Jam 8:15 malam, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Harap maaf. Nombor yang anda dail. Tidak dapat di hubungi." setiap kali dia cuba hubungi nombor telifon Ayriana. Setiap kali itulah akan masuk ke voice mail.
"Ayriana..kenapa kau tak angkat call aku ni. Jangan buat aku risau please." ujar dia sendirian.
Sejak semalam dia menghantar mesej kepada Ayriana. Tiada satupun di balas wanita itu. Di baca tapi tidak di balas. Sesaat dia menelifon tidak langsung wanita tersebut menjawab panggilan daripadanya.
Rey masuk ke dalam kereta berserta dengan Dafril masuk bersama duduk di tempat penumpang hadapan.
"Daf. Kau ada call Fiq. Dia ada beritahu apa-apa pasal Ayriana?" nyata Tengku Erman langsung.
"Aik. Kau tak dapat call dia lagi ke?" soal Dafril. Tali pinggang keselmatan di pakainya.
Seketika terdengar Tengku Erman meregus kecil. "Dah banyak kali aku call. Hantas mesej. Satupun dia tak balas daripada samalam. Sebab tulah aku suruh kau tanya Fiq. Atau mak su ke." ujar Tengku Erman.
"Hmm..kau ni. Ada..ada. Baru tadi aku call Fiq. Dia bagitahu hari ini Ayriana balik kerja awal. Tak macam selalu. Katanya dia tak sedap badan hari ini." balas Dafril.
"Tak sedap badan." sebutnya perlahan.
Walaupun di rasakan suaranya sudah cukup perlahan. Tapi masih boleh di dengari oleh mereka berdua yang lain.
"Hmmm...mak su lah yang beritahu. Tapi...ada yang lain daripada Ayriana yang mak su nampak." nyata Dafril sedikit tergantung.
Membuatkan Tengku Erman jadi tidak sedap hati. "Apa maksud kau dengan ada yang lain daripada dia?" soalnya.
"Mak Su lah. Dia kata. Ayriana macam cuba mengelak daripada dia. Dan lagi, Mak Su perasan mata Ayriana nampak merah. Macam baru lepas nangis." balas Dafril.
Seketika itu, Tengku Erman di lihat terdiam. Mulai Dafril rasa serba salah bila dia menyatakan seperti itu.
"Rey. Aku nak balik sekarang. Cepat." walaupun tidak menegking.
Tapi nada dingin yang di gunakan oleh Tengku Erman sekaligus membuatkan mereka beremang bulu roma jugaklah.
Dafril serta Rey melihat sesama mereka. Selain Tengku Erman. Merekapun merasa tidak sedap hati.
Pelik juga dengan perubahan Ayriana Kyaiseh yang selama ini ceria berubah menjadi seperti itu.
Sedih. Ya. Walaupun sebelum berkahwin dengan Tengku Erman seperti itu. Tapi setelah berkahwin dengan ketua mereka itu.
Mereka boleh lihat Ayriana tersenyum sentiasa jelas sangat bahagia Tengku Erman melayani Ayriana.
"Baik Tengku." tidak bertangguh-tangguh terus sahaja Rey menjalankan tugasnya.
Kereta mulai di pandu perlahan meninggalkan perkarangan tempat parking lapangan terbang tersebut.
Dalam masa yang sama juga Tengku Erman masih mencuba menghubungi Ayriana Kyaiseh yang masih tidak dapat di hubungi.
"Ayriana. Aku dah sampai. Sekejap lagi aku dah nak sampai rumah." - Tengku Erman.
Tepat pukul 8:45 malam, kenderaan yang di pandu Rey tiba di perkarangan rumah agam tersebut.
Dan itu di sambut dengan semua pegawal yang berada di rumah tersebut.
Sesudah kereta di parking. Hal pertama yang Tengku Erman cari. Kenderaan Ayriana Kyaiseh.
"Kereta dia ada lagi." ujar dia.
Dan buat kali kedua Dafril serta Rey berpandangan antara satu sama lain. Mahu bertanya niat mereka membataskan.
"Korang pergilah berehat. Daf, barang-barang aku tu. Nanti suruh diorang yang bawa masuk." bicar Tengku Erman. Satu persatu menitipkan arahan.
Tidak membantah Dafril hanya membalas. "Baik." jawab Dafril.
Sesegera itu, langsung Tengku Erman keluar daripada kereta. Saat keluar, ke semua anak buahnya itu menunduk hormat kepadanya.
Sehinggalah dia masuk ke dalam rumah di sambut pula. Oleh Mak Su serta pembantu rumah yang lain.
"Tengku dah balik." sapa Mak Su. Pembantu yang lain semuanya menunduk kecil sebagai tanda hormat kepadanya.
"Ayriana mana? Fiq bagitahu dia balik awal hari ini." nyata Tengku Erman.
Wajahnya terbias sedikit kerisauan tersebut. Membuatkan Tengku Erman sedikit tidak tenang.
"Cik Puan ada dekat atas. Tapi sejak balik. Tak langsung dia turun. Katanya nak rehat sekejap sahaja." beritahu Mak Su.
Dan sesegera itu, terus Tengku Erman berlalu pergi ke tingkat atas sambil membawa beg kertas berisi coklet yang di beli di London.
Sesampai di atas. Dia langsung mengetuk pintu bilik tidur mereka. Perlahan-lahan melangkah mendekati.
Dan pertama yang dia nampak susuk tubuh Ayriana yang sedang duduk di atas sofa di tengah bilik ruang bilik tidur mereka.
"Assalammualaikum. Ayriana. Aku dah balik." ucap dia perlahan.
"Waalaikumsalam." balas Ayriana. Tiada sambutan seperti dirinya yang selalu. Tapi balasan ucapan salam tadi jelas sangat dingin.
Tidak memperdulikan itu, Tengku Erman makin mendekati. Mendekati-mendekati sehingga perihal pertama yang dia nampak.
Membuatkan dia kaku seketika. 'Macam mana?' matanya terkaku melihat kepada isi yang terdapat di atas meja kopi tersebut.
Ada beberapa kepinggan gambar serta buku dairinya juga ada di situ!
Ayriana yang perasaan akan kesunyian yang menyelubungi Tengku Erman. Tahulah dia lelaki itu sedang terkaku.
"Kenapa diam? Terkejut. Macam mana saya boleh dapat semua ni?" soal dia. Tersangatlah dingin nada suaranya.
Tubuh di angkat tapi masih tidak menghadap kepada lelaki tersebut. Tangan mengambil satu keping gambar di atas meja tersebut.
Dan kali itu, barulah Ayriana berpaling kepada sang suami. Tengku Erman juga beralih memandang kepadanya.
"Siapa sebenarnya saya di mata awak Tengku Erman? Ayriana Kyaiseh? Atau Qaseh Damia? Isteri dan cinta pertama awak." satu persatu persoalan yang keluar daripada mulut Ayriana.
Serta merta membuat Tengku Erman makin kaku. Keadaan makin hening.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...