BAB 4

5K 157 6
                                    

"Saya rasa semua itu dan cukup. Dari semua masih ada yang nak di perjelaskan ke?" soal Dafril apabila pembentangan dari pihak Tengku Erman selesai di perbentangkan.

Dan seperti kebiasaan kesemuanya hanya mendiamkan diri sahaja itu bermakna tiada lagi perkara yang harus mereka bahaskan lagi.

"Jadi..kita boleh tamatkan mesyuarat kita sekarang." ujat Tengku Erman dan terus sahaja bangun daripada duduknya.

Serta merta semua juga bangun dan memberikan tunduk hormat kepada sang pemegang saham terbesar sekali gus pemilik syarikat tersebut.

Tengku Erman yang tanpa kata terus sahaja berdiri lalu beredar terus keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

"Lepas ni ada aku ada meeting dengan Tuan Lim kan." soal dia di saat dia sudah keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

Dafril yang berada di belakang menjawab. "Yup. Pukul 3.00 petang." ujar dia.

"Okey. Good. Aku nak rest sekejap. Jangan benarkan siapa masuk dalam bilik aku. Sampai masa kau panggil aku macam biasa. Faham." ujar dia menyampaikan arahan.

"Sure. Tengku Emran." sahut Dafril.

lalu terus sahaja Tengku Erman meninggalkan Dafril masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Tepat pukul 1.00 petang..

Ayriana secera mengemaskan barang-barang yang dia perlu di bawa bersama. Sedang dia mengemas barang dengan hati yang ceria.

Naim datang menegur. "Hai cik Ayriana. Banyak happy nampak. Ada apa-apa ke?" soal Naim sudah mula masuk mood mengusiknya.

"Hmmm ni tak gembira pasal makan free. Ni mesti seronok semacam sebabkan ada orang tersayang ajak jumpa." ujar pula Fahriz turut mengusik si rakan kerja mereka itu.

"Mestilah..nak jumpa orang kesayangan kita." ujar Ayriana sambil mempercepatkan pergerakkan tangannya memasukkan barangnya ke dalam tas tangan berwarna hitam tersebut.

"Uhhhh untung lerrr. Dia ada tunang ye. Kita yang single ni. Mampu bercinta dengan kerja je lerr." ujar Fattah pula.

"Korang ni...dah lah aku blah dulu. Cau!" gumang dia dan terus berlalu pergi sambil mengalas tas tangannya itu dengan hati yang penuh gembira.

Dari kejauhan Ayriana dapat melihat seseorang yang dia janji berjumpa itu. Dan itu membuat dia makin gembira untuk melangkah mendekati.

Selangkah demi selangkah akhirnya dia sampai juga berdekatan dengan meja di sebuah restoran tersebut.

"Hai.. Tengku Kamal a.k.a Encik Tunang. Assalammualaikum." tegur Ayriana terlebih dahulu kepada lelaki yang di panggil tunang.

Lelaki tersebut tersenyum manis kepada Ayriana. "Waalaikumsalam. Cik Tunang." balas lelaki tersebut yang di panggil Tengku Kamal.

"Lama awak tunggu. Sorry ada jem dekat keluar dari office tadi." ujar Ayriana.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now