yang sedang mencucui luka Ayriana di bahagian dahi tersebut.
"Kan aku dah cakap tadi yang aku jatih dekat dapur masa nak tolong diorang." beritahu Ayriana sekali lagi mencerita.
Dia menceritakan kepada Dyra bahawa dia dapat luka di dahi ini akibat tergelincir di kawasan dapur semasa menolong menguruskan makanan yang habis di meja 'buffer' majlis tersebut.
Cerita sebenar? No..dia tak akan ceritakan perihal itu kepada Dyra ataupun sesiapa
Dia teringatkan kembali perihal beberapa jam sebelum Dyra menemuinya di lobi hotel.
"Encik..encik! Saya boleh jalan sendiri. Lagipun dah tak ada orang yang akan serang kita kan." ujar Ayriana sambil mencuba menarik tangannya daripada lelaki tersebut.
Tetapi lelaki tersebut masih enggan melepaskan tangannya dan dia rasakan makin kuat ia mengunci tangannya dengan tangannya sendiri.
"Encik! Lepaskan tangan saya. Please." kali ini Ayriana merayu agar pergelangan tangannya di lepaskan.
Tapi seperti tadi lelaki tersebut, langsung tidak mendengarkan dia sehinggalah mereka sampai di lift lalu sama-sama masuk ke dalam.
Dan barulah di dalam lift tersebut lelaki tersebut, melepaskan tangannya perlahan-perlahan.
Terus sahaja Ayriana menarik tangannya dan menjarakkan diri daripada lelaki tersebut.
Sungguh auranya daripada mula pertemuaan mereka dia rasakan sangat menakutkan. Harapkan hendsome sahaja. Eh! Kau puji dia!
Yang tadinya menghadap kehadapan kini lelaki itu mengahadap ke belakang lebih tepat kearah di mana Ayriana berdiri.
Ayriana yang tepat memandang kearah lelaki tersebut sudah bersedia-sedia untuk membuka langkahnya sekali lagi.
Tak kiralah kalau lelaki tersebut sudah menolong dia lawan tetap lawan! Kalau dah mahu mengapa-apakan dia.
"En....encik nak apa?" soal Ayriana tergagap-gagap. Aduh kau ni! Tadi buka main berani dalam hari bercakap boleh pula kau gagap!
Namun lelaki itu, hanya diam dan tidak berkata apa-apa malah makin melangkah mendekati kearah Ayriana.
"En..encik...encik jangan ingat. Encik dah tolong saya. Encik boleh sesuka hati ambil kesempatan keatas saya!" gumang Ayriana. Tubuhnya mula mengeletar. Takut.
Tapi seperti tadi lelaki tersebut makin mendekati, dengan wajah dinginnya yang sangat menyeramkan. Okey ini memang betul-betul muka handsome tapi seram!
Mata dia di jengkel keatas kerana lelaki tersebut lebih tinggi daripada dia. Makin lelaki itu mendekat makin Ayriana bersiap untuk membuka langkah seinci tangan itu menyentuh hujung rambutnya.
Tengoklah patah reyuk dia kerja kan. Berani betul! Hahaha..
Makin dekat makin mendekati sehinggakan jarak di antara mereka hanya tinggal senjengkal sahaja.
"Listen here miss. Saya minta awak lupakan apa yang dah berlaku tadi. Seakan tiada apa-apa berlaku. Dan jangan pernah ceritakan kepada sesiapa." ujat Tengku Erman sangat dingin.
"Kenapa? Encik ada kaitan dengan diorang ke?" soal Ayriana dengan beraninya dia menyoal bergitu. Lantaklah nak dingin ke apa. Ada aku kesah!
Dan tiba-tiba....DUM!
Bergema satu pelosok lift tersebut, automatik tubuh Ayriana kembali mengeletar. Sungguh lelaki di hadapannya ini menyeramkan.
"I repeat again. Miss. Keep you're mouth shut what happen you see. Understand?!" tidak menjerkah tapi tegasnya itu membuatkan Ayriana patuh menurut.
Cepat-cepat gadis itu mengangguk kepala tanda mengerti, lalu tubuh tegap tersebut terus sahaja di tolak agar menjauh daripada dia.
Dan langsung tanganya pantas menekan punat tingkat lift entah tingkat berapa. Namun pintu lift tersebut, terus sahaja berhenti sesaat terbuka terus sahaja Ayriana meloloskan diri keluar daripada situ.
Dan lelaki tersebut, belum sempat mengejar pintu lift pantas menutup semula seakan-akan memberi peluang untuk dia melarikan diri. Dari situ dia berharap agar mereka tidak akan berjumpa lagi.
"Oi! Kau berangankan apa?! aku tengah cakap dengan kau kan!" tegur Dyra sekaligus menghapuskan lamunan yang entah berapa lamanya itu.
"Dengarlah. Aku dengar." balas Ayriana kembali fokus kepada bebelan Dyra yang tidak henti-henti tersebut.
Terlupa, sekarang ini mereka berada di sebuah bilik hotel di mana bilik yang menempatkan barang-barangan goodies bag tersebut.
Majlis? Sudah berada di penghujung acara maka dengan itu mereka berdua boleh berada di sini tanpa rasa tergesa-gesa nasib baik Dyra mempunyai pekerja-pekerjanya yang sudah semestinya sudah pakar untuk mengurus walaupun tanpa adanya dia di sana.
"Okey! Siap!" ujar Dyra setelah selesai menampalkan plaster pada luka di dahinya itu.
"Thanks Beb." ucap Ayriana kembali duduk menyandar ke belakang kerusi tersebut menghilangkan penat.
Penat dengan yang apa baru terjadi kepadanya mahu di kata gila. Memang sangat-sangat gila!
Nasib sahaja dia mempunyai kemahiran untuk melawan dan paling penting penggunaan senjata api seperti tadi.
Tidak rugi dia mengikut kata abangnya untuk masuk ke kelas muytai dan menyertai kelas menembak seiring dia mendapat lesen menggunakan senyata api!
Di saat dia teringatkan abang sulungnya itu tiba-tiba pintu bilik hotel mereka tempati di ketuk bertalu-talu.
"Kejap aku bukakan pintu." ujar Dyra lalu berlalu pergi meninggalkan Ayriana sendirian di atas sofa tersebut.
Baru sahaja Ayriana mahu bangun untuk mengubah posisi duduknya tiba-tiba telinganya mendengar sayup-sayup dua suara.
Satu suara Dyra dan lagi satu suara garau yang cukup dia kenali.....
"Ay...!!!!!" panggil suara garau lalu tidak lama selepas itu dia muncul. Seperti yang Ayriana jangka.
Tapi dia ingat seorang sahaja namun muncul dua lelaki yang menerpa ke arahnya.
Gluh!
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...