Setelah solat dan mandi tepat jam 7.30 pagi dia bersiapkan diri untuk ke tempat kerja hari ini.
Dan hari ini juga, dia berpakaian lebih rapi dan formal kerana hari ini dia bakal berjumpa dengan pelanggan terbaharunya untuk projek kerjasama.
Siapa lagi kalau bukan berjumpa dengan pihak dari Syarikat Kyairay Holding!!! akhirnya setelah seminggu dia menunggu saat-saat berharga seperti ini.
Selama seminggu ini, banyak rekaan yang dia telah buat untuk di perbentangkan kepada pihak syarikat tersebut perihal reka dalam geleri terbaharu.
"Harap-haraplah...aku boleh jumpa dengan Tengku Erman sendiri. Kan best!" dia berharap yang dia akan berjumpa dengan Ceo muda tersebut.
Siapa tidak mahu berjumpa dengan ceo muda yang di anggap misterius itu? Banyak kejayaan yang ia kecapai selama masa syarikat beroperasi.
Tambahan di usia lelaki itu, masih mudah sudah mendapat beberapa penghargaan yang sangat membanggakan.
Walaupun lelaki itu, sangat di kenali sangat tertutup tapi pada majlis lepas adalah kali pertama lelaki itu menampilkan diri itulah apa yang dia dengar daripada orang disekeliling saat dia bertugas di majlis tersebut.
Wajah lelaki tersebut adakah dapat di perlihatkan? Jawapannya tidak kerna saat lelaki tersebut berucap Dyra sahabatnya bercerita bahawa lelaki tersebut memakain topeng penutup mulut atas alasan kurang sihat.
Tengok! Bagaimana dia tidak mengaggungkan lelaki tersebut, sangat perihatin dengan kesihatan orang lain takut berjangkit sakitnya.
Sedang dia tersenyum-senyum di hadapan cermit tiba-tiba pintu biliknya di ketuk daripada luar menyentakkan dia daripada lamunan.
"Cik Ay! Sarapan dah siap. Sarapan dulu ye sebelum pergi kerja." bicara Mak Itah daripada luar memanggilnya untuk sarapan.
"Okey Mak Itah! Sekejap lagi saya turun. Nak kemas barang sekejap." balas Ayriana.
"Yelah. Mak Itah turun dulu ye." gumang Mak Itah pamit untuk turun ke bawah.
Setelah itu, pantas sahaja tangan Ayriana mengemas semua barangnya semua keperluan peribadinya semuanya di sumbatkan di dalam beg pakaiannya.
Selain daripada itu, perhiasan dan keperluan untuk ke pejabat dia masukkan ke dalam tas tangannya yang berwarna hitam tersebut.
"Okey settle!" dia memeriksa sekeliling memastikkan tiada barangnya yang tertinggal lagi di dalam bilik ini.
Setelah memastikkan semuanya sudah dia masukkan dan membelek penampilannya di cermin berdiri di sebelah meja soleknya itu.
Apabila merasakan berpuas hati dengan semuanya cepat-cepat Ayriana keluar daripada bilik tersebut lalu mengunci pintu biliknya itu.
Beg pakain di jinjing tas tangan di sandarkan di atas bahunya dan terus sahaja Ayriana berjalan turun ke bawah seperti Mak Itah berpesan dia harus bersarapan dahulu sebelum keluar ke tempat kerja.
Lalu dengan berhati-hati Ayriana turun dari anak tangga dan menuju terus kearah ruang dapur untuk bersarapan.
Sesaat dia sampai di ruang makan bersebelahan dengan ruang dapur suasananya hening.
Tahulah dia bahawa kedua manusia tersebut tidak bangun lagi dari ulik mimpi yang panjang itu.
"Good morning cik Ay. Sarapan." sapa Mak Itah berserta dengan lagi dua orang orang gaji kewarganegaraan juga bersama.
"Selamat pagi! Wah...masak apa ni?" soal dia lalu di berjalan menuju ke arah penghujung meja tersebut di lihat terhidang beberapa sarapan.
Terbahagikan kepada dua, bahagia pertama sarapan melayu ada secangkir teh susu, nasi goreng dan juga kuih lompat tikam.
Dan hidangan kedua sarapan ala-ala barat, roti bakar, susu berperisa coklet dan juga susu putih.
"Silakan Cik." jemput seorang orang gaji perempuan menarikkan kerusi untuk Ayriana.
Tanpa banyak bicara terus sahaja Ayriana duduk setelah meletakkan beg pakaian serta tas tangannya di sebelah kerusinya.
"Terima kasih." ucap Ayriana setelah dia duduk.
Berselang dengan itu, muncul mak Itah berserta orang gaji kedua pula sama-sama meletaakkan satu hidangan di tangan masing-masing.
Ada kuih donut bermacam-macam toping dan satu lagi buah manga yang di potong kecil-kecil sebagai pencuci mulut.
"Mak Itah dengan berdua ni duduklah sekali teman saya sarapan. Eh." ajak Ayriana kepada mereka bertiga yang masih sibuk melayani Ayriana.
Kelihatan kedua-duanya nama kebingunan manakala mak Itah sudah pun mengambil tempat tepat berhadapan dengan Ayriana.
Apabila Ayriana perasan mereka berdua masih tidak mengambil duduk sekali lagi dia bersuara.
"Duduklah. Kenapa awak berdua takut? Jangan risaulah diorang berdua tu tak akan bangun pun. Tengah hari baru bangun gamaknya." ujar Ayriana dan itu mengunda tawa mereka berempat.
"Dah...dah..duduk sarapan dengan saya. Lagipun bosanlah. Sarapan dekat rumah ni sorang-sorang. And awak berdua jangan risau. Kalau diorang marah. Tahulah saya nak buat apa. Berani.." ucap Ayriana.
Lama-kelamaan akhirnya mereka mengalah juga, lalu turut mengambil duduk bersama dengan mak Itah.
Dan setelah itu, mereka sama-sama menjamu selera sarapan pilihan masing-masing. Dan sarapan yang dia pilih adalah nasi goreng bersama telur goreng.
Setelah selesai sarapan semuanya, dengan tanpa banyak bicara terus sahaja Ayriana bergerak ke tempat kerja.
"Hati-hati ye cik. Mak Itah doakan kamu selamat pergi selamat sampai ke tempat kerja. Dan lagi satu kirim salam pada Puan Salwah." pesan Mak Itah semasa mereka sama-sama keluar ingin menuju kearah kereta Ayriana.
"Ye mak Itah. Nanti dah balik Ay kirim salam dekat ibu. Mak Itah pun. Jaga diri ye. Kalau apa-apa yang mak Itah nak minta tolong saya cakap sahaja. Isyallah kalau saya mampun. Saya tolong." ucap Ayriana yang yang sering dia kata kan kepada Mak Itah.
Mak Itah mengangguk. "Yelah. Pandai-pandailah mak Itah jaga diri." balas Mak Itah.
Dan tidak berlama sesampai mereka di hadapan kereta milik Ayriana terus sahaja dia masuk ke dalam keretanya.
Setelah enjin sudah di hidupkan dan di panaskan sebentar, langsung dia memandu keluar dari perkarangan rumah tersebut.
Seminit dua minit, kereta milik Ayriana sudah memecut laju membelah keluar ke jalan utama
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...